Assalamu'alaikum w.b.t..
Bismillahirrohmanirrahim..
Buat entri kali ni,aku nak kongsi pasal pengalaman aku dan kawan2 menjadi kakak fasilitator untuk program KRIM(kelab remaja ISMA) macam kem solat gitu..Alhamdulillah diberi peluang oleh ALLAH untuk menimba pengalaman meng'handle' pelajar2 untuk memberi penerangan serta kefahaman tentang solat dengan sebaik mungkin.Pelajar2 tu terdiri daripada pelajar tingkatan 2 di salah sebuah sekolah berdekatan dengan hostel kami.Peserta program tu hampir mencecah 200 orang termasuk pelajar lelaki dan perempuan.Kami para fasilitator ni dibahagi kepada 2 orang fasilitator untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang adik2.Alhamdulillah,aku diberi tugas ni bersama dengan housemate aku untuk kumpulan 10.
Time first first tu,aku takut jugak nak jadi fasi,sebab sebelum ni xpernah kan kitorg jadi fasi.Tapi think positive je la untuk nak timba ilmu dan pengalaman,beranikan diri untuk 'secrete' seberapa ilmu yang aku yang aku ada..aku pun masih xcukup ilmu,nak bimbing orang,,agak lucu jugak..tapi kita kan sama2 belajar,even dengan budak2 kecil sekalipun,kita boleh dapat ilmu daripada mereka.jangan terlalu ego dan bongkak dengan tahap ilmu kita sekarang kerana ilmu ALLAH sangatlah luas.Kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang kita dah pelajari,sebenarnya masih banyak yang kita belum tahu dan kuasainya..Cuba kita tengok para professor ada yang masuk ISLAM selepas mereka buat kajian tentang alam ciptaan ALLAH,sebab mereka sedar yang mereka sebenarnya masih cetek ilmu,semakin mereka belajar sesuatu ilmu,semakin mereka tahu bahawa masih banyak yg mereka belum tahu..Ape2 pun,aku bersyukur kerana ALLAH menganugerahkan adik2 yang sangat baik,bijak dan mendengar kata.Aku lebih selesa membahasakan diorang adik2,rasa macam rapat skit..hehe..Setiap apa yg kitorg cakap dan suruh diorang buat,diorang akan menuruti selagi kitorg x menzalimu diorg..haha..Terharu pun ada,,sekarang ni,aku sgt rindukan diorg,keletah dan memek muka diorang yg sgt comel..mereka para pelajar yg ceria dan peramah,mereka bersedia menerima apa jua pelajaran yang akan diajarkan..happy sgt jumpa diorg walaupun x dinafikan too fatigue..huhu..adik2,akak sgt gembira berjumpa kamu semua,hope our relationship till jannah,inshaaALLAH..Adik2ku miera,wayu,aina,aqilah,aisyah,izzah,dihan,shahira,nadirah dan ika,,jadilah seorang muslimah yang dapat melonjakkan syiar agama yg suci ini di mata dunia.ameen..
Program ni bermula dengan ceramah mengenai solat oleh Dr Zaki,then time tu kitorg diberi taklimat tntg apa yg perlu dibuat dgn budak2 ni,,orait,first tugasan kitorang ialah setiap fasi mesti meneliti dan memeriksa basic2 solat dari wudu',azan,iqamah,then bacaan2 dalam solat,doa lepas solat n doa sujud sajadah..rasa kesian tu hadir bila kitorg check sendiri setiap elemen yang mesti diberi penekanan,sebab masih ramai antara diorang tu yang masih xtahu certain bacaan,xlancar dan ada yg xhafal pun..kami diberi masa 2 jam untuk handle benda ni.,sebenarnya memang xcukup pun masa tu kalau nak kira,tapi kiotrg sedaya upaya try untuk bagi yang terbaik..Alhamdulillah,,walaupun xsempat 3 elemen habis ditasmi' bacaannya,aku bersyukur sebab benda basic dalam solat sempat ditasmi'..namun ada yg belum menguasai betul2 sebab ada yg macam baru je nak hafal..budak2 kan,biasa la,ada yg time aku push salah seorg daripada diorang tu time tu memang xleh nak kuasai lagi,time tu dah nampak macam nak nanges dah,aku pun bagi la peluang kat dia utk ambik masa skit daripada org lain utk hafal bacaan solat tu..kang nanges anak orang susah plak karang..haha..
Then lepas dibuat praktikal solat beramai-ramai,kitorg solat zohor berjemaah,then kitorg dibahagi check point untuk aktiviti treasure hunt yang mana ada 5 station,setiap station ada 4 orang fasi yg guide..kitorg boleh check point kat tempat letak basikal,,adventure x??..haha..tugasan kumpulan untuk check pint ni ialah lafazkan setiap niat solat 5 waktu..Alhamdulillah,semua peserta bersungguh-sungguh untuk completekan tugasan mereka dengan jayanya..yg lucunya macam2 ragam kitorg tengok,ada yg berlari,ada yg berteriak and ada yg tersesat check point..
Akhirnya,dalam pukul 4 acara penutup dan penyampaian hadiah diadakan,ada 6 peserta yang akan membawa pulang hamper kemenangan iaitu 3 kumpulan dari pelajar perempuan,3 kumpulan dari pelajar lelaki.Then sesi fotografi mengambil ruang di celah2 masa yg dah nak berakhir tu,,yg paling lucu tu,kitorg macam dah jadi patung lilin pun ada time majlis dah bersurai sebab kena senyum sepanjang masa untuk memenuhi permintaan adik2 ni untuk snap pic bersama buat kenangan..Alhamdulillah,kami dapat menamatkan tugas seorang fasi dengan jayanya..
Setakat ni je kot energy tangan aku dapat menaip meluahkan pengalaman dan melontar batu2 idea untk menamatkan entri aku kali ni..Sehingga berjumpa lagi next entri,inshaaALLAH bi idzniLLAH..:)..fi hifdziLLAH..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment