CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Saturday, 27 July 2013

Nisa' ,jadilah mawar yang harum dan berduri..

Assalamualaikum wbt..
بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang kerana ALLAH kepada sahabat2 semua terutamanya insan yang bergelar NISA'..Harap2 korang semua dalam keadaan sihat dan dalam nikmat iman dan ISLAM di bawah naungan ILAHI..

Saje nak tulis entri pasal ni,rasa nak kongsi2 walaupun x seberapa..First skali,jom kita tengok dulu apa yang dimaksudkan dengan NISA' atau AN-NISA'..an-nisa' tu datang dari perkataan ARAB yang boleh diertikan perempuan atau wanita.Wanita adalah sebagai perhiasan dunia dan banyak dengan fitnah syaitan yang durjana kalau x dijaga dengan baik.Dari wanita syaitan boleh menampakkan banyak benda yang boleh mendatangkan fitnah contohnya dari segi penampilan pakaiannya,dari segi percakapan,dari segi pergaulan antara ajnabi dan masyarakat sekeliling.Sebagai wanita banyak keistimewaan yang ISLAM bagi,ALLAH x pernah menzalimi kaum wanita,sebagai contoh semasa waktu jahiliah dahulu kala,wanita ditindas,dikatakan pembawa musibah,anak perempuan ditanam hidup2,mereka melakukan wanita seperti tiada harga,tetapi dengan kedatangan ISLAM wanita terbela,semua hak2 yang sepatutnya wanita dapat dibagi,x de lagi penindasan dan pengeksploitasi wanita.Islam itu indah..

Wanita penuh dengan daya tarikan dari segenap diri mereka,oleh itu,ALLAH memelihara kaum HAWA ini dengan mensyariatkan supaya mereka yang bergelar AN-NISA' supaya menutup aurat denagn sempurna.Wahai akhawat sejantinaku,jom kita sama2 menjaga aurat kita dan maruah untuk ISLAM.Jangan sekali-kali memperlihatkan kulit tubuhmu yang sangat mahal kurniaan ILAHI kepada insan yang x berhak,peliharalah maruahmu dari  diinjak oleh manusia rakus ,dan ingatlah dengan ini harga dirimu sangat berharga bak mutiara putih di lautan..







Jadilah mawar yang harum dan sentiasa menghunus duri agama..WANITA adalah perhiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH..Jom kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan berusaha ke arah SOLEHAH..:)..You can do it my frens..Kalau sekalipun dulu kita x jaga aurat dengan sempurna,masih x terlambat untuk berubah selagi kita masih bernyawa,mintalah keampunan dan lindungan rahmat kasih sayangNYA kerana pintu taubatNYA sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNYA yang hina ini..Berusaha mencari HIDAYAH ALLAH kerana nilai hidayah itu sangat tinggi,kita kena mengejar mencarinya,ia x akan datang bergolek..

Wahai Nisa',mahalkanlah dirimu pada insan yang x halal untukmu,,jangan cepat menyerah dan terleka dengan hasutan kata2 manis syaitan,kerna ini akan memudaratkan dirimu sendiri..Jadilah mawar agama yang sentiasa berjuang untuk menegakkan syiar Islam walau di mana pun berada..Wanita solehah sangat2 berharga dan x dapat dijual beli,mereka bak mutiara solo di dasar lautan,sungguh susah diperolehi dan sangat mahal harganya..Dalam keluarga,wanita merupakan sayap kiri kepada suami dan menjadi tulang belakang kepada sumber kasih sayang suami dan anak..Bila berumah tangga,didikla jadilah MUROBBI terbaik buat anak2mu,didiklah mereka dengan didikan agama agar dirimu bahagia kerana mereka bakal menjadi QURATU 'AYUN (penyejuk mata) lebih2 lagi anak perempuan,didik mereka supaya lebih menghargai diri mereka dan tahu akan matlamat sebenar kenapa kita hidup..Solehahnya anak perempuan akan memberi kebahagiaan yang sangat tinggi nilainya kepada ibu bapa kerana nak jaga anak perempuan dengan betul2,dengan penjagaan auratnya,peribadinya,pergaulannya sungguh susah.Kaum bapa yang akan tanggung dosa jika anak perempuan mereka x tutup aurat selagi mereka x besuami,kalau dah bersuami,suami plak yang menyambung penanggungan itu..Kesian pada mereka yang bergelar PEMIKUL AMANAH ini..Kasihanilah mereka..JOM JADI YANG SOLEHAH UNTUK YANG SOLEH..




Sekian dulu buat utusan kali ni,panjang umor jumpa lagi next entri..salam sayang dari pemilik blog untuk semua..Jom sebarkan mahabbah sesama makhluk ALLAH swt..:)


No comments:

Post a Comment