Assalamualaikum w.b.t...segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ILAHI,tuhan sekalian alam..selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga baginda..
CINTA????...
Apa tu cinta??..Bagi pandangan saya la,cinta tu satu perasaan kasih serta sayang terhadap sesuatu samada kepada Tuhan dan kekasihNYA Muhammad saw,manusia ataupun kepada benda-benda duniawi.Kita sentiasa ingin menyayanginya,mengambil berat tentangnya selalu.Tapi perlu diingat,CINTA yang paling ABADI adalah CINTA RABBUL 'IZZATI.Cinta manusia tak akan kekal,ia akan berubah-ubah dek peredaran zaman.
Tapi yang paling dikesalkan bila lihat remaja,muda-mudi sekarang bercinta bagai nak rak,tapi akhirnya merana diri.Tambah-tambah tu kalau dah terlanjur.Inilah virus yang paling cepat merebak pada masa sekarang.Paling menyedihkan tu dari kalangan budak-budak Melayu dan beragama Islam.Bila bercinta dengan manusia ni kadang-kadang dia hanya nak kelebihan yang ada pada kita je,lepas dapat apa yang dikehendakinya,lalu dibuang begitu sahaja macam sampah yang tak berguna dan bunga yang layu menanti jatuh kelopak je.
Cinta ALLAH tak memudaratkan sesape pun dalam kalangan hambaNYA,sebaliknya rasa lebih bahagia dan tenang untuk menjalani hidup yang sementara ini.Saya tak kata cinta itu salah,bahkan cinta itu memang fitrah manusia untuk menyayangi dan ingin disayangi.Cuma yang salahnya bila kita tak bijak untuk menguruskan dan mengaturkan perjalanan cinta itu dan kepada siapa cinta itu layak diberikan.
Saya bagi satu contoh la,macam seorang pelajar,sebab saya sekarang pun masih lagi bergelar seorang pelajar,jadi saya lebih suka guna contoh pelajar.Macam contoh pelajar yang bercinta time peringkat sekolah,biasanya diorang ni tak leh nak fikir secara matang lagi,so,kadang-kadang tu boleh mendorong mereka buat benda-benda yang tak sepatutnya bila kita lihat suasana dunia sekarang yang semuanya canggih IT,contohnya macam sentiasa berchatting dalam laman sosial FB,chatting situ chatting sini,akhirnya bercinta..Kita tak tahu yang orang yang kita jatuh cinta tu macam mana,asala dari keluarga yang macam mana,perangai yang macam mana,terus terima nak couple..Ni yang kita kene ambil perhatian,jangan cepat sangat percaya kat orang yang kita baru kenal.Jangan terlalu mengikut angin muda dan nak ikut trend yang akhirnya boleh merosakkan diri sendiri..Na'uzdhubiLLAH..
Cinta tak semestinya kasih sayang antara lelaki dan perempuan yang berperasaan,akan tetapi cinta ni juga boleh kita guna juga pada hal cinta akan ibu dan ayah,cinta pada sahabat,guru-guru serta tak dilupakan kepada para keluarga kita dari nenek moyang kita Nabi Adam as di Palestin,Syria,Bosnia dan banyak lagi.
Aaa...Aaaa...Perlu diingat juga,bila nak mengasihi manusia kita jangan pilih sebab sesuatu yang ada pada dia,tetapi pilih la kerana agamanya,akhlaknya yang dapat mendekatkan diri kita pada ALLAH...Haa yang ni baru ok..Ni tidak,kita sayang seseorang tu sebab dunia semata-mata..Sebelum belajar nak mencintai orang lain,belajar dulu cintai yang Maha Pencipta dan KekasihNYA saw serta diri sendiri..Ni pun untuk peringatan buat diriku yang kadang-kadang lalai dan lupa..Renung-renungkan dan fikir-fikirkan apa yang baik dan apa yang boleh memudaratkan diri kita...Semoga korang sentiasa dalam redha dan rahmat ALLAH..in shaa ALLAH..:)
No comments:
Post a Comment