Bismillahirrohmanirrahim..
Sebelum korang mula baca entri aku ni,aku nak korang bersedekah dulu boleh x??..senyum je dulu biarpun korang duk depan lappy eh..hehe..saje je aku mintak korang buat gitu,sebab nak bagi level serotonin dlm badan korang tu meningkat skit..hehe..
Sebelum ter'Alzeimer' pada segala nikmat yg dikurniakan ALLAH pada kita,jom kita sama2 panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratNYA..Alhamdulillah kita masih lagi diberi nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini..:)..Alhamdulillah..
Buat entri kali ni,aku nak citer pasal hari di mana menunjukkan usia aku dah makin meningkat..apa orang kata.makin ber'usia'..huhu..tarikh tu secret tau,hanya orang2 yang terdekat je tahu..hehe..tarikh tu kena special skit..:)..just kidding..klau korang nak tahu kena baca entri aku ni sampai habis la..hee..
Pejam celik pejam celik,dah tua rupanya,dah mencapai angka 20 dah..hehe..aku rasa macam baru je aku SPM,skarang dah umor 20 tahun..cepat sungguh masa berlalu..then lepas ni mencapai usia 30 plak,tu pun kalau diizinkan ALLAH untuk masih meminjam roh untuk jasadku ini dariNYA..semakin meningkat usia,perangai pun kena ikut usia la,xleh la mcm budak2 lagi kan,tapi perangai aku ni aku sendiri pun xtahu,terkadang nak kata budak sgt pun ada,nak kata matured sgt tu xtahu la plak..tapi aku hepi dengan kehidupan aku sekarang..dengan meningkatnya umur aku ni,aku kira dah x lama lagi la aku nak habis belajar walaupun pada hakikatnya lambat lagi nak habis belajar,,kan belajar kena berterusan even sampai ke liang lahad sekalipun..korang nak tahu sebab apa x??..sebab aku dah x sabar nak kerja then boleh tolong ma,abah n adik2 aku yg kat kelantan tu..aku nak jdi insan yg boleh memberi manfaat kepada keluarga aku sebagai balasan atas pengorbanan diorang untuk kejayaan aku,terutamanya pada ma ngan abah aku la,adik2 aku pun banyak memberi inspirasi jugak atas kejayaan aku,aku nak diorang ikut jejak aku untuk berjaya memijakkan kaki kat menara gading,inshaaALLAH..selain tu,sokongan kawan2 aku jugak yg sentiasa setia menjadi pendengar kepada luahan hati aku,sedia dengan air mata aku n macam2 lagi la..sori la korang kalau selama ni aku menyusahkan korang..sob3..
Ehh,,touching touching plak dah,aku ni sbenarnya nak citer pasal surprise yg classmate n housemate aku buat utk aku..yg best tu diorang ni kesian plak kena main berlakon plak nak tipu aku,aku pun time tu geram gak la sebab macam pelik sgt cara diorang buat time tu,tapi xpe la,lepas tu baru aku paham..hehe..malam tu aku terharu sgt korang,rasa macam nak nangis pun ada,,dah la aku ni jenis cepat terharu,senang sgt nak 'hujan'..haha..tapi mlm tu aku tahan je sebab ada classmate aku yang lain..nanti lain plak jadinya..tapi diorang sambut awal skit pada tarikh sebenar hari lahir aku,biasa la nak buat surprise kan..diorang sempat lagi buat spaghetti n sediakan kek batik..haha..dah la kek batik tu aku memang suka..tima kasih korang..malam tu aku memang penat sebenarnya,dah banyak sgt kerja yang nak dibuat,xleh nak layan sgt..huhu..mintak maaf eh korang sebab kena paksa aku turun dari kereta tu..
Then time malam bufday aku tu,xtahu plak diorang housemate n roomate aku ni nak buat surprise plak..haha..dah terharu sgt sampai 'hujan' la plak..housemate aku yg kat sabah pun tel semata-mata nak wish..hehe..terharu je..cam poyo je ayat tu..trima kasih la korang atas semuanya..hope our ukhuwah till JANNAH,inshaaALLAH,bi idznillah..
![]() |
hazihi hadaya min asdiqai fi 'idu miladi..syukron jazillan wa'alaikunna khoirul jaza' ..:) |
Aku harap dengan meningkatnya usia aku ni,aku boleh menyumbang perkara atau benda yang sewaktu dengannya untuk kebaikan ummah sejagat..Ya ALLAH kuatkanlah aku dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam aku mengharungi kehidupan seorang insan yang bergelar khalifah di muka bumi ini..Jadikanlah aku insan yang thabat dalam memikul amanah dakwah dan tarbiyah,dan x mudah menyerah kalah atau putus asa..Pertemukanlah aku dengan insan2 yang sentiasa mencari keredhaanMU,sibukkanlah diriku dengan mutiara2 dakwah yang berharga untuk kebangkitan para ummah dan agama..
Ehh,eh,lupa aku nak kongsi doa hari lahir..nah baca la,nanti jangan lupa doakan aku eh..:)
Doa Kesyukuran Menyambut Hari Ulang Tahun | |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ وَنَسْتَوْدِعُكَ (سبوتكن نام اورغ يغدراعيكن) وَدِيْنَنَا وَإِيْمَانَنَا وَأَنْفُسَنَا وَأَهْلَنَا وَأَوْلاَدَنَا وَأَمْوَالَنَا وَبِلاَدَنَا وَدِيَارَنَا وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَيْتَنَا. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِي كَنَفِكَ وَأَمَانِكَ وَعِيَاذِكَ وَجِوَارِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ وَذِى عَيْنٍ وَذِى بَغْىٍ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى شَرِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
اَللّهُمَّ حِطْنَا بِالتَّقْوَى وَالإِسْتِقَامَةِ وَأَعِذْنَا مِنْ مُوْجِبَاتِ النَّدَامَةِ فِي الْحَالِ وَالْمَألِ إِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَآءِ. اَللّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الأُمُوْرِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْىِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الأخِرَةِ.
جيك للاكي: اَللّهُمَّ أَيِّدْ وَمَتِّعْ وَاهْدِ وَوَفِّقْ وَاحْفَظْ وَارْعَ (سبوتكن نام اورغ يغ دراعيكن) وَانْشَأْهُ نَشْأَةً صَالِحَةً وَأَنْبِتْهُ نَبَاتًا حَسَنًا وَأَتِهِ رُشْدَهُ وَتَقْوَاهُ فِي الدَّارَيْنِ. اَللّهُمَّ أَصْلِحْ شَأْنَهُ وَأَحْسِنْ أَخْلاَقَهُ وَزَيِّنْ نَفْسَهُ بِنُوْرِ الإِيْمَانِ وَامْلأْ قَلْبَهُ بِالتَّقْوَى وَالإِسْتِقَامَةِ وَاجْعَلْهُ بَارًّا لِوَالِدَيْهِ غَيْرَ عَآقٍّ لَهُمَا وَاجْعَلْهُ مِنَ الصَّالِحِيْنَ وَاكْفِهِ شَرَّ الْحَاسِدِيْنَ.
جيك فرمفوان: اَللّهُمَّ أَيِّدْ وَمَتِّعْ وَاهْدِ وَوَفِّقْ وَاحْفَظْ وَارْعَ (سبوتكن نام اورغ يغ دراعيكن) وَانْشَأْهَا نَشْأَةً صَالِحَةً وانْبِتْهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَأَتِهَا رُشْدَهَا وتَقْوَاهَا فِي الدَّارَيْنِ. اَللّهُمَّ أَصْلِحْ شَأْنَهَا وَأَحْسِنْ أَخْلاَقَهَا وَزَيِّنْ نَفْسَهَا بِنُوْرِ الإِيْمَانِ وَامْلأْ قَلْبَهَا بِالتَّقْوَى وَالإِسْتِقَامَةِ وَاجْعَلْهَا بَارًّا لِوَالِدَيْهَا غَيْرَ عَآقٍّ لَهُمَا وَاجْعَلْهَا مِنَ الصَّالِحاَتَِ وَاكْفِهَا شَرَّ الْحَاسِدِيْنَ.
اَللّهُمَّ اَتِ نُفُوْسَنَا وَإِيَّاهُ تَقْوَاهَا وَزَكِّهِ وَأَنْتَ خَيْرَ مَنْ زَكَّاهُ، أَنْتَ وَلِيَّهُ وَمَوْلاَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْخَيْرَ وَاجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْرِ وَأَنْ تُعَامِلَنَا مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْرِ وَأَنْ تَحْفَظَنَا وَتَحْفَظَ (سبوتكن نام اورغ يغ دراعيكن) مِنْ كُلِّ سُوْءٍ وَمِحْنَةٍ وَفِتْنَةٍ وَضَيْرٍ، إِنَّكَ وَلِىُّ كُلِّ خَيْرٍ وَمُتَفَضِّلٌ بِكُلِّ خَيْرٍ وَمُعْطِى كُلَّ خَيْرٍ، اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوْبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.
رَبِّ أَوْزِعْنَا أَنْ نَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيْنَا وَعَلَى وَالِدِيْنَا وَأَنْ نَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنَا بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا، رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيْمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءَ، رَبَّنَا اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ.
رَبَّنَا أتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Ertinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .
Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami mohon pemeliharaanMu dan penjagaanMu.... .(sebutkan nama orang yang diraikan) terhadap agama kami, keimanan kami, diri kami, ahli-ahli keluarga kami, anak-anak kami, harta-benda kami, negeri kami dan kediaman kami serta segala sesuatu yang Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, mohon jadikan kami dan segala yang telah kami sebutkan tadi di dalam kawalanMu, di dalam keamananMu, di dalam dampinganMu dan di dalam lindunganMu daripada syaitan yang derhaka lagi degil itu dan daripada bencana �ain (tikaman pandangan mata yang merbahaya) dan daripada yang mempunyai kezaliman serta daripada kejahatan tiap-tiap yang mempunyai kejahatan. Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah, mohon teguhkan kami dengan ketakwaan dan kekuatan pendirian di jalan yang lurus dan mohon lindungi kami daripada yang membawa kepada penyesalan di dunia dan di akhirat bahawa sesungguhnya Engkau adalah Maha memperkenankan segala doa. Ya Allah, perbaikilah hasil urusan kami dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat.
Ya Allah, bantulah, panjangkanlah umur, berikanlah petunjuk serta peliharakanlah dari perkara yang haram....(sebutkan nama orang yang diraikan) dan bentuklah ia dengan perkembangan yang sihat dan suburkanlah ia dengan kehidupan yang baik dan berikan padanya petunjuk dan ketaqwaan di dunia dan akhirat. Ya Allah, perbaikilah dirinya dan akhlaknya, hiasilah jiwanya dengan cahaya keimanan dan penuhi hatinya dengan ketaqwaan serta berpendirian teguh. Dan jadikan ia seorang yang berbakti kepada kedua ibubapanya bukan seorang yang derhaka terhadap keduanya, dan jadikannya dari kalangan orang-orang yang salih. Dan hindari ia dari orang-orang yang berhasad dengki.
Ya Allah berikan pada jiwa-jiwa kami ketaqwaan kepadaMu dan sucikannya, Engkaulah sebaik-baik Zat Yang Menyucikan jiwa. Engkaulah Pelindung dan Penolongnya,, Wahai Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.
Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang baik, dan Engkau berurusanlah dengan kami seperti Engkau berurusan dengan orang-orang yang baik, dan Engkau peliharalah kami dan ia.....(sebutkan nama orang yang diraikan) daripada segala keburukan, ujian, fitnah dan kemudharatan. Ya Allah berkatilah bagi kami pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, isteri-isteri kami, zuriat keturunan kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhan kami, ilhamkan kami supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan pada kami dan kepada kedua ibubapa kami, dan supaya kami tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai. Dan masukkan kami dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan orang-orang yang salih. Ya Tuhan kami kurniakanlah kami dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami yang menyenangkan hati kami melihatnya dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Wahai Tuhan, jadikan aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa kami. Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
Ya Tuhan kami, mohon kurniakan kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon selamatkan kami daripada azab api neraka.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam.
| |
02 September 1993 bersamaan 15 Rabi'ul Awal 1414 menjadi tarikh keramat lahirnya seorang insan yang diimpikan untuk menjadi seorang khalifah,da'ie agama ALLAH serta musleemah yang sentiasa menghunus duri agama..inshaaALLAH..i will try my best..:)..Terima kasih ma,abah kerana telah melahirkan,membesarkan anakmu ini dengan penuh kasih sayang,memberi didikan agama buat pegangan sepanjang zaman kehidupanku..
Sebelum level melatonin aku meningkat yg akan menyarankan mata aku supaya berehat n stop menaip ni,aku nak kongsi ngan korang tentang amalan ketika menyambut hari lahir:-
- Melahirkan Rasa Syukur Dan Gembira
“Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur)
- Mendoakan Antara Satu Sama Lain
- Memberi Hadiah
Sabda Nabi s.a.w:
“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
- Mengadakan Majlis Tazkirah Ringkas
- Berbuat Baik Pada Ibubapa
- Mengadakan Jamuan Yang Berkadaran
- Muhasabah Diri
Stakat ni je kot dulu buat entri kali ni,aku just nak kongsi je citer2 yg x seberapa ni..ape2 pon aku sayang korang kerana ALLAH..sehingga ketemu lagi..fi hifdzillah..:)
No comments:
Post a Comment