Assalamualaikum w.b.t..
Salam tahun
baru 2014,Salam mahabbah dan Salam bahagia..
Apa khabar
sahabat semua??..harap dalam keadaan sihat la blako deh menjelang tahun baru
2014 ni..sebenarnya aku nak publish time mlm tahun baru lagi,tapi ada hal yg x mengizinkan..xpe la,masih lagi di ambang awal tahun kan,ambang Januari 2014..
Gapo azam tahun
baru aku eh tahun ni?..tetiba hati aku terdetik pada malam tahun baru
2014.Adakah aku nak azam aku semuanya akan terarah kepada pembinaan syakhsiah
diri ataupun ia menjadi kata2 kosong je.First skali,aku fikir kita x sepatutnya
berazam pada menjelang pada tahun baru je,lepas tu jadi hangat-hangat tahi
ayam,xguna juga kan nak buat azam banyak2,tapi satu pun x jalan..actually,kita
sepatutnya sentiasa berazam kuat dan dan berusaha untuk thabat(tetap) dalam
azam yg kita sendiri create.
Permulaan
tahun baru x kira la tahun baru hijrah atau tahun baru masihi,ia menjadi titik
permulaan satu lembaran baru untuk manusia melangkah ke arah sesuatu perkara
yg lebih baik,yang paling pasti umur
kita pun semakin bertambah menandakan masa kita untuk berjumpa KEKASIH kita
semakin hamper..Adakah kita sudah mempersiapkan diri untuk
bertemuNYA??..tanyalah iman masing2 bukan tanya diri yang sentiasa bergelumang
dengan nafsu.Imanlah penyelamat dan yang akan memberi hint2 yang benar untu
diri kita terarah kea rah yg lebih baik.Kalau tanya diri memang sentiasa kita
rasa selesa la kan, dah nafsu memang berkait rapat dengan diri,kalau x kita
jaga dan didik dengan elok,akan merosakkan kita jugak.Kita rasa cam bnyak je
amalan yang dah dibuat,rasa cam panjang je lagi masa untuk kita hidup walhal
kita x tahu bilakah masa kita akan datang menjengah..MASA utuk bertemuNYA x
akan mengira usia dan pangkat,ia akan datang tepat pada masanya yang telah
ditetapkan.
Azam aku
pada tahun ni biarlah tahun ni adalah tahun yang akan memberi manfaat yang
lebih baik kepada diri aku berbanding tahun2 sebelum2 ni..Berusaha untuk jadi
hamba yg taat kepada TUANnya(ALLAH),anak yang solehah kpd kedua ibu
bapa,pelajar yg baik tingkah laku kepada guru,seorang sahabat yg dpt membimbing
dan dibimbing,seorang dai’e yg sentiasa bersedia untuk berkorban demi syiar
Islam,seorang wanita Islam yg sentiasa menjaga maruah dan agama,seorang bakal
doktor yang sentiasa mempraktikkan nilai2 Islam dalam perubatan dan bersedia
membantu ‘menyambungkan’ nyawa manusia
dengan izin ALLAH walau diri terpaksa susah dan letih dan seorang bakal isteri
yg menjadi qurratu ‘ayun kepada seorang suami yg soleh serta bakal UMMI yg boleh mendidik para khalifah ALLAH dengan
obor perjuangan untuk agama ALLAH dan sentiasa menentang kebatilan dan yang
paling penting menjadi insan yang sentiasa professional dalam
bertindak,tanamkan kesabaran dalam tindakan,lebihkan kesedaran pemikiran dalam
membuat keputusan dan murahkan senyuman untuk semua..insyaALLAH..Tapi apakah ia
akan menjadi kenyataan??..Ingat “Fa iza ‘azamta fatawakkal ‘alallah”…..
“Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada
ALLAH”..insyaALLAH,dengan azam dan niat yang tulus yang kuat untuk menjadi yang
lebih baik di mata ALLAH,ALLAH adalah sebaik2 penolong..Hasbunallah wa nikmal
wakeel,nikmal maula wa nikmal nasir!!..
Ya
ALLAH,panjangkanlah usiaku,usia kedua ibu bapaku,usia kaum
kerabatku,guru2,sahabat2ku serta saudara2 seislamku dalam kerahmatan kasih
sayangMU,dilimpahkan rezeki yang barokah,dikurniakankan pengetahuan yang akan
membawa kepada kemajuan agamaMU.perbaikilah syakhsiah kami supaya kami dapat
menjadi contoh untuk mereka yang sedang menyusuri hidayahMU..ameen..
Jom sama2
kita tajdid niat,,apa matlamat kita untuk hari2 yang akan mendatang,apa yg nak
kita plan untuk kemajuan Islam,apa yang nak kita beri kepada masyarakat,berapa
banyak dah sumbangan yang telah dikerahkan daripada diri kita?..
Azam tahun
baru bukan azam yang hanya kita tulis dalam kertas then lama2 jadi kertas yang
x bernilai dan diterbangkan oleh angin begitu je,,pesanan ni untuk peringatan
diri penulis yang mudah lupa ni jugak,sebab biasalah kan diri kita ni memang
sentiasa memelukan peringatan antara satu sama lain.Jangan keras hati sangat
untuk menerima nasihat,teguran dan peringatan daripada orang sekeliling even
dripada seorang kanak2..
Orait
sahabat2 semua,kita dah di penghujung coretan,so insyaALLAH,ada jodoh kita
jumpa lagi next entri ya..skali lagi,jom sama2 tajdid niat!!
WELCOME NEW
YEAR 2014..HOPE WE WILL HAVE A GOOD ‘RELATIONSHIP’ TOGETHER FOR THE SEEK OF
REDHA ALLAH,INSYALLAH..:)
No comments:
Post a Comment