Bismillahirrohmanirrahim..
Salam mahabbah untuk semua..:)
Jom sama-sama sebarkan salam pengikat kemesraan..
Buat entri kali ni,aku nak utuskan nukilan kerinduan buat sahabat2 ARRAZIAN 2010..korang nak tahu x ada apa dengan perkataan ARRAZIAN 2010 tu??..ARRAZIAN 2010 bermaksud pelajar2 tingkatan 5 Arrazi 2010..Banyak kenangan suka dan duka dilakar bersama,,kadang terasa memiliki keluarga besar yang sangat baik,,namun xdinafikan terkadang ada yang mengguris antara satu sama lain..meh aku crita dari awal la senang eh..baru neuron2 korang connect dengan baik kan,tersusun je bilik2 memory tu..haha..
![]() |
chaakkk!!!ni dia muka2 ARRAZIAN 2010..:) |
Bermula tahun 2009,aku telah membuat keputusan untuk berpindah ke Sekolah Menengah Islam Aman (SMI Aman) daripada SMU(A) Maahad Muhammadi Lilbanat @ MMP KB..meh nak promote skit pasal SMI Aman ni.skolah ni merupakan salah satu sekolah menengah swasta rangkaian MUSLEH yang ada banyak cawangan boleh dikatakan setiap negeri di semenangjung Malaysia..bagi aku sekolah ni lebih menitik beratkan agama dalam diri murid2nya..kadang2 tu korang xpercaya yang kadang2 guru2 akan tahu apa yg korang buat kat luar n dalam laman sosial macam fb..sekolah ni time tu pelajar dia skit lagi,,korang percaya x yang kitorang kenal semua pelajar time tu,xkira junior ke senior..dah memang pelajar skit kan,memang la kenal,balik2 muka tu je tengok..haha..
Then,time form 4 tu xde la kitorang rapat sangat,tambah2 aku ni,kan baru masuk,even ada yang kitorang dah lama kenal sebab dah sekolah rendah skali kan..sekolah rendah kami Sekolah Rendah Islam Aman kat Telipot..tapi time akhir tahun tu terasa ukhuwah kitorang tu makin rapat..
Tahun 2010,tahun kitorang ambik exam,exam besar gitu..hoho..SPM gitu..Time tu,cikgu kelas kitorang Ust Amin la yang mencadangkan idea ni n berusaha nak pupuk kemanisan ukhuwah antara kitorang ni..Terima kasih ust sebab dah berusaha untuk mengukuhkan ukhwah kami..Dengan motto "BERSAMA MENGGAPAI BINTANG" kami berazam untuk sentiasa bersama mencapai kejayaan dan sentiasa bekerjasama tolong menolong antara satu sama lain..sampai ada satu masa tu,aku ingat lagi,ust Amin pernah cakap yang dia nak tubuhkan syarikat ARRAZI dengan bantuan para akauntan2 arrazi yang cekap dan amanah,dengan support sahabat2 arrazi..kelas kitorang tu satu kelas je form 5,dah sebab ada 18 orang je nak bahagi kelas pun serba salah,then kitorang combine la budak sc stream n akaun..walaupun kitorang berlainan aliran tapi kitorang tetap harmoni..
then,lepas SPM,masing2 dapat result,n ada yg dapat matrik,u,fly,poli,unikl n banyak lagi la..kitorang terpisah jap,tapi aku tabik spring la budak2 laki kelas aku tu,rasanya macam acap kali jgk la diorang buat reunion sesama diorang,sebab kalau nak buat ngn kitorang kadang2 ramai yang xdapat datang..Korang aku nak mintak maaf kalau aku ada buat korang terasa,terguris,terdendam,or xdapat attend open house korang..aku memnag xdapat dtg sebab atas sebab tertentu,bukan aku saje2 xnak dtg,korang jgn slah faham plak ye..
satu je yang aku sedih,cukup jarang untuk menerima satu message daripada banat kelas aku,dah dua tahun kot,hanya sorang dua je yang masih contact..yang lain macam senyap je,,tunggu aku message dulu,kalau aku senyap,diorang pun senyap la..Korang aku harap sangat2 yang ukhuwah kita ni bukan stkat utk tingkatan 5 je,biar kita dapat bersama sampai bila2..aku rindu suasana dulu,aku rindu korang semua even kadang2 tu aku terasa jugak sebenarnya,korang kadang2 macam xingat aku..tapi aku faham,kita sama2 sibuk kan..xpe la..aku pun kadang2 lupa nak tanya khabar korang jugak,,maaf banyak2 ye..
Ni aku upload gambar2 kita dulu,aku jumpa time duk belek2 gambar dalam laptop..hehe..
ada banyak lagi sebenarnya gambar2 ni,xlarat nak post dalam ni,banyak keping sgt..hehe..sori..
Korang hormone melatonin aku ni dah melarat dah ni,dah menyarankan aku untuk tidur dah ni..haha..mintak maaf banyak2 kalau ada buat salah..
stakat ni dulu la yang aku boleh luahkan,kalau ada yang aku ingin luahkan,tunggu next entri ye..hehe..:)
Assalamualaikum w.b.t...
No comments:
Post a Comment