Apa khabar semua?..apa khabar iman kita?..jom sama2 audit diri *pinjam trademark Prof Dr Muhaya jap..hehe
Buat entri kali ni aku nak kongsi pasal pengalaman aku time mula2 masak kat hostel ni.Maklumlah aku ni bukan la dalam kategori org yg pandai masak,cuma aku masih lagi ada rasa nak belajar,kira ok la tu kan,dripada duk goyang kaki saje,tunggu org masak.Maklumlah,kat umah tolong2 ma je masak,xpernah betul2 masak full guna skill sendiri.Aku berazam bermula tahun 2014,kehidupan aku kena lebih baik,aku kena belajar banyak benda bagi melengkapkan arus perjalanan kehidupan aku untuk masa sekarang dan akan datang.Xrugi pun,baik ada la.
Kalau kat umah,ma nga abah aku x pernah pun paksa aku suruh masak,cuma kekadang tu mereka memberi ruang kat aku untuk aku fikir sendiri ok ke x kalau aku terus menerus x pandai masak kan..sebab aku ni lain skit,oku xleh buat apa yg org paksa,aku x suka..Ada skali tu sedara aku siap merendah-rendahkan aku lagi,katanya kalau x pandai masak ni malu kat orang,nanti nak bagi suami makan ape nanti,anak dara ape ni,x pandai masak,,aku senyap je la,nak menjawab nanti orang kata ma nga abah aku x pandai ajar anak pulak..cuma teguran tu membaka semangat aku la untuk belajar slow2 walau lembap skit kan,biasala benda baru kan..Tapi aku paling terharu pada ma nga abah aku,mereka xpernah merendahkan kebolehan aku,dan sentiasa bagi aku semangat,pernah diorg kata," Xpo ummu,biar la dulu xpandai masak lagi skare ni,fokus dulu blajar,masak tu bila2 pun boleh,maksudnya blajar la slow2,sebab kita masak ni bukanlah semata-mata untuk kahwin,tapi itu untuk skill untuk nak survive diri,kalu pandai masok pun tapi kalu xdok pelajaran dan xdok kerja,xleh nak masak jugak kan??"..aku ingat pesanan ma nga abah aku,terima kasih ma nga abah kerana memahami..
Dan ada jugak yg siap ketawa besar lagi bila kita xpandai masak,dan ada yg xpercaya dengan kebolehan kita,tengok riak muka pun tahu cam x percaya dengan cara kita nak masak..aku jadikan itu pembakar semangat aku untuk belajar memasak..
Ok la,masakan 1st aku adalah ikan masak kicap,pg tu aku call ma aku nak confirmkan cara buat dia,sebab style aku kalau nak blajar masak,aku kena tengok org buat baru aku boleh apply balik..aku xleh org cakap je,xmasuk otak kott..haha..jadi time cuti ari tu aku dah tgk ma aku masak daging masak kicap,so kawan aku nak makan ikan masak kicap,so aku tukar je la daging dengan ikan kan..1st time masak sndiri ni memg cuak gk la,tapi aku think +ve je,kena yakin dengan diri sendiri,bahawa diri aku boleh buat..hendak seribu daya x hendak seribu dalih kan..cheah!!tetiba guna peribahasa kan,teringat kat cg BM dulu2..haih rindu plak..hehehehe
then hari seterusnya aku masak nasi goreng budu + serunding,tu kreativiti sndiri tau,masakan kita,kita punya kreativiti la kan..ke guano??.. then hari seterusnya aku try buat sayur campur,,aahaha,,alhamdulillah menjadi,tapi aku xtahu la sedap ke x,sebab kawan2 aku yg tlg rasa..menu terakhir,eh x lah terakhir sgt,,sayur kangkung masak belacan..hahaha..1st time buat guna belacan tu,ape ntah rasanya,alhamdulillah la habis jugak akhirnya..
![]() |
ni gambar hiasan semata-mata,xsempat nak snap gambar masakan sendiri..haha |
Ok la,aku rasa dah xde ape aku nak citer dah,,kepada sesiapa yang nak belajar2 masak tu,jangan pernah rasa takut dan ragu dengan bakat yg ada,semua org boleh buat,kenapa pulak kita x bleh??..tanyalah iman masing2..jumpa lagi next entri..assalamualaikum wa ilalliqa' ..:) fi amnillah
No comments:
Post a Comment