CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Tuesday, 9 July 2013

jom berdakwah!!!

Bismillahirramanirrahim..dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang,selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum kerabat baginda..

Alhamdulillah,ALLAH masih lagi memberi kesempatan waktu untuk menagih kasih dan keampunan daripadaNYA.Setelah sekian lama x update blog,terasa nak kongsi pengalaman yang aku kira sangat bermakna walaupun mula-mula rasa x tahu nak buat apa.

Pengalaman yang aku maksudkan ini ialah bagaimana aku dan sahabat2 seperjuangan belajar cara untuk berdakwah kepada non-muslim.Ini adalah kali pertama aku dan kawan2 ikut program dakwah anjuran IPSI iaitu sebuah pertubuhan penyebaran agama Islam kepada non-muslim.Program tu dibuat kat Masjid Kapitan Keling kat Island,jd apa yang kitorang perlu buat ialah kena g sana la.Kalau nak g sana boleh guna jambatan or naik feri.Kitorang pilih naik feri,best jugak naik feri siang hari ni,maklumlah aku ni baru je 2nd time naik feri..hehe..kata orang sambil menyelam minum air sama la cam kitorang ni sambil kitorang g program sambil kitorang boleh hayati pemandangan indah ciptaan ILAHI,dengan kapal2 besar berlabuh then feri2 yang angkut penumpang and hidupan cam obor2 pun boleh nampak,tapi time tu kitorang x berkesempatan nak 'date' ngan obor2 tu..ape2 pun,alhamdulillah,aku x mabuk laut..

Then,lepas sampai kat masjid tu,kitorang kena register dulu then ambik vest.Sebenarnya time tu kitorang masih blur blur lagi apa yang nak dibuat,maklumlah baru belajar nak dakwah kat orang.Perasaan takut,malu dan x yakin menghantui diri kitorang,tapi alhamdulillah kitorang dipanggil sekejap oleh presiden IPSI tu yang juga merupakan ayah kepada adik usrah aku iaitu Bro Kamarudin.Bro Kamarudin bagi briefing skit tentang cane kita nak dekati non-muslim,cz kitorang kan baru je 1st time join program cam tu.Then,kitorang diarahkan oleh beliau untuk ikut sister or brother yang dah pro berdakwah.Kat sana diorang bahasakan diri para pendakwah sister dan brother.lepas tu kitorang pun ikut la mana2 sister dan brother yang buat dakwah tu,banyak kali juga la kitorang ikut tengok camne diorang berdakwah kat non-muslim,betapa hebatnya para daié IPSI ni,ada brother tu siap boleh cakap jepun lagi ngan sorang pelancong jepun ni,ada yang boleh cakap mandarin n then kalau dari kalangan kitorang ada yang speaking dan ada yang guna mothertongue kita.Ada pelancong dari Jepun,Hungary,Australia n pelancong tempatan yang kebanyakannya dari bukit mertajam dan kawasan sekitar Penang.

Dari situ,baru kitorang tahu macamana cara nak sebar dakwah islam,tapi kitorang mula2 tu rasa kekok dan tak yakin,tapi alhamdulillah dengan sokongan sister dan brother kat situ,kitorang try buat dalam kumpulan kitorang dulu untuk kumpul keyakinan dulu.Then,lepas tu aku try buat sorang ngan sorang aunty asal dari bukit mertajam,aunty tu nampak cam excited je nga islam,nak tahu lebih dalam pasal islam,dia kata dia x pernah boleh peluang untuk tahu dengan lebih dalam tentang masjid dan islam.Aku pun explain kt dia tentang function yang ada kat masjid tu,asal seni bina,camne nak menyucikan diri dengan wudhu',cara muslim solat n tunjuk kitab suci kat aunty tu dalam bahasa mandarin.Dia sempat baca kitab tu,aku baru rasa betapa seronoknya berdakwah bila non-muslim tu bersungguh-sungguh nak tahu tentang Islam.Bagi aku,biar dia ada rasa dulu nak kenal ngan Islam,then kalau ALLAH kehendaki mereka2 yang terpilih untuk peluk islam,alhamdulillah..Bertambah lagi saudara seislam kita.

Yang menariknya,ari tu ada 4 orang non-muslim yang mengucapkan kalimat keramat dasar aqidah iaitu syahadah.Sungguh gembira hati ini mendengar berita tu.Mereka ialah 2 orang india dan 2 orang warga Australia..Alhamdulillah,mereka telah terpilih untuk menjadi saudara seislam kita dan sekali gus boleh la diorang merasai 1st time berpuasa..




SEmua manusia dilahirkan secara fitrah iaitu fitrah mereka adlah islam,ibu bapa mereka la yang akan mencorakkan sama ada kain itu putih atau pun sebaliknya.Sebenarnya diorang ni bukan concert tapi revert kepada agama asal..Walaupun sangat keletihan hari tu,tapi hati tetap puas hati dapat join program ni dan dapat pengalaman baru.

Dah taip taip ni,rasa dah cukup kot buat setakat ni dulu,mintak maaf kalau ada salah silap dalam penyampaian.Ada salah silap,silakan tegur..Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus untuk agama ALLAH..semoga ALLAH memberikan ganjaran yang setimpal atas jasa dan keringat kalian..:)






No comments:

Post a Comment