CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Wednesday, 24 April 2013

antara teguran berhikmah atau rasa marah yang meluap???...

Assalamualaikum w.b.t...
Segala puja dan puji dipanjatkan kepada ILAHI,Rabbul 'Izzati..Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih ALLAH,baginda Muhammad saw...

Alhamdulillah,ALLAH masih lagi memberi peluang pada diri ini untuk menghirup kurniaNYA yang paling berharga iaitu anugerah Oxygen yang membolehkan kita hidup atas dunia yang fana ini...

Pada kesempatan ini,saya ingin berkongsi satu pengajaran yang bagi saya boleh diambil sebagai iktibar dan pengalaman berharga pada masa akan datang..

Maksud pengajaran yang ingin saya sampaikan di sini adalah mengenai cara kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita.Ini termasuklah cara kita bercakap,cara kita menegur kesalahan orang atau cara kita handle sesuatu benda.Kita hidup dalam komuniti yang sangat mementingkan kasih sayang dan kesepaduan bersama,hormat-menghormati adalah sangat penting.Orang yang lebih tua dihormati dan orang yang masih muda disayangi.
Apabila kita berkomunikasi dengan orang luar,berhati-hati dengan gaya bahasa yang kita gunakan,tak mustahil orang akan terasa dengan apa yang kita hujjahkan jika kita tak bijak untuk mengatur percakapan kita.Gunakan nada yang sebaik-baiknya,tidak menengking atau dengan meninggikan suara.
Dan jika kita mahu menegur kesalahan seseorang tu,atau apa yang kita tak puas hati dengan seseorang tu,tegurlah dia dengan cara berhemat.Jangan ingat cara kita menegur tu semua orang akan menerima dengan hati yang lapang,sesekali jika kita TERtegur orang dengan cara kasar,ia akan menyebabkan orang tu sakit hati dan kalau yang paling buruk bila orang tu dah jadi hilang respect kat kita kerana sikap kita tu..Na'uzhubillah..
Bila dalam meeting pulak,macam contoh bila kita buat post mortem,nama pun post mortem kan,mesti la bincang pasal apa kelemahan sesuatu program misalnya,dan apa penyelesaian yang lebih efektif untuk mengatasi kelemahan tu.Tapi ada juga hamba ALLAH yang kadand-kadang terEMO atau tak boleh kawal perasaan,bila menghamburkan kata-kata kasar bila menegur seseorang yang buat salah.Sepatutnya dalam post mortem,tak elok kalau dibangkitkan isu peribadi atau attitude seseorang depan khlayak orang ramai dengan menengking dan tinggi suara.Boleh jadi perbalahan pulak.Dah ukhuwah terbina elok-elok,sebab satu benda yang bagi saya tak professional dah jadi porak peranda.Sudah lari dari niat sebenar gi meeting untuk selesaikan masalah,tapi bila yang ni lagi tambah masalah ada la.

Banyak ayat al-Qur'an yang menyuruh manusia supaya mengungkapkan percakapannya dengan cara sopan dan berhikmah supaya kata-kata mereka itu mendapat perhatian dan tidak menyebabkan orang lari daripada mendengarnya. Allah S.W.T. memberi garis panduan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya bercakap dengan cara yang paling lembut.

Firman AllaLh S.W.T:

Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)


Sekadar untuk peringatan buat saya dan anda semua,sebab kita ini manusia yang sering melakukan kesilapan,kadang-kadang dalam kita berkomunikasi dengan orang,tanpa kita sedari cara percakapan kita telah melukakan hatinya..

Renung-renungkan dan selamat beramal...:)...sirru 'ala barakatiLLAH...

No comments:

Post a Comment