bismillahirrohmanirrohim..
Salam maulidur rasul aku nak ucap kt korang semua..ape khabar korang semua??..harap2 semuanya dalam keadaan baik,sihat dan sejahtera,,,ape yg penting..kerjasama!!ape yg penting...kerjasama!!..haha..tu kata kartun wonder pets kan..x,yg ni lagi penting,,ape yg penting??..rahmat kasih sayang ALLAH untuk kita semua hambanya..:)
Sebenarnya badan aku ni sgt2 lemah,baru je demam,tapi sempat lagi kan bukak laptop..hehe..jasad kepenatan,tapi minda masih kuat untuk generate energy bagi mengarahkan jari jemari yg comel ni untuk menaip ape yg nak di update..hehe..ape2 pon,korang tolong la doakan aku cepat2 baik dari demam ye..
Setiap tahun kan kita akan jumpa nga hari maulidur rasul,lepas tu kita semua dapat la cuti,boleh rest dari kerja..betul ke gitu?..pernah x kita tanya diri kita samada kita ni betul2 ke sayang NABI saw?..betul ke cinta BAGINDA saw?..pada hari yg jatuh pada 12 rabiul awal je ke kita kena dan akan ingat NABI saw?..tu kena tanya diri dan hati masing2..
Kadang bila tiba maulidur rasul je kita akan ingat kat nabi,aku x kata kt orang la,terkadang aku pun terlupa untuk berselawat kat BAGINDA saw dalam sehari tu,,kene buat peringatan baru ingat,,kata orang biasa la,manusia sentiasa perlu diingatkan....ya,manusia perlu sentiasa diingatkan,tapi kita jangan la pulak x buat ape2,x cari alternatif lain pun nak tolong diri kita untuk sentiasa alert n caring about the important thing for human called Prophet's ummah..
Untuk ingat Nabi saw,x perlu tunggu hari maulidur rasul,tapi kita kena sentiasa ingat kat Baginda dlm setiap hari2 perjalanan kehidupan kita,,sentiasa membasahkan bibir dengan selawat untuk menjadi pengikat kasih antara utusan ALLAH merangkap KEKASIH ALLAH dan ummah,mengamalkan sunah2nya,kalau x mampu nak buat semua,buat la dulu yg kita boleh buat,jgn hadkan diri untuk mengaplikasikan sunnah Nabi saw dalam kehidupan..
Terkadang kita lupa tentang pengorbanan seorang KEKASIH ALLAH dalam memperjuangkan hakikat dakwah dan iman,walau diri terpaksa mengharung seksa dan derita,namun demi pegangan aqidah dan tauhid diriNYA kuat untuk berdiri dan berjuang..Kasih sayang Baginda terhadap manusia yg bergelar ummat MUHAMMAD SAW tetap subur dalam qalbu walau ummat sendiri mencerca,menghina dan melakukan keburukan,namun hati Baginda tetap sabar dan mahabbah semakin menebal untuk ditabur bagi memberi secicip ruang kesedaran tentang hidayah,walau dia tahu hidayah itu milik KEKASIHnya yg abadi..KEKASIHnya akan mengurniakan hidayahNYA kepada orang2 yang terpilih dan dikehendakiNYA..Hingga pada saat2 Baginda saw hampir wafat dan menghembuskan nafas cinta yang terakhir,bibir Baginda masih mengingati ummat2nya,,,ummati....ummati....ummati....Begitulah setianya seorang KEKASIH ALLAH untuk memperjuangkan amanah yang telah diberikan oleh ALLAH.
Ni butir2 skit pasal KEKASIH kita Nabi Muhammad saw:
- Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Alangkah bertuahnya kalau diriku dapat bertemu dan menatap wajahmu ya Habibullah,ya Rasulullah..namun,keinginan itu x mungkin terjadi di dunia fana selepas kewafatanmu,namun tidak mustahil untuk bersua denganmu di hari kebangkitan kelak..aku rindu untuk bertemu denganmu,untuk bersama denganmu di taman KEKASIHmu kelak..kurniakanlah aku syafaatmu dan keredhaanmu untuk ummatmu yg hina ini..aku hanya ummat yang terkadang lupa akan nilai kasih sayangmu,lupa akan nilai perjuanaganmu dek godaan dunia dan terpandu oleh nafsu,,namun hakikatnya aku sedang berusaha untuk mempersiapkan diri untuk bersedia menyambung jalan dakwahmu,menyambung talian kasih dan sayangmu kepada sekalin alam..
Kelahiranmu memberi cahaya dan ketenangan bagi meleyapkan segala kejahilan dan kebatilan.Peribadimu dapat melembutkan hati sekeras batu dan menghancurkan keegoan setinggi gunung,perjuanganmu x kenal erti letih,putus asa atau derita,kehidupanmu dikuatkan dengan nadi dakwah aqidah dan iman serta tarbiyah ummah,pemikiranmu menjana tamadun dunia,sunnahmu jika diamalkan dan dipegang dalam kehidupan x akan sesat sampai bila2,kau diangkat sebagai KEKASIH ALLAH,berselawat keatasmu dijanjikan ganjaran dan syafaat,dan kewafatanmu ditangisi seluruh penduduk dunia,,namun sampai ke hari ini,ISLAM tetap bertahan di muka dunia yg fana ini..
Aku tetap merinduimu walaupun aku hanya mengenalimu melalui sirah2mu,pengajaran dari guru2,namun sudah cukup untuk sekeping hati ini diabdikan untuk mencintaimu dan KEKASIHmu,ALLAH..aku cukup bertuah menjadi ummatmu..Ya Rasulullah saw,aku hadiahkan ucapan selawat serta salam ke atas mu,moga ia menjadi ikatan kasih sayang yang suci antara kau dan aku yang bergelar ummatmu serta penyumbang syafaat buatku di akhirat kelak..ameen
Akhir kalam,jom sama2 kita selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..moga2 dengan lidah dan bibir kita sentiasa dibasahi dengan alunan selawat cinta,ia akan memberi ketenangan dan syafaat di akhirat kelak..insyaALLAH,ameen..:)
sollu 'ala nabi..اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد ..:)..jom sebarkan selawat cinta dalam masyarakat kita..:)
p/s : satu lgi,kalau korang nak tahu lebih lagi,boleh lawat alamat ni,ni blog sorang tokoh yang agak terkenal jugak la,nama beliau Ahmad Sanusi Husain..
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html#axzz2qa2hjslr
SANAH HELWAH YA RASULULLAH!!! <3 <3 <3
wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment