CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Saturday, 27 July 2013

inshaaALLAH,,doktor muslimah wa mu'minah to be..

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar semua??..harap2 sihat semua dalam iman dan taqwa..inshaaALLAH..Kali ni aku nak kongsikan perjalanan hidup aku sebelum aku berada dalam bidang yang memang aku cintai..

"Lepah SPM ni awok nok ambik koh ggapo ummu??"..(Lepas SPM ni awak nak ambik kos apa),,tanya muallimah (mksud dia cikgu perempuan dlm bhasa arab) padaku selepas keputusan SPM keluar.Aku dengan penuh yakin jawab "sayo nok ambik medic muallimah"..Cikgu aku diam kejap,lps tu dia kata "kalu awok apply medic pon dengan result awok ni ddulu lagi eh keno tendey,baik awok ambik koh law,mugo muallimah tengok result awok lebih ko agamo,ataupun awok jadi la ustazah"..(kalau awak apply medic pun dengan result awak ni dulu-dulu lagi kena tendang,baik la ambik kos law sebab muallimah tengok result awak lebih kepada agama,ataupun awak jadi la ustazah)..aku terus tersentap dengan kata2 cikgu aku tu,kata2 tu dulu pernah buat aku rasa down sangat2,nak kata result aku teruk sgt,x de la teruk sgt,ALHAMDULILLAH sgt memuaskan hati aku dah dengan usaha aku dan sokongan ibu bapa dan guru2 selam ni..Kata2 tu masih lgi terngiang-ngiang kat telinga aku,dan sekarang kata2 tu menjadi penguat semangat aku dah..Aku dah x kisah dah orang nak ckp apa sekarang,dulu aku x tahu sangat pasal masuk u ni,yang aku tahu nak masuk u ambik medic jadi doktor.Maklumlah aku ni anak sulung,x de pengalaman sgt dalam nak pilih kos yang sesuai,tapi aku yakin dengan result aku ni yang aku akan lepas jugak masuk u then ambik kos yang aku nak..

Time nak isi upu tu,cikgu aku yang tolong isikan,takut tersalah isi sendiri..huhu..Cikgu aku letak kos law kat usim pada piliham pertama then kos asasi law d u lain2,dan semua kos asasi medic x de dalam pilihan upu tu..mula2 aku x perasan sebab memang serah bulat2 kat cikgu aku tu,lepas tu bila print benda tu baru la aku tengok,terdiam aku kejap sebab kalau kos law memang ibu bapa aku meng'haram'kan dalam keluarga dan adik beradik kami,kata mereka kalau nak jadi lawyer kena betul2 kuat dan amanah untuk membela orang2 yang betul2 bemar atau salah,kalau dah ambik kos law tu,sebelah kaki kat syurga sebalah lagi kat neraka  ni macam perumpamaan la nak cakapnya yang lau nak ambik profession yang berkaitan menghukum manusia ni adalah sangat berat kerana silap2 hari bulan kita terbela orang yang salah,kita jugak dipertanggungjawabkan..

Antara sebab kenapa aku pilih kos medic dan untuk pengetahuan sahabat sekalian,aku memang minat kos tu dari kecik lagi,tapi time kecik2 dulu semua mau jadi,tapi pendirian aku tetap bila naik tingkatan 4,aku tekad aku nak jadi seorang DOKTOR MU'MINAH buka saja MUSLIMAH..aku suka merawat orang,bergaul dengan orang di sekeliling then boleh tahu masalah apa yang orang sekeliling hadapi..Bila kita duk dalam hospital semua jenis pesakit kita boleh tengok,ni akn bagi kita keinsafan secara x langsung yang mana bersyukur la dengan nikmat sihat yang kita dapat sekarang dan jangan sia-siakan waktu terluang dengan benda2 x berfaedah,bila sakit jangan mengeluh,ingatlah itu adalah salah satu kafarah dosa atau teguran kasih dari ALLAH untuk memberi kita kesedaran dan peringatan nak suruk kita ni sentiasa ingat DIA.DIA al-Khaliq,ar-Rahman,ar-Rahim..




Lastly,setelah bermacam-macam dugaan,alhamdulillah,aku dapat panggilan kedua di salah sebuah  kolej matrikulasi dalam aliran sains.Dari situ la aku rasa cita-citaku utk ambik medic inshaaALLAH tercapai dan hanya berdoa biar ALLAH izinkan aku betul2 boleh mencapai cita2ku itu.Tapi Rencana ALLAH adalah lebih baik,DIA telah bagi aku kesempatan utk merasa hidup sebagai seorang pelajar matrik hanya dalam masa 10 hari kerana lepas tu aku mendapat tawaran utk sambung asasi di USIM,Nilai,N9..ALHAMDULILLAH 2x sgt,aku sungguh bersyukur..Boleh dikatakan aku menangis hampir setiap waktu sebab time x dapat tawaran mana2 tu,aku x boleh terima hakikat time tu,tapi alhamdulillah,ALLAH telah mengurniakan 2 insan yang paling2 aku sayang dan cinta dan sgt berjasa kepada aku dari kecil hingga besar panjang sekarang iaitu IBU BAPA aku yang sentiasa menyokong dan memberi penguat semangat kat aku time tu,mereka x jemu bagi aku nasihat supaya x putus harap kat ALLAH,banyakkan berdoa walaupun aku tahu time tu mereka pun mungkin terasa dengan keadaan aku yang x boleh tawaran time tu..

Aku masih ingat lagi,dalam pukul 1 lebih pagi,time tu aku,ma ngan abah belum tidur,then time kitorang dah kemas2 nak tidur,,tut..tut..satu message masuk ke inbox hp ibuku,pesanan ringkas dari seorang guru yang handle bahagian pelajar nak masuk u atau matrik..Cikgu aku minta number i/c aku katanya nak semak keputusan aku,then 5 minit lepas tu dia kata aku berjaya boleh tawaran matrik tu,aku sungguh excited sampai hampir aku berteriak kegembiraan malam tu kerana happy boleh tawaran tu setelah sekian lama,,yang paling aku bahagia apabila melihat ma dan abah aku tersenyum lebar,,mereka bahagia tengok aku ceria semula..

Lepas aku berkampung selama 10 hari di matrik,aku diberitahu ma aku yang aku telah berjaya menadapat tawaran g asasi di salah sebuah ipt awam..Semakin aku gembira di situ,aku sungguh bersyukur time tu,betul la kalau kita betul2 sabar dengan ujian yang ALLAH bagi inshaaALLAH ada balasan yang lebih baik untuk hidup kita yang ALLAH telah aturkan..ALLAH berfirman dalam al-Furqan yang mulia : 
surah al-Baqarah:2:153 ,,"Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan salat.Sungguh ALLAH beserta orang-orang yang sabar".

Akhirnya aku check out dari bilik yang banyak menyimpan kenangan aku bersama roomate aku yang semuanya merantau dari negeri asalku,KELANTAN..Ukhuwah antara kitorang still terjalin sampai sekarang walaupun hanya kenal dalam masa 10 hari,tapi kitorang sempat buat banyak benda bersama-sama.Sebenarnya benda yang dilakukan bersama2 atas dasar ukhuwah kerana ALLAH akan menimbulkan bibit rindu bila berjauhan..

Banyak yang aku belajar di Matrik dan di ipta tentang erti kehidupan sebagai khalifah,pelajar dan dai'e kepada agama..Setahun di asasi banyak aku boleh ceduk ilmu dan pengalaman yang akan menjadi base atau batu loncatan buat aku dalam melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran inshaaALLAH..

Haa..dah cakap banyak ni,korang nak tahu sebab apa lagi aku memang gila sangat kat profesion DOKTOR ni walaupun memang dah ramai orang bagitau aku yang ambik kos ni susah,calang2 orang boleh ambik,kalau x kuat xleh nak ambik,macam2 lagi la..Aku mengadu pada satu-satunya SRIKANDI mithali aku iaitu ma aku pasal apa yang dibagitau oleh orang ramai tu..Dengan penuh bermakna,ibuku menyusun kata "bila kita memang nak sesuatu yang diimpikan,kita x perlu toleh belakang,jangan hiraukan kata2 orang yang kadang2 boleh menjatuhkan kita,ingat ma nga abah sentiasa di belakang menyokong anak2..x de benda yang mudah dalam dunia ni untuk dicapai melainkan denga usaha yang bersungguh-sungguh dan dengan semangat yang teguh"..Ibuku siap bagi analogi lagi katanya kalau tengok kita nak makan pun kena kunyah dulu baru telan kalau x,kita tersedak la,terlekat makanan la,macam2 lagi la,kan tu usaha kita jugak untuk break down molekul2 besar kepada unit yang paling kecil..Duk cakap2,tapi x bagitau lagi apa sebab aku pilih profesion ni..hehe..Akhirnya sekarang aku diletakkan oleh ALLAH untuk menimba setinta ilmu dari selautan ilmu ALLAH dalam bidang pengajian perubatan..ALHAMDULILLAH..Aku bersyukur atas segala yang ditentukan olehMU..

Antara sebabnya ialah kerana sifat aku yang sangat sukakan baby2 comel ni,aku berimpian nak jadi specialist dlm O&G(Obstetric & Gynaecology) nanti sebab boleh la aku sambut baby2 suci kurniaan ILAHi ni  nanti,boleh jumpa dengan banyak baby pelbagai rupa,warna kulit,bangsa dan agama..Aku memang minat baby..Sebenarnya baby ni dilahirkan dalam keadaan fitrah dan suci ibarat kain putih,tapi ibu bapa yang akan  mencorakkan anak2 mereka menjadi Majusi atau Yahudi..

















Selain tu,aku jugak memang nak tengok keadaan ibu2 yang melahirkan anak2 mereka,nak menyaksikan sendiri dengan mata hati untuk merasai betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk anaknya walau pun perlu mempertaruhkan nyawa sendiri..Aku jugak nak memenuhi Fardhu Kifayah agama aku untuk jadi pakar O&G sebab aku tengok kat hospital2 kat unit O&G tu terdapat ramai doktor2 lelaki yang bergelar pakar O&G..Bagi aku,aku terpanggil untuk terjun ke bidang ini untuk menolong ibu2 yang nak melahirkan untuk mendapatkan khidmat doktor perempuan walaupun aku tahu sekalipun kalau aku diizinkan menjadi pakar O&G suatu hari kelak,aku x mungkin dapat memberi khidmat menyambut khalifah2 baru untuk semua kaum ibu,namun itu adalah salah satu usaha aku untuk tolong diorang..Sebab ma aku ada menceritakan pasal masa melahirkan kitorang adik beradik,ma kau nak doktor perempuan,tapi dibagi doktor lelaki kerana dah x de doktor permpuan,doktor lelaki pun boleh la untuk menyelamatkan nyawa 2 insan yang sangat berharga dalam hidup aku..



Lastly,aku berazam dan berimpian supaya ALLAH memberi peluang kepada aku untuk merawat bakal2 SYUHADA' agama ALLAH,aku nak jadi aktivis misi kemanusiaan contohnya ke GAZA,SYRIA..inshaaALLAH,amee..Aku nak bagi rawatan kat mereka,then aku jugak boleh rasa keadaan sebenar bumi bergolak yang sepatutnya aman tetapi diragut oleh makhluk2 perosaj agama ALLAH laknatullah..

Rasanya setakat ni dulu entri kali ni,dah penat citer dah,,panjang umur jumpa lagi di lain entri ya sahabat2 yang dikasihi ALLAH swt dan disayangi Nabi saw..Sirru 'ala barokatillah..:)..

No comments:

Post a Comment