CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Sunday, 20 October 2013

jangan BONGKAK!!!

Assalamualaikum w.b.t..
Dengan nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Apa khabar semua?..moga semuanya sihat rohani dan jasmani..Aku harap korang sentiasa dalam lindungan kasihNYA..x jauh dari petunjukNYA,dan x gersang dari cintaNYA..insyaALLAH..sama2 la kita panjatkan infiniti kesyukuran ke hadrat yang Maha Agung atas subsidi roh dan jasad yang masih lagi kita pinjam dariNYA sampai ke saat ini..Kita belum tahu apa nasib kita selepas ini,ajal kita,mungkin subsidi yang diberi akan ditarik menghadapNYA atau dipanjangkan untuk menghambakan diri ke arah ketaqwaan kepada ALLAH..

Haa,lama sgt dah aku x update blog ni,rasa rindu plak nak coret2kan idea yg xde la bgus sgt kan..hehe..cuma nak share je..kita sama2 timba ilmu,jgn cepat rasa takabbur dengan ilmu yg kita ada skrang,kalau nak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yg sgt luas ibarat setitik air di lautan..berusahalah untuk timba ilmu even dengan budak kecik skalipun,jgn pandang rendah kt mereka kerana mungkin melalui mereka kita boleh dapat pengalaman or ilmu yg boleh improve diri kita jugak..

Ilmu itu sgt luas,ALLAH bentangkan buat hamba2NYA yang menghargai pemberian itu,dianugerahkan hikmahnya buat hati2 yang suci dengan sulaman taqwa..Walaupun kita ni rasa kita dah belajar banyak benda,tapi hakikatnya kita masih lagi jahil dari banyak aspek,xsemestinya kita ni dah buat PhD dah kira banyak ilmu,di sisi manusia ya mereka banyak ilmu,tapi di sisi ALLAH,kita mempunyai ilmu yg cetek..ALLAH Maha Berpengetahuan terhadap sesuatu yang DIA ciptakan.Setiap apa yg ditakdirkan akan dihadiahkan hikmah bagi mengubat kesakitan dan kesedihan yang terjadi.ALLAH x kan tinggalkan hambaNYA terkapai2 tanpa arah dan tujuan.Dan bila ALLAH dah bagi nikmat,hargailah,gunalah sebaiknya dan manfaatkanlah,,jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan.





Jika ALLAH dah jentik kita untuk berubah dan berhijrah,berusahalah utk berubah ke arah yg lebih baik even slow2,tapi biar istiqamah,insyaALLAH berjaya..Betul hijrah itu susah,banyak dugaan,tapi kita kena cekal dan kuta semangat untuk berubah ke arah yg lebih baik.Bila dah kuat untuk berhijrah,jangan pulak kita ni riya' sebab kita dah alim,pikir dah baik sgt dari org lain,,dah boleh cerca org itu ini,dah boleh tegur org sewenang-wenangnya tanpa menjaga perasaan orang yg ditegur,nak tegir x salah,sebab dalam hidup kita ni memang perlu tegur menegur ke arah kebaikan,tapi mesti berhikmah la..Tegur secara baik dan bijak menggunakan seni teguran.




Jangan ingat bila kita dah berubah,hati kita x kan berbolak balik,itu kuasa ALLAH,ALLAH boleh buat ape saja yg DIA kehendaki,,yang baik sekarang x semestinya akan baik sampai akhir hayat,x semestinya akan ke syurga,yg kita nampak jahat dan keji skrang x semestinya diorg akan dihumban ke neraka..jadi,ingatkan diri sendiri,kita sama2 berhati2 dan jaga diri masing2 dari terjerumus ke arah kemudharatan,jgn hina org yang belum berubah,,sebaliknya kita doakan supaya mereka diberi hidayah dan dibukakan hati untuk mendekatkan diri ke hadrat ILAHI,dan doakan supaya dijauhkan benda2 yang boleh membawa kemudharatan daripada kita..

Ada dalam satu sesi usrah,aku telah diberi amanah untuk menyampaikan tazkirah yang ada kaitan skit la dengan hijrah ni,then aku pernah ingatkan "kita jgn mudah rasa selesa dengan keadaan kita sekarang sebab kita x tahu lg apa yg akan berlaku kat kita pada masa depan,x tahu akan terus dibimbing ke arah kebaikan atau pun di uji imannya,jadi sentiasalah berwaspada" .Jangan cepat rasa bangga dengan penghijrahan kita,sebab sebenarnya tiap2 hari kita sebenarnya memang dah berhijrah,dari usia muda ke arah usia tua,dari yang x matang jadi matang,dari kecik dah jadi besar,dari yg masih hidup ke arah menuju ALLAH..hehe..saja aku nak bagi analogi ni,biar time korang baca tu xde la serius je macam cikgu disiplin kat sekolah kan..cer senyum skit..:)



Sebagai pengajaran untuk dikutip bersama,,ada aku jumpa nga sorang akhawat kat u aku ni,time mula2 jumpa dia tu dia berniqab,tapi x sampai sebulan dah bukak semua sampai batang tengkuk pun nampak..Nauzdubillah..aku mula2 terkejut,tapi bila tengok balik,mungkin dia ni baru belajar pakai niqab n dapat kejutan budaya then xleh nak tahan dengan godaan benda disekeliling..minta ALLAH jauhkan diri kita dari mengulangi benda yang sama..Gunakan senjata kita iaitu DOA..

ALLAH telah berjanji dalam kitab suci al-Qur'an :
Dan Tuhanmu berfirman , "Berdoalah kepada KU , nescaya akan AKU perkenankan bagimu. Sesungguhny orang2 yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina".

surah Ghafir : 40 : 60

Alhamdulillah,akhirnya sampai ke penghujung program jugak..hehe..saje cilok ayat pengacara majlis kan..ape2 pon thank a lot sebab sudi luangkan masa korang untuk habiskan bacaan entri yang x seberapa ni..Lain kali,insyaALLAH ada jodoh kita jumpa lagi next entri..:)..fi amaniLLAH..

No comments:

Post a Comment