CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Tuesday, 23 July 2013

teguran kasih dari ILAHI..

Assalamualaikum wbt..
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar sahabat2 yang disayangi ALLAH dan dikasihi Nabi??..Harap2 korang sihat la semua kan,InshaaALLAH..

Buat entri kali ni saya nak citer pasal pengalaman time balik cuti sem ke Kelate baru2 ni.Pengalaman yang x akan saya lupa sampai bila2.Saya fikir ini mungkin teguran dari kekasih  saya ALLAH ázza wa jalla untuk diri yang sentiasa lupa akan nikmat HIDUP yang diberi.Dia bagi peringatan supaya kita sentiasa ingat dan bersyukur sentiasa atas nikmatNYA.

Ceritanya bermula bila saya nak naik bas syarikat  Shamisha Holiday  untuk cuti semester.Saya balik seorang diri tanpa kawan,tapi tu x jadi masalah dah kat saya sebab dah brape kali dah pulang balik kg sorang2.Dah x takut dah la..hehe..Malam sebelum saya balik tu,saya dah rasa macam berat hati je nak balik esok tu x tahu kenapa,tapi disebabkan tiket dah beli,then ma abah saya dah call dah,jadi saya pun akur la untuk balik..Barang2 pun belum dikemas lagi.

Pagi2 time nak bertolak dari hostel tu baru saya kemas2 barang,siap sempat cuci rumah lagi tu,padahal bas jam 10 pagi,time tu ma saya dah bising dah,dia takut x sempat dengan bas..Mungkin tu alamat yang nak bgtau supaya saya x blik hari tu sebab akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.Malam tu ma saya ada pesan supaya baca YAASIN  minta perjalanan selamat.X tahu kenapa pagi tu tetiba jadi kalut.Mana x kalut kemas barang pun pagi tu..

Lepas tu,kitorang bertolak g stesen bas dlm jam 9.30 gitu,saya takut x sempat.Nasib la ada sahabat saya yang boleh g hantar ke stesen dan drive kereta sehabis laju yang boleh tapi still safe ..hehe..Yang lucunya,kitorang berlumba dgn bas yang akan saya naik nanti,bas kat belakang kereta kitorang kat belakang..

ALhamdulillah,akhirnya saya dapat naik bas tu jugak,then bertolak la kitorang semua penumpang bas tu,,time tu saya baca YAASIN minta ALLAH selamtkan perjalanan saya ke KELATE .Lepas tu,saya pun terus tertidur,berjam-jam jugak rasenye.Then setelah beberapa jam melayari mimpi indah saya pun terjaga then rasa segar dan x ngantuk dah,then mata saya melilau melihat kehijauan dan keindahan yang menggambarkan kebesaran ALLAH swt..

Tetiba saya terbau hangit macam ada benda terbakar,dalam fikiran saya x mungkin la bas ni terbakar,tapi still rasa x sedap hati,bas tu still lagi berjalan,cuma slow2..Pastu bas tu berhenti sebab ada orang nak buang hajat,then ada la sorang pak cik kat seat tepi saya ni turun bas kali untuk meninjau apa yang terhidu tu,kemudian dia melambai2 tangan then kata "cepat turun,bas terbakar" ,bila saya dengar perkataan terbakar tu,dengan langkah seribu saya terus bawa segala HARTA yang ada di badan dan AL-QURAN yang ada di tangan untuk turun daripada bas.Saya boleh seat sorang kat tingkat atas bas double decker tu,senang la skit nak lari..Lintang pukang semua nak selamat diri masing2,saya rasa time tu macam betul2 nak mati dah,dah mengucap awal2 bersedia..haha..Cemas kott asap dah berkepul dalam bas,,alhamdulillah saya terselamat keluar dari bas tu.Then kitorang cari tempat yang lebih selamat iaitu berdekatan dengan hutan.Nasib la benda tu jadi dekat2 ngan kawasan nak masuk KELATE iaitu kat Batu Melintang.Lepas tu sorang mak cik ni kata "jangan risau,kalau x ajal kita,x mati la,selawat banyak2 tenangkan hati.." saya pun terus call ma abah saya bgtau benda tu,mereka punya la susah hati,smpai diorg x leh nak wat kerja mcm biasa runsing keselamatan saya time tu,sebab saya sorang2 x de teman kalau berlaku apa2..



Pertolongan ALLAH ada di mana2 bila kita sabar..Saya macam nak nangis dah time tu,tapi hati kata ingat ALLAH bnyak2,berdoa moga ALLAH beri pertolongan.Saya teringat surah al-Baqarah:2:153 ,,ALLAH berfirman "Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan salat.Sungguh ALLAH beserta orang-orang yang sabar".Alhamdulillah setelah satu jam saya tunggu bas yang dikatakan diganti,tapi x sampai2,terus saya ada tanya seorang kakak yang bekerja kat KB untuk balik bersamanya,nasib baik dia baik fikir saya ni sorang2,dia ajak saya balik dengan dia sebab dia ada kawan yang nak ambik dia.Time mula2 saya naik bas lg,saya dah niat nak buat jama' ta'khir zohor dan asar.Alhamdulillah,saya dpat sempurnakan suruhan ALLAH itu,then kitorang tunggu kawan kakak tu kat stesen bas Jeli lepas ada seorang guru MRSM yang berbaik hati untuk menghantar kitorang smapai ke stesen bas Jeli tu,,

Usai solat maghrib,kami bertolak balik,cuma time tu saya takut jugak sebab malam kan,then orang tu pun saya kenal x sampai satu jam dah buat baik kat saya..Tapi saya berdoa je la supaya orang yang tolomh saya ni betul2 ikhlas dan x de jadi apa2 yang x diingini.Antara perisai saya time tu adalah ayat KURSI supaya ALLAH lindungkan diri saya dari segala musibah yang x diingini..
Jom tengok al-Baqarah:2:255..Amalkan lah ayat Kursi ketika berada di luar rumah,inshaaALLAH Aakan utuskan malaikat2 untuk menjaga kita..

Akhirnya,dalam pkul 9 lebih malam gitu saya selamat sampai bertemu dengan ma dan abah saya serta adik bongsu saya yang setia menunggu dari tadi lagi kat tempat yang kitorang janji dengan kawan kakak yang hantar saya tu..Parent saya sgt bersyukur saya balik dengan selamat walaupun memakan masa yang sangat lama..ALHAMDULILLAH..

Akhir kalam,sentiasa la bersyukur dan sentiasa ingat ALLAH..jangan sekali-kali lalai bila kita dapat kesenangan kelak..Jangan jadikan ALLAH adalah tempat terakhir kita bila kita dalam  kesusahan..
TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MASIH LAGI MEMBERI PELUANG KEPADA AKU UNTUK BERBAKTI UNTUK AGAMAMU..assalamuálaikum wbt..




No comments:

Post a Comment