CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Saturday, 15 March 2014

Buatmu Bakal Imamku

Assalamualaikum wbt ..In the name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah,alhamdulillah thumma alhamdulillah..segala puji serta puja hanya kepada yang Maha Layak,Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba2NYA yang sentiasa lupa akan nikmat kurniaNYA.Terkadang diri ini tidak pernah puas untuk menagih nikmatMU wahai Yang Esa,x pernah lekang dengan dosa dan kesalahan,dan sangat payah untuk datang kepadaMU untuk memohon maghfirahMU..Allahurobbi!!betapa hina diri hambaMU ini,,Bimbinglah jasad serta roh hambaMU ini ke arah cintaMU,kurniakanlah kepada hamba ini seorang khalifahMU yang akan menjadi IMAM dalam pengabdian cintaku padaMU..ameen

Terusik di hamparan hati
Teruji keteguhan iman
Terpana pada keindahan ciptaanNYA
Namun tetap ku jaga perasaan itu
Dengan ikatan ketaqwaan padaNYA
Untuk bakal insan yang sangat istimewa

Ya Robb!!Ku rayu ke hadratMU
Izinkan dia yang bakal halal untukku
tergolong mujahid agamaMU
Insan yang sangat mencintaiMU
Yang setia bertemu denganMU
Dikala kelalaian dunia mencemarkan kehidupan 

Duhai bakal Imamku
Walau diriku terbatas untuk mengetahui takdirku
Namun aku tetap teguh berpasakkan matlamat hidup
Akan menyerahkan sekeping hati ini bila telah tiba masanya
Dengan keyakinan pada janjiNYA yang tak pernah dusta
Aku kini tenang dalam dakapan sakinahNYA

Tak pernah lekang dari doaku
Memohon pemeliharaan Tuhanku kepadamu,bakal imamku
Walau aku tidak pernah tahu siapakah gerangan dirimu
Dan hal keberadaan dirimu
Namun,DIA telah menentukan segalanya
YA,itu adalah yang terbaik buat kita
Moga ikatan yang akan kita bina kelak sesuci fitrah insani
Yang mekar dan subur dengan benih iman dan taqwa

Aku tak mahu mencalit kotoran walau sedikit pada ikatan itu
Biarlah ia berlangsung dengan terhormat
Dengan restu waliku
Ikatan itu lebih berkat dan bahagia


Duhai bakal imamku,
Bimbinglah aku,pimpinlah aku
Tuntunlah aku mendaki tangga cintaNYA
Aku yakin itu akan jadi momen indah buat kita
Sepanjang hayat bergelar khalifah di alam fana ini


Duhai bakal imamku,
Walaupun satu tulang rusuk Tuhan pinjamkan kepadaku
Ia menjadi sebab kenapa kita bakal bersatu
Aku ingin menjadi sayap kiri dalam perjuanganmu
Ya Robb!!Izinkan aku menjadi bidadarinya di Firdausi kelak..

*Dear my future IMAM,strength your iman n protect your love for whom deserved*

Tetibe nak jadi jiwang jap malam ni,lepas hujan turun setelah sekian lama aku mengalami peningkatan suhu di bumi di mana kaki aku ni berpijak..hehe..Aku khaskan puisi ini buat bakal IMAMku yang masih dalam perancangan ALLAH untukku..InsyaALLAH,selagi diberi keluangan masa untuk hidup,masa itu pasti tiba dengan izinNYA..:)..sebenarnya dapat inspirasi dari lagu dendangan artis Indonesia Puan Oki Setiana Dewi
yang bertajuk Imamku,korang boleh serach je dalam youtube ye..


ok la korang,setakat ni dulu entri kali ni,saje nak cungkil bakat buat puisi nih..ngeh3..*mata ke atas*..cam poyo je bunyinya..haha..ilalliqa',ma'assalamah..fi amanillah,insyaALLAH







Monday, 3 March 2014

Masak Oh Masak!!!

Assalamualaikum dan salam mahabbah..

Apa khabar semua?..apa khabar iman kita?..jom sama2 audit diri *pinjam trademark Prof Dr Muhaya jap..hehe

Buat entri kali ni aku nak kongsi pasal pengalaman aku time mula2 masak kat hostel ni.Maklumlah aku ni bukan la dalam kategori org yg pandai masak,cuma aku masih lagi ada rasa nak belajar,kira ok la tu kan,dripada duk goyang kaki saje,tunggu org masak.Maklumlah,kat umah tolong2 ma je masak,xpernah betul2 masak full guna skill sendiri.Aku berazam bermula tahun 2014,kehidupan aku kena lebih baik,aku kena belajar banyak benda bagi melengkapkan arus perjalanan kehidupan aku untuk masa sekarang dan akan datang.Xrugi pun,baik ada la.

Kalau kat umah,ma nga abah aku x pernah pun paksa aku suruh masak,cuma kekadang tu mereka memberi ruang kat aku untuk aku fikir sendiri ok ke x kalau aku terus menerus x pandai masak kan..sebab aku ni lain skit,oku xleh buat apa yg org paksa,aku x suka..Ada skali tu sedara aku siap merendah-rendahkan aku lagi,katanya kalau x pandai masak ni malu kat orang,nanti nak bagi suami makan ape nanti,anak dara ape ni,x pandai masak,,aku senyap je la,nak menjawab nanti orang kata ma nga abah aku x pandai ajar anak pulak..cuma teguran tu membaka semangat aku la untuk belajar slow2 walau lembap skit kan,biasala benda baru kan..Tapi aku paling terharu pada ma nga abah aku,mereka xpernah merendahkan kebolehan aku,dan sentiasa bagi aku semangat,pernah diorg kata," Xpo ummu,biar la dulu xpandai masak lagi skare ni,fokus dulu blajar,masak tu bila2 pun boleh,maksudnya blajar la slow2,sebab kita masak ni bukanlah semata-mata untuk kahwin,tapi itu untuk skill untuk nak survive diri,kalu pandai masok pun tapi kalu xdok pelajaran dan xdok kerja,xleh nak masak jugak kan??"..aku ingat pesanan ma nga abah aku,terima kasih ma nga abah kerana memahami..

Dan ada jugak yg siap ketawa besar lagi bila kita xpandai masak,dan ada yg xpercaya dengan kebolehan kita,tengok riak muka pun tahu cam x percaya dengan cara kita nak masak..aku jadikan itu pembakar semangat aku untuk belajar memasak..

Ok la,masakan 1st aku adalah ikan masak kicap,pg tu aku call ma aku nak confirmkan cara buat dia,sebab style aku kalau nak blajar masak,aku kena tengok org buat baru aku boleh apply balik..aku xleh org cakap je,xmasuk otak kott..haha..jadi time cuti ari tu aku dah tgk ma aku masak daging masak kicap,so kawan aku nak makan ikan masak kicap,so aku tukar je la daging dengan ikan kan..1st time masak sndiri ni memg cuak gk la,tapi aku think +ve je,kena yakin dengan diri sendiri,bahawa diri aku boleh buat..hendak seribu daya x hendak seribu dalih kan..cheah!!tetiba guna peribahasa kan,teringat kat cg BM dulu2..haih rindu plak..hehehehe

then hari seterusnya aku masak nasi goreng budu + serunding,tu kreativiti sndiri tau,masakan kita,kita punya kreativiti la kan..ke guano??.. then hari seterusnya aku try buat sayur campur,,aahaha,,alhamdulillah menjadi,tapi aku xtahu la sedap ke x,sebab kawan2 aku yg tlg rasa..menu terakhir,eh x lah terakhir sgt,,sayur kangkung masak belacan..hahaha..1st time buat guna belacan tu,ape ntah rasanya,alhamdulillah la habis jugak akhirnya..
ni gambar hiasan semata-mata,xsempat nak snap gambar masakan sendiri..haha
Aku excited jugak la boleh masak ni,sebab time kita blajar la time kita boleh asah bakat memasak yg terpendam,tapi satu je aku pantang time aku nak masak ialah kalau sebelum aku nak masak dah ada org yg nak komen2 melebih,aku memg akan naka terarah ke pada moody la,,aku x suka org komen sebelum aklu memasak,kalau nak komen lepas masak xpe,,sebab bagi aku,sebelum masak biarlah aku handle masakan aku sendiri,cara aku sendiri..

Ok la,aku rasa dah xde ape aku nak citer dah,,kepada sesiapa yang nak belajar2 masak tu,jangan pernah rasa takut dan ragu dengan bakat yg ada,semua org boleh buat,kenapa pulak kita x bleh??..tanyalah iman masing2..jumpa lagi next entri..assalamualaikum wa ilalliqa' ..:) fi amnillah

Thursday, 16 January 2014

سنة جديدة سعيدة

Assalamualaikum w.b.t..
Salam tahun baru 2014,Salam mahabbah dan Salam bahagia..

Apa khabar sahabat semua??..harap dalam keadaan sihat la blako deh menjelang tahun baru 2014 ni..sebenarnya aku nak publish time mlm tahun baru lagi,tapi ada hal yg x mengizinkan..xpe la,masih lagi di ambang awal tahun kan,ambang Januari 2014.. 

Gapo azam tahun baru aku eh tahun ni?..tetiba hati aku terdetik pada malam tahun baru 2014.Adakah aku nak azam aku semuanya akan terarah kepada pembinaan syakhsiah diri ataupun ia menjadi kata2 kosong je.First skali,aku fikir kita x sepatutnya berazam pada menjelang pada tahun baru je,lepas tu jadi hangat-hangat tahi ayam,xguna juga kan nak buat azam banyak2,tapi satu pun x jalan..actually,kita sepatutnya sentiasa berazam kuat dan dan berusaha untuk thabat(tetap) dalam azam yg kita sendiri create.

Permulaan tahun baru x kira la tahun baru hijrah atau tahun baru masihi,ia menjadi titik permulaan satu lembaran baru untuk manusia melangkah ke arah sesuatu perkara yg  lebih baik,yang paling pasti umur kita pun semakin bertambah menandakan masa kita untuk berjumpa KEKASIH kita semakin hamper..Adakah kita sudah mempersiapkan diri untuk bertemuNYA??..tanyalah iman masing2 bukan tanya diri yang sentiasa bergelumang dengan nafsu.Imanlah penyelamat dan yang akan memberi hint2 yang benar untu diri kita terarah kea rah yg lebih baik.Kalau tanya diri memang sentiasa kita rasa selesa la kan, dah nafsu memang berkait rapat dengan diri,kalau x kita jaga dan didik dengan elok,akan merosakkan kita jugak.Kita rasa cam bnyak je amalan yang dah dibuat,rasa cam panjang je lagi masa untuk kita hidup walhal kita x tahu bilakah masa kita akan datang menjengah..MASA utuk bertemuNYA x akan mengira usia dan pangkat,ia akan datang tepat pada masanya yang telah ditetapkan.



Azam aku pada tahun ni biarlah tahun ni adalah tahun yang akan memberi manfaat yang lebih baik kepada diri aku berbanding tahun2 sebelum2 ni..Berusaha untuk jadi hamba yg taat kepada TUANnya(ALLAH),anak yang solehah kpd kedua ibu bapa,pelajar yg baik tingkah laku kepada guru,seorang sahabat yg dpt membimbing dan dibimbing,seorang dai’e yg sentiasa bersedia untuk berkorban demi syiar Islam,seorang wanita Islam yg sentiasa menjaga maruah dan agama,seorang bakal doktor yang sentiasa mempraktikkan nilai2 Islam dalam perubatan dan bersedia membantu  ‘menyambungkan’ nyawa manusia dengan izin ALLAH walau diri terpaksa susah dan letih dan seorang bakal isteri yg menjadi qurratu ‘ayun kepada seorang suami yg soleh serta bakal UMMI  yg boleh mendidik para khalifah ALLAH dengan obor perjuangan untuk agama ALLAH dan sentiasa menentang kebatilan dan yang paling penting menjadi insan yang sentiasa professional dalam bertindak,tanamkan kesabaran dalam tindakan,lebihkan kesedaran pemikiran dalam membuat keputusan dan murahkan senyuman untuk semua..insyaALLAH..Tapi apakah ia akan menjadi kenyataan??..Ingat “Fa iza ‘azamta fatawakkal ‘alallah”….. “Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada ALLAH”..insyaALLAH,dengan azam dan niat yang tulus yang kuat untuk menjadi yang lebih baik di mata ALLAH,ALLAH adalah sebaik2 penolong..Hasbunallah wa nikmal wakeel,nikmal maula wa nikmal nasir!!..

Ya ALLAH,panjangkanlah usiaku,usia kedua ibu bapaku,usia kaum kerabatku,guru2,sahabat2ku serta saudara2 seislamku dalam kerahmatan kasih sayangMU,dilimpahkan rezeki yang barokah,dikurniakankan pengetahuan yang akan membawa kepada kemajuan agamaMU.perbaikilah syakhsiah kami supaya kami dapat menjadi contoh untuk mereka yang sedang menyusuri hidayahMU..ameen..

Jom sama2 kita tajdid niat,,apa matlamat kita untuk hari2 yang akan mendatang,apa yg nak kita plan untuk kemajuan Islam,apa yang nak kita beri kepada masyarakat,berapa banyak dah sumbangan yang telah dikerahkan daripada diri kita?..

Azam tahun baru bukan azam yang hanya kita tulis dalam kertas then lama2 jadi kertas yang x bernilai dan diterbangkan oleh angin begitu je,,pesanan ni untuk peringatan diri penulis yang mudah lupa ni jugak,sebab biasalah kan diri kita ni memang sentiasa memelukan peringatan antara satu sama lain.Jangan keras hati sangat untuk menerima nasihat,teguran dan peringatan daripada orang sekeliling even dripada seorang kanak2..

Orait sahabat2 semua,kita dah di penghujung coretan,so insyaALLAH,ada jodoh kita jumpa lagi next entri ya..skali lagi,jom sama2 tajdid niat!!

WELCOME NEW YEAR 2014..HOPE WE WILL HAVE A GOOD ‘RELATIONSHIP’ TOGETHER FOR THE SEEK OF REDHA ALLAH,INSYALLAH..:)

sanah helwah ya Rasulullah......

Assalamualaikum w.b.t.
bismillahirrohmanirrohim..

Salam maulidur rasul aku nak ucap kt korang semua..ape khabar korang semua??..harap2 semuanya dalam keadaan baik,sihat dan sejahtera,,,ape yg penting..kerjasama!!ape yg penting...kerjasama!!..haha..tu kata kartun wonder pets kan..x,yg ni lagi penting,,ape yg penting??..rahmat kasih sayang ALLAH untuk kita semua hambanya..:)



Sebenarnya badan aku ni sgt2 lemah,baru je demam,tapi sempat lagi kan bukak laptop..hehe..jasad kepenatan,tapi minda masih kuat untuk generate energy bagi mengarahkan jari jemari yg comel ni untuk menaip ape yg nak di update..hehe..ape2 pon,korang tolong la doakan aku cepat2 baik dari demam ye..

Setiap tahun kan kita akan jumpa nga hari maulidur rasul,lepas tu kita semua dapat la cuti,boleh rest dari kerja..betul ke gitu?..pernah x kita tanya diri kita samada kita ni betul2 ke sayang NABI saw?..betul ke cinta BAGINDA saw?..pada hari yg jatuh pada 12 rabiul awal je ke kita kena dan akan ingat NABI saw?..tu kena tanya diri dan hati masing2..

Kadang bila tiba maulidur rasul je kita akan ingat kat nabi,aku x kata kt orang la,terkadang aku pun terlupa untuk berselawat kat BAGINDA saw dalam sehari tu,,kene buat peringatan baru ingat,,kata orang biasa la,manusia sentiasa perlu diingatkan....ya,manusia perlu sentiasa diingatkan,tapi kita jangan la pulak x buat ape2,x cari alternatif lain pun nak tolong diri kita untuk sentiasa alert n caring about the important thing for human called Prophet's ummah..

Untuk ingat Nabi saw,x perlu tunggu hari maulidur rasul,tapi kita kena sentiasa ingat kat Baginda dlm setiap hari2 perjalanan kehidupan kita,,sentiasa membasahkan bibir dengan selawat untuk menjadi pengikat kasih antara utusan ALLAH merangkap KEKASIH ALLAH dan ummah,mengamalkan sunah2nya,kalau x mampu nak buat semua,buat la dulu yg kita boleh buat,jgn hadkan diri untuk mengaplikasikan sunnah Nabi saw dalam kehidupan..

Terkadang kita lupa tentang pengorbanan seorang KEKASIH ALLAH dalam memperjuangkan hakikat dakwah dan iman,walau diri terpaksa mengharung seksa dan derita,namun demi pegangan aqidah dan tauhid diriNYA kuat untuk berdiri dan  berjuang..Kasih sayang Baginda terhadap manusia yg bergelar ummat MUHAMMAD SAW tetap subur dalam qalbu walau ummat sendiri mencerca,menghina dan melakukan keburukan,namun hati Baginda tetap sabar dan mahabbah semakin menebal untuk ditabur bagi memberi secicip ruang kesedaran tentang hidayah,walau dia tahu hidayah itu milik KEKASIHnya yg abadi..KEKASIHnya akan mengurniakan hidayahNYA kepada orang2 yang terpilih dan dikehendakiNYA..Hingga pada saat2 Baginda saw hampir wafat dan menghembuskan nafas cinta yang terakhir,bibir Baginda masih mengingati ummat2nya,,,ummati....ummati....ummati....Begitulah setianya seorang KEKASIH ALLAH untuk memperjuangkan amanah yang telah diberikan oleh ALLAH.



Ni butir2 skit pasal KEKASIH kita Nabi Muhammad saw:

  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Alangkah bertuahnya kalau diriku dapat bertemu dan menatap wajahmu ya Habibullah,ya Rasulullah..namun,keinginan itu x mungkin terjadi di dunia fana selepas kewafatanmu,namun tidak mustahil untuk bersua denganmu di hari kebangkitan kelak..aku rindu untuk bertemu denganmu,untuk bersama denganmu di taman KEKASIHmu kelak..kurniakanlah aku syafaatmu dan keredhaanmu untuk ummatmu yg hina ini..aku hanya ummat yang terkadang lupa akan nilai kasih sayangmu,lupa akan nilai perjuanaganmu dek godaan dunia dan terpandu oleh nafsu,,namun hakikatnya aku sedang berusaha untuk mempersiapkan diri untuk bersedia menyambung jalan dakwahmu,menyambung talian kasih dan sayangmu kepada sekalin alam..

Kelahiranmu memberi cahaya dan ketenangan bagi meleyapkan segala kejahilan dan kebatilan.Peribadimu dapat melembutkan hati sekeras batu dan menghancurkan keegoan setinggi gunung,perjuanganmu x kenal erti letih,putus asa atau derita,kehidupanmu dikuatkan dengan nadi dakwah aqidah dan iman serta tarbiyah ummah,pemikiranmu menjana tamadun dunia,sunnahmu jika diamalkan dan dipegang dalam kehidupan x akan sesat sampai bila2,kau diangkat sebagai KEKASIH ALLAH,berselawat keatasmu dijanjikan ganjaran dan syafaat,dan kewafatanmu ditangisi seluruh penduduk dunia,,namun sampai ke hari ini,ISLAM tetap bertahan di muka dunia yg fana ini..
Aku tetap merinduimu walaupun aku hanya mengenalimu melalui sirah2mu,pengajaran dari guru2,namun sudah cukup untuk sekeping hati ini diabdikan untuk mencintaimu dan KEKASIHmu,ALLAH..aku cukup bertuah menjadi ummatmu..Ya Rasulullah saw,aku hadiahkan ucapan selawat serta salam ke atas mu,moga ia menjadi ikatan kasih sayang yang suci antara kau dan aku yang bergelar ummatmu serta penyumbang syafaat buatku di akhirat kelak..ameen


Akhir kalam,jom sama2 kita selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..moga2 dengan lidah dan bibir kita sentiasa dibasahi dengan alunan selawat cinta,ia akan memberi ketenangan dan syafaat di akhirat kelak..insyaALLAH,ameen..:)

sollu 'ala nabi..اللهم صلى على محمد  وعلى ال محمد ..:)..jom sebarkan selawat cinta dalam masyarakat kita..:)


p/s : satu lgi,kalau korang nak tahu lebih lagi,boleh lawat alamat ni,ni blog sorang tokoh yang agak terkenal jugak la,nama beliau Ahmad Sanusi Husain..

http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html#axzz2qa2hjslr

SANAH HELWAH YA RASULULLAH!!! <3 <3 <3


wallahu'alam..

Friday, 13 December 2013

are WE on the RIGHT path to the JANNAH???

Assalamualaikum n Bismillah..

Are we on the right path to the JANNAH??..Lets ask ourselves personally.Are we truly muslim that understand what is the meant by the BIGGEST and GREATEST word in ISLAM," لا اله الا الله " ..Not as easy as u say SYAHADAH but u need to feel and put it at the first place in your heart for your entire life..

Jom sama2 audit diri,setakat mana level usaha kita untuk mengenali ISLAM,mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan,mengekalkan keistiqamahan dalam beribadah dan merasa bagaimana susah payah Baginda saw dalam membawa agama rahmatan lil 'alameen,walaupun kita sedia maklum yg tahap kekuatan dan ketabahan iman kita dengan para Rasul,salafusoleh dan sahabat2 Baginda x dpt nak ditandingkan.Namun,kita jgn berputus asa dan menyalahkan takdir,kita cedok seberapa mutiara2 berguna,sifat mahmudah diorang utk diterapkan dlm kehidupan kita seharian.Mereka2 ni boleh menjadi panduan atau indicator kepada kita bagaimana wasilah utk menuju syurgaNYA.

Adakah kita faham the real meaning of success??..are we know where we are heading towards??..budaya fikir yg berlainan akan membawa kpd kefahaman kepada sesuatu yg berbeza-beza,sebagai contoh 2 orang hamba ALLAH (Abu Kasim& Boon Chooi),bila ditanya apa tahap yg boleh dipanggil sukses dalam kehidupan,,

Abu :Tahap kejayaan dalam hidup aku apabila aku perolehi kejayaan di dunia dan di akhirat..Kejayaan di dunia adalah bila aku berjaya menyumbangakan khidmatku yg x seberapa dengan beberapa kerat tulangku,namun berguna demi pembangunan ummah dan agama..Kejayaan aku yg paling aku inginkan adalah apabila aku dapat merasa kemanisan cinta aku padaNYA,dapat keredhaan ALLAH dalam apa jua pekerjaan yg aku buat,so,jika keredhaan mengiringi setiap langkah aku,insyaALLAH,aku sentiasa berjaya..dan yg paling penting tahap kejayaan aku yg paling utama adalah untuk menjadi penghuni Jannatul Firdaus..aku tahu,x mudah utk menggapainya,tapi aku akan berusaha utk mencapainya,x semestinya kalau sekarang aku kurang baik skit,aku terus akan dihumban ke Jahannam,,ALLAH Maha Adil,aku yakin ALLAH Maha Mengetahui..dengan rahmat ALLAH,semua akan jadi nyata..



Boon : Tahap kejayaan aku adalah bila aku dapat memiliki seberapa bnyak harta kekayaan,dapat zuriat yg sihat,dapat isteri cantik,dapat beli apa yg dimahukan..kalau dah ada duit je semua jalan,kawan..

See..budaya pemikiran memainkan peranan penting dalam pemahaman konsep kehidupan..bagi Muslim yg faham benar apa tujuan hidup dan apa sebenarnya yg nak dicapai dan nak disumbangkan dalam kehidupan,dia sentiasa akan memikirkan cara2 dari setiap segi bagi memenuhi elemen yg akan melayakkan dia mendapat ganjaran ALLAH yg lebih besar..Apa yg kita akan membawa kita ke SyurgaNYA??..



Bagi kita sekarang yg dah bergelar seorang muslim..x kira la muslim warisan atau muslim revert,tu x penting,yg pentingnya sekarang adakah kita benar2 faham apa yg dimaksudkan dengan La ilaha illallah,muhammadurrasulullah..aku tahu,aku bukanlah orang yg selayaknya untuk membahaskan isu ini,,ilmu pun baru setitik air,tu pun kalau boleh setitik..hoho..tapi aku nak kongsi skit apa yg sorang lecturer aku ckp,,ni la lebih kurang kata2 beliau :

Bila kita dah bergelar muslim,kita dah rasa ok dah,dah dalam zon selesa,dah baik dah ni,ada yg kata kalau aku buat dosa pun,nt aku boleh masuk syurga jugak..Kerna apa??Apa yg akan membezakan kita ngan non-muslim?? yg membezakan adalah ikatan aqidah/syahadah..kerana kalimah yg agung inilah,ada yg akan menuju syurga dan ada yg akan direjam selama-lamanya (infiniti kehidupan) dalam neraka..

Skrg,,meh kita tgk apa yg kita sebenarnya terkadang x perasan apa yg kita perlu perbetulkan dalam kehidupan..ni pun contoh yg lecturer aku bagi,,apa maksud "la ilaha illallah" ??.."tiada TUHAN selain ALLAH" ..apa yg dimaksudkan dengan 'ilah' (tuhan) ??..semua benda yg bertentangan dengan ALLAH..contoh la,kalau kita masuk hutan,ada dalam kalangan kita yg akan mintak izin lalu nenek moyang "nek,cucu tumpang lalu" ,kita anggap macam 'nenek moyang' tu la yg menguasai hutan tu,yg jadi 'ilah' kt kita,takut apa2 terjadi,mintak kebenaran dulu..hoho..padahal unsur ni telah menyalahi konsep ketuhanan yg sebenarnya,,konsep ketuhanan yg sebenarnya adalah TAUHID,,yg meliputi

-asma' wa sifat
-tauhid Rububiyyat (percaya bahawa ALLAH penguasa seluruh alam)
-tauhid Uluhiyyat (apa jua perintah ALLAH,kita laksanakan)

Akhir skali,aku nak pohon maaf andai apa yg aku kongsi ni mengandungi unsur terkasar bahasa,or ada tersilap fakta ke,harap sesape yg lebih arif perbetulkan..aku nak share apa yg telah ku kutip dari lecturer aku yg jd mcm naqibah kitorg utk ahli persatuan kitorg..Jom sama2 kita audit diri,tanya iman,soal hati,,apa usaha kita utk kita jadi hamba ALLAH yg betul2 dirindui oleh penduduk langit dengan kehadiran kita kelak..Allahurabbi..

Mengenali ISLAM itu satu ketenangan,mengamalkan ISLAM itu satu ke'izzahan dan mengistiqamahkan ibadah adalah suatu ketaqwaan..:)..




Wednesday, 11 December 2013

syndrome bila dah rapat dgn 'BF' lama..:p

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillah..

Aku rasa dah lama aku x update blog ni sejak aku mula rapat ngan 'BF' lama aku ni yg menuntut untuk aku lebih menambahkan fokus untuknya demi masa depan aku jugak..hehe..Update kali ni saje nak refresh otak aku ni yg dah lama 'rest' dari nk luahkan idea2 utk update blog..Ni la 'BF' yg makin dekat nga diri aku skrang..jeng2..



Tu dio eh,,dah mcm ape dah study pon,tp ni la hakikatnya life seorang insan yg bergelar student..Alhamdulillah,aku dah mengalami fasa ujian berdasarkan 'BF' dgn jayanya..ALHAMDULILLAH..:)

Yang paling lucunya aku n my housemate dah rasa lapar benor lepas berjam2 duk ngadap benda ni je,,hehe,,ntah sampai ntah tidak nye berjam2 tu..hoho..then ada la serba sdikit mkanan2 yg ada trsimpan dlm peti sejuk tu..then kitorg masak la demi memenuhi kehendak our gaster(perut) istilah medic dlm bahasa belanda..hehe..kitorg bleh istilah ni lepas sorg lecturer kitorg ni kan grad kt USU di Indonesia,so sukatan pembelajaran di sana bnyak guna istilah belanda..xpe la,kitorg bleh blajar bnyak bahasa utk satu2 istilah..kan untung namanya tu..malam tu kitorg ber'portluck' la dlm rumah yg bnyak menyimpan rahsia suka duka kitorg 6 org selama mengalami fasa ukhuwah..:)




Yg paling lucu lagi tu,,dah tgh2 mlm ni,kitorg mmg akan lapar la,geng umah kitorang 6 org ni memang dilahirkan sama perutnya time lapar kali,,mesti lapar punya la asal stay up tengah mlm..so,nk apa lagi,tekan butang dial la utk tempah mkanan,time tu dah hampir pkul 1 pagi kot,kebanyakan kedai dah tutup..so,kitorg call punya call semua list num kedai utk menempah tu,semua la time tu dah tutup la,dh habis la,x bukak la..dah kitorg pun dah majuk dgn semua kedai tu..hoho..x la sampai gitu kan..then time tu pun semua mkanan pun xde dlm umah,apalagi,kitorg pun g umah sorg kawan ni utk tnya smada diorg ada mkanan ke x,mula2 memg malu tp dah mmg trdesak sgt,kitorg dh letak tepi dh rasa malu tu,lgpun sesama pompuan kan,dah tahu perangai masing2..jd x kesah sngat..then masak la kitorg awal2 pgi tu dlm pkul 2 lebih kot kitorg telah memulakan operasi mnjadi MASTER CHEF utk umah kitorg..masak nasi goreng je la,,sebab tu je yg ada..
























Finally,,aku dah xde ape dah nk citer buat kali ni,,tu je la yg mampu aku update buat kali ni..rindu utk update blog aku ni membuak-buak sebenarnya,tapi oleh krana bnyak masyaqqah yg menghalang,so sntiasa tertunda..xsampai di anak tirikan lg la..hehe..jumpa lgi next entri..Assalamulaikum..

Monday, 18 November 2013

nak jadi doktor??susah x??

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillah..

Jom sama2 kita panjatkan infiniti kesyukuran kerana kita masih lagi boleh bernyawa dalam jiwa bernama hamba kepada Sang Pencipta..Alhamdulillah!!Alhamdulillah!!Jom kita bertahmid sama2..Dalam suasana kedinginan malam,dalam kelesuan jasad yg menuntut utk diberi sedikit keperluan rehat,tapi dengan semangat yg berkobar2 ni,tuan punye jasad ni gagah jugak nak perintah segala jari-jemari utk menaip meluahkan apa yg terbuku..

Alhamdulillah,aku baru je balik dari program perkongsian bersama senior tentang bagaimana realiti kehidupan seorang pelajar medik yg telah diserikan dgn kehadiran Dr. Zaki Ibrahim dan Dr. Dzafi to be x lama,insyaALLAH,,yg juga merangkap senior kpd kitorg..Kata adik moderator mlm tadi,dia ada terbaca satu status dlm fb yg ada menyatakan dgn yakinnya "kalau engineering student : bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian,,tp kalau medical student : bersusah-susah dahulu,berseksa-seksa kemudian"..apa motif status ni sebenarnya aku pun x faham,yg pasti ini adalah salah satu persepsi yg kadang2 boleh melemahkan jati diri seseorang yg mudah ambik percaya.

Dari perkongsian tersebut,bnyak jugak la yg dpat aku tangkap utk dijadikan benih2 pembakar semangat utk bergelar seorang medical student dan seterusnya seorang doktor soleh wa musleh,berguna utk agama,masyarakat juga negara.



Sebagai contoh,perkataan "susah" utk belajar medic adalah merupakan satu persepsi yg di'create' sendiri oleh tuan punya badan,,kalau dah diri kita awal2 lagi dah kata susah,x boleh buat,cepat nak give up n bagi pelbagai alasan,memang la xboleh..Persepsi2 ni la yang akan tumbuh dan akan memakan kekuatan jati diri yg telah kita bina dan pupuk sblum ni secara perlahan2 dan terkadang boleh drop secara drastik..Bagi aku la,kalau orang lain boleh buat,boleh berjaya,kenapa kita x boleh,kita tak berani nak cuba utk menjejaki tangga2 kejayaan yg telah org lain sampai..kalau nak kata org lain ada lebih masa,semua org dihadiahkan ALLAH 24 jam sehari,kalau nak kata kita x cukup tangan,bagi yg normal,ALLAH pinjamkan 2 tangan dan 2 kaki,even orang cacat pun boleh berjaya,mengapa pulak bukan kita yg sempurna tubuh badan x nak sahut cabaran utk berjaya..Kalau niat kita utk menuntut ilmu LILLAHITAALA,utk mendapat MARDHOTILLAH,sedar betapa bnyak manfaat daripada diri kita perlu disumbangkan utk ummah dan agama,kita x akan ada alasan x cukup masa,x sempat sebab sibuk dan macam2 lagi hal la..Jom sama2 muhasabah diri,iman dan niat kita kenapa kita nak belajar,kenapa kita pilih kos medik sebagai contoh..untuk apa?..jawapan ada pada tuan yg soleh/solehah yang sedang baca entri ni,x lupa jugak peringatan buat diriku yg sentiasa lalai dgn keseronokan dunia..

Berbalik kepada persepsi tadi,kalau la kita diberi persepsi yg negative contohnya macam cerita Dr Zaki tadi yg kata cikgu beliau sgt2 discourage bila dia dah dpt tawaran ke Australia utk sambung medik,sampaikan cikgu beliau kata "ukur la dulu badan tu,mampu ke x nak harungi ni".Namun beliau take it as a challenge,sebab dengan cabaran la kita dapat bina dan lahirkan peribadi yg good enough strong and matured.Inilah yg dikatakan challenge yg akan bertukar kepada achievement goal,bukan time tengok bola je kita excited utk tengok bola tu goal,tapi kita jugak kena tahu GOAL kita atau matlamat yg jelas kenapa kita belajar dan apa yg nak kita capai..Benda macam ni pun telah terjadi kat diri saya sendiri,yg mana dlm entri yg lama aku ada cerita psal peristiwa time aku lepas SPM tahun 2010 tu,sgt sedih,apa yg x sedihnya guru sendiri discourage kita punya minat,,kalau korang cmane?..aku tahu cikgu2 tahu kemampuan kita stakat mana,tapi kenapa takut utk kita cuba apa yg kita minat,x salah asal kita berani cuba,tekad dan tawakkal..InsyaALLAH..bagi aku,setiap yg tergerak dari hati dan fikiran telah ditetapkan itulah yg terbaik utk kita disamping usaha2 lain lagi utk membenarkan keputusan yang dibuat x kan membawa mudharat kepada diri..

Kalau macam senior kitorg ckp tu,beliau adalah 1st batch MD UKM,dah nama 1st batch kan mesti punyalah ada masalah,masalah diorang ni parah jugak la kalau nak kira,almost day non lectures,so,diorang kena ambik inisiatif sendiri la macamana nak struggle dlm medik..Alhamdulillah,sekarang beliau n the geng dah di tahun akhir,dlm bulan 4 tahun dpn grade..Beliau kata ramai sahabat2 yg lain tersungkur di tengah jalan,sedikit je yg mampu bertahan,,maybe x boleh nak adapt dengan kesukaran masalah yg timbul,tapi bagi senior aku ni,macamana beliau n the geng yang mampu bertahan sampai sekarang ni nak adapt,,mcm yg aku telah state sebelum ni,kita kena sedar yg kita ada matlamat yg hendak dicapai,bnyak lagi manfaat yg masyarakat perlukan yg belum kita khidmatkan,,so,dgn kesedaran ini,kita akan berusaha utk adapt n cari solution yg boleh bawa jalan keluar kepada sesuatu masalah..When u start anything,u know how to manage your time..



Menurut seorang ustaz kepada adik moderator kita ni,antara ungkapan ustaz ni ialah : orang yg sibuk adalah org yg ada masa,dan org yg x sibuk ni adalah org yg x de masa dan hilang nikmat utk ber'tuan'kepada masa yg bermanfaat..satu lagi isu yg menarik perhatian aku adalah soal keberkatan dalam menuntut ilmu..Kita ni sebagai ummat akhir zaman terkadang jarang utk lebih mengfokuskan kearah keberkatan dlm study,kita jarang titik beratkan elemen keberkatan dalam menuntut ilmu ALLAH,yg kita tahu adalah struggle,buat test,n past with a flying colours,,tp pernahkah kita terfikir,macamana ada orang yg study satu jam je tapi dapat input mcm blajar 2 jam,ada jugak org yg blajar berjam-jam lamanya,tpi x dapat input pun..tu namanya tahap keberkatan yg ada semasa menelaah pelajaran..mungkin kita buat hati ibu bapa gembira,tolong org dgn ikhlas,and bnyak lagi la,so ALLAH kurniakan keberkatan dalam urusan kita..Cuba kita tengok ilmuwan2 islam dulu2,mereka dapat menguasai pelbagai jenis ilmu dalam masa yg singkat,pakar dalam pelbagai bidang..sebab apa??..sebab mereka dilimpahkan keberkatan dalam menimba ilmu..so,start pada hari ni,titipkanlah niat yg ikhlas,matlamat yg jelas utk menimba ilmu hanya kerana ALLAH dan utk mencapai MARDHOTILLAH,dan berusaha bersungguh-sungguh utk mencapainya,bukan goyang kaki je tunggu ilmu dtg tanpa usaha yg kuat..ada student kalau dah susah skit je,dah nak give up,kalau x sempat nak baca nota je,snap gambar dalam phone then bukak time jawab test,tu namanya meniru,dah,kesian la kat diri tu wahai kawan,x guna pun meniru kalau xde keberkatan,x leh jugak markah penuh pun..kalau pun x sempat baca nota utk test,usaha dulu cari masa2 terluang utk baca skit2 nota tu,bukan tinggal terus then ambik jalan mudah dgn meniru..Aku rasa kalau org buat camtu kan,dia tak akan rasa puas pun even dah dpt markah tinggi sebab bukan dengan usaha diri sendiri..

Dah la kawan2 yg dirahmati ALLAH,,stakat ni dulu entri buat kali ni..Assalamualaikum..