بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM,masih lagi diberi peluang oleh KEKASIH ku Ya Rahman Ya Rahim untuk menghirup udara segar dan masih boleh menjalankan aktiviti harian..Alahamdulillah..Alhamdulillah..
COUPLE..apa yang anda sekalian faham dengan istilah tu??..bagi pandangan saya perkataan couple tu adalah sesuatu yang berpasangan x kira la benda tu dibahasakan untuk manusia even benda sekalipun,yang penting ianya membawa maksud 2..Tapi kat sini saya x nak bincangkan pasal sesuai ke x nak guna kat mana perkataan tu,benda tu x penting..
Sebenarnya apa yang saya nak utarakan ni adalah pasal couple AFTER nikah ..Kalau kita tengok sekarang terlalu ramai yang berlumba-lumba mencari pasangan hidup yang tak tahu apa penghujung kehidupan,katanya sunyi la x de teman,kalau ada boyfriend ke girlfriend ke ada la jugak orang yang nak dengar masalah kita..Kadang-kadang x faham jugak dengan masalah diorang ni,yang saya musykil la,time kecik2 dulu sape yang sentiasa dengar susah senang kita,IBU BAPA kita kan??..tapi kenapa bila dah besar panjang mereka dah macam x de harga dah,apa2 keputusan semua nak buat dengan couple masing2..Pendapat mak ayah x dipakai dah,katanya kuno,x ikut perkembangan zaman,padahal ibu bapa yang makan garam sebelum pasangan kita tu..
Zaman sekarang ni,kalau xde couple orang cakap kuno,x laku,macam2 la,tapi sebenarnya kita mempertahankan kesucian harga sebuah ikatan suci bernama NIKAH..Kalau dah sebelum nikah lagi dah couple,dah sentuh sana sini melebihi suami dan isteri,percayalah jika ALLAH bagi jodoh dengan pasangan tu jugak,kemanisan lepas nikah tu akan hilang..Kalau nak couple boleh,tapi lepas nikah la ye..Baru la sweet dan berkat.Berkasih sayang dengan orang yang HALAL untuk kita,dapat pahala lagi tu..
Kalau couple sebelum nikah ni susah tau,kita nak gerak kat mana2 pun susah,nanti ada orang cemburu la,macam2 la padahal dia bukan lagi milik kita yang dipinjamkan oleh ALLAH,,tapi bila dah nikah kita akan rasa kita ni dah ada orang yang perlu disayangi dan menyayangi,kita akan rasa hepi,itulah hikmah ALLAH
bagi NIKAH.Jadi kepada yang dah ada calon tu,percepatkan la penyatuan ikatan suci tu..hehe..semoga lebih berkat..Saya bercakap ni berdasarkan pengalaman orang di sekeliling dan melalui pembacaan.Boleh jugak dikongsi..:)
Okeyh,,haa,nak nikah tu senang je,ada wali,ada tok imam ada saksi dan cukup syarat2 lain,dah boleh dah..senang kan..Tapi kalau nikah tanpa persediaan fizikal dan mental susah jugak kan,nati pelbagai masalah pulak yang timbul,kan dah susah..Yang lelaki anda semua dah bersedia ke untuk jadi PILOT kat anak dara orang??..dah bersedia jadi IMAM untuk anak isteri??..dah bersedia untuk membimbing anak isteri dengan ilmu agama dan pengetahuan berguna??..dah cukup persediaan material untuk keluarga??..
Bagi wanita anda semua dah bersedia untuk sama2 mengemudi KAPAL kehidupan bersama sang PILOT pilihan hati??..dah bersedia dengan bimbingan tarbiyah dan emosi untuk melayan suami dan anak??..semua tu kena ambik kira jugak supaya bila dah kahwin,semua dah tahu tanggungjawab masing2..Apa2 pun,buat lah persediaan yang sebaik-baiknya sebelum kita melangkah ke alam COUPLE after NIKAH..:)..
Alhmadulillah,setakat hari ni,ALLAH masih lagi memelihara saya dari terjebak ke lembah itu..Ya ALLAH,,jauhilah aku dari segala benda yang boleh mendatangkan murkaMU..sesungguhnya aku amat takut akan siksa nerakaMU..Bagi saya,kalau dah sampai waktu ALLAH nak bagi kita jodoh,in shaa ALLAH kita akan nikah jugak,,apa2 pun couple BEFORE nikah adalah HARAM sebab xde apa2 pertalian yang suci antara dua insan ajnabi..
Kadang-kadang saya ada terfikir jugak la apa faktor yang mendorong remaja2 sekarang mencari kasih sayang di luar,mungkin mereka ada masalh tersendiri,,tapi kita masih ada ALLAH,tempat kita memohon dan menceritakan apa yang xdapat ditahan lagi dalam hidup..Kembalilah kepadaNYA,DIA maha Mendengar..kita yang ada kena beruasaha mendekati mereka dan berdoa semoga ALLAH membuka pintu hidayah kepada mereka sementara memberi peringatan pada diri kita jugak supaya menahan diri daripada terjebak ke lembah itu..Tak semua orang sempurna,tak semua orang bagus melainkan al-KHALIQ..Tapi kita kena usaha untuk menjadi yang lebih baik dan ingat jangan sekali2 mendekati zina atau mendekati alur2 ke lembah zina..
Sekian saje celoteh saya kali ni,,hehe..panjang bebenor plak dah..tapi xpe,kita sama2 kongsikan ilmu pengetahuan..sirru ála barokatillah..:)..SAY NO TO COUPLE UNTIL AKAD..NO ISLAMIC COUPLE IF BEFORE NIKAH..
wowwww.....tahniah33 karena ukhti berjaya memelihara keh0rmatan daripada cinta yg tidak halal^^ ana pun setakat ini Alhamdulillah Allah masih menjaga hati ana =)
ReplyDeleteharap kita smua akan terus konsisten dalam melaksanakan suruhan Allah serta menjauhi laranganNya..insyaa Allah ...aamiiin ya rob.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesyukran ya ukhti atas sokongan ukhti pada ana selama ni..inshaaALLAH ana akan berusaha untuk memelihara cinta suci hanya untuk insan yang berhak memilikinya bila telah sampai waktunya..doakan ana ye ukhti..InshaaALLAH kalau hati kita memang xmau benda tu,ALLAH akan pelihara kita..:)
ReplyDelete