CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Thursday, 4 September 2014

Grateful to become lady in 20s ..:)

Assalamualaikum,sobahannur ..

Alhamdulillah,pagi ni baru berkesempatan nak update blog yang lama aku tinggal.Bukan apa,ada exam then balik cuti n internet pun xde,so kesayangan satu ni pun terpaksa dibiarkan tanpa teman kejap..hehe..cheah buat macam manusia plak dah.Kali ni aku saja je nak update pasal bufday yang baru beberapa hari je berlalu,2 September 2014 yang tak akan aku jumpa dah lepas ni.

Alhamdulilah,alhamdulillah thumma alhamdulillah..Aku sangat2 bersyukur kerana masih lagi diizinkan ALLAH swt untuk terus meniti alam yang menjejak 21 tahun ni.Tak sangka,pejam celik-pejam celik dah 21 tahun,tua dah jugak aku ni ye..hehe..Walaupun usia semakin meningkat,tak usah nak jadikan alasan ape2 untuk capai kejayaan,untuk kejar cita2 yang dah lama diidam tu. "BE AN EXCELLENT MU'MINAH DOCTOR FOR UMMAH "..

Waktu oh waktu..Aku terus meniti dan meniti sehingga ke akhir nafasku untuk melepaskan segala helaan menuju kekasihku yang Haq..Dari kehidupan alam rahim ibuku sehingga kini,Kau tak pernah meninggalkan diriku terkontang-kanting hampa dengan perjalanan yang telah Kau anugerah.Aku hidup dalam dakapan kasih sayangMu,wahai Yang Haq yang menjadikan aku kuat dan tabah sehingga kini.Namun,aku juga kesal pada diriku,terkadang aku melupakanMU,jauh dariMU,lari dari takdirMU,namun Kau tetap setia menghamparkan rahmat dan inayah kepadaku..Terima kasih Ya ALLAH ..

Meniti usia yang semakin bertambah,dari sehari ke sehari,minggu berganti bulan,bulan berganti tahun,aku sedar perjalan ini semakin menghampiriMU.Itu adalah fitrah kehidupan,namun apakah bekalan untuk perjalanan itu.Tarikh keramat yang akan aku jumpa setiap tahun itu akan mengingatkan aku tentang hakikat itu.

Aku semakin sedar kini,tanggungjawabku semakin me'manjang' menunggu giliran untuk dilaksana,cuma memerlukan sedikit semangat dan ketabahan untuk mengharunginya.Dalam perjalanan ini,aku belajar segala jenis karenah dan mehnah dunia fana ini yang semakin mematangkan diri yang lemah ini..

****************************************************************************

"What course would you like to further on your future?" soal lecturer Immunology aku pada satu hari,"i would like to further my study in medic and i would like to be an Obstetrician and Gynaecologist soon" ..yeay!! that's what i really want to be on my future,insyaALLAH..

2 hb September 2014,bnyak benda yang berlaku dan anugerah yang tak terharga dianugerahkan ALLAH swt buat diriku ini.Bermula dengan result n perpindahan tempat tinggal n wish dari ma,abah n adik2,kawan2 celebrate bufday.



Sebenarnya aku nak citer pasal kawan yang celebrate bufday 2 hb malam.Malam tu kau penat giler sebab angkut barang2 nak pindah tempat tinggal kat hostel baru,then time balik2 tu,bukak je pintu,jeng2 jeng......
seluruh rumah gelap,semua tutup lampu,ada sorang je kawan kat ruang tamu duk tengah buat kerja ngan lappy dia,aku mati2 ingat semua dah tidur,then time tu keluar la kek dari dapur seiring alunan "happy bufday to u" ..Aku terkejut jugak la,n time2 tu jugak mata aku tetiba bergenang,sebak pulak rasa..Aihh,ber'filling' pulak aku ye..huhu..Sebenarnya aku sgt terharu,dlm keletihan diorg sanggup lagi celebrate bufday aku n ada yg dah tidur pun kena bangun balik nak celebrate..Aku terima kasih sgt kat korang yang sudi mengikat tali ukhuwwah ini dengan kasih sayang kerana ALLAH..Terima kasih,momen indah ini akan aku kenang sampai bila2..:)
Luv u olss my 'sahabats' ..<3

ni haa kek yg kengkawan aku celebrate malam tu..nyum!!nyum!!

Tak dilupakan jugak buat sahabat yang wish samada yang masih study kat Mesia or oversea,terima kasih sebab masih ingat diriku..Kenangku di dalam doamu,teman..Semoga kuntum ukhuwwah itu sentiasa mekar dengan baja mahabbah keranaNYA..Miss u so much..Nanti balik Klate,kita gathering yaa..insyaALLAH :) <3

ni kiriman dri sungai Nil,egypt..thanks 4 d pic ,Mariyyah .. I like it ..<3

ni plak kek special dari negara Jordan..thank yana :) sy suka oreo n coklat..


Last but not least,doa kalian sangat aku hargai,,thanks for all of u for being my friend and being in my side..Nak list nama ramai sgt,,hahaha..kang kesian pulak nak scroll lama2 nak habiskan list nama yang ter'type' nt..Cheah,,bajet macam diri tu retis sgt.. :p

Ma'a ssalamah wa ila lliqa'..jumpa lagi next entri..Bye..Sayonara.....miss all of u...<3

No comments:

Post a Comment