Assalamu'alaikum w.b.t..
Bismillahirrohmanirrahim..
Apa khabar korang??..harap sihat semua dalam level iman yg baik dan physiology badan yg elok..Alhamdulillah,syukur kerana DIA masih lagi memberi peluang untuk aku extend skit muscle neck aku ni untuk jenguk2 dunia luar dan membenarkan udaraNYA yang sangat berharga exchange melalui ruang nasal ku..Alhamdulillah!!..aku masih lagi meminjam roh dariNYA..
Kali ni aku nak share something la ngan korang walaupun x seberapa..hehe..pasal jatuh bangun kehidupan kita ni..Semua manusia memang xboleh lari dari kesusahan dan kesengsaraan sebelum dia berada di zon selesa sekarang,iaitu level yang dikira paling terbaik yang diimpikan sepanjang kehidupan..Namun jatuh bangun kita adalah benda yang telah ditentukan oleh ALLAH sejak kita "terkurung" dalam placenta dalam perut ibu kita lagi.Di situlah,rezeki,ajal maut,jodoh pertemuan seseorang anak adam tu telah ditentukan.Walaupun begitu,ALLAH x pernah suruh hambaNYA hanya menyerah pada takdir dengan sepenuhnya tanpa berusaha..Ingat ALLAH pernah berfirman dalam kalam suciNYA yang maksudnya lebih kurang gini la bunyi dia "Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya...."..
Usaha itu penting untuk mencapai sesuatu yang diidamkan seiring dengan kehendak syara' ..Nilai kejayaan itu akan dibayar dengan berapa banyak jumlah kualiti yang kita kumpul untuk mendapatkannya.Contoh la kan,macam dalam exam,kalau korang nak markah meletup,mesti kena usaha keras,studi smart,bukannya main je,then tengok atas rezeki,yang datang tu ya,yang x datang tu xpe la,bukan rezeki katanya..Come on my ummah!!it's not the time to think and play like childish,we must dream to be the extra great UMMAH,not the ordinary one,and at the same time we must ISTIQAMAH to achieve it..ALLAHUAKBAR!!
Kalau usaha xseberapa,jangan mengharapkan hasil yang gempak,kerana ALLAH Maha Adil dan melihat,DIA sentiasa tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita sedang usahakan untuk mencapainya.Tak usah nak disedihkan kenapa orang tu boleh cemerlang kita xboleh..Tapi bila kita dah usaha dengan sedaya yang mungkin,kalau gagal jugak tu maknanya ALLAH lebih sayangkan kita sebab ALLAH nak uji tahap kasih sayang kita kepada DIA,macamana kita merayu dan berhubungan dengan DIA,DIA sentiasa beri peluang,tapi diri kita je yang buat xendah dengan teguran cintaNYA sampailah diri tersungkur dek terlalu gilakan material dunia..Di situ,baru kita kenal Pencipta yang sentiasa dekat dengan hambaNYA,ingatlah kita xpernah berseorangan dan xpernah sunyi dari kasihNYA..
Aku nak bagi contoh la kan,macam aku,dulu time kecik2 aku x impi pun nak jadi doktor,tapi bila dah naik form 4 n 5 tu cara brain aku berfungsi tu dah lain,,haha,,dah pikir nak jadi doktor la plak berdasarkan sebab pemerhatian aku,kalau jadi doktor boleh bantu banyak orang,berusaha menyelamatkan nyawa orang even akan membuatkan diri kita stress dengan keadaan2 genting macam harapan dari keluarga pesakit dan untuk memberi peluang kepada pesakit untuk hidup,walaupun itu bukan bidang kuasa kita,soal nyawa hidup atau mati itu ketentuan ALLAH,kita x boleh melawan ketentuanNYA..Doktor hanya boleh berusaha untuk menyelamatkan je.Then mimpi aku berterbangan dibawa angin lalu melayang2 membawa utusan kepada TUHANKU,izinkan aku untuk bergelar pakar O&G suatu hari nanti..memandangkan sekarang doktor perempuan dalam bidang ini sangat la sedikit berbanding gender yang satu lagi..hehe..jadi aku bertekad nak ambik pakar dalam bidang ni..hope ALLAH will ease my dream..ameen..:)..apa2 pun mimpi je x jalan benda la kawan,kena seiring dengan usaha jugak.Then,ALHAMDULILLAH sekarang aku diberi peluang untuk berjuang di medan yang aku telah impikan selama ini,iaitu perubatan..Ini mungkin 1st level untuk aku panjat ke puncak yang lebih tinggi setelah aku pernah kecewa suatu masa dahulu,mungkin ini adalah hadiah yang ALLAH nak bagi atas kesabaran yang dituntut..
Memang tak dinafikan,dulu ada jugak rasa takut nak ambik medic ni,tapi bila dah banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku,benda2 ni la yang telah menjadikan aku kuat untuk meneruskan hidup ini dengan menginfakkan diri ini untuk berjuang dalam perubatan demi untuk kemaslahatan ummah sejagat..Ya ALLAH,tetapkanlah hatiku untuk istiqamah dalam berjuang untuk agamamu dan kuat dalam menempuhi segala cabaran yang mendatang..EASE MY WAY IN DA'WAH..:)
Ingat!!jangan biarkan orang bukan ISLAM menguasai dunia kita,jangan biarkan mereka menghina agama kita,biar kita terhina dek mempertahankan agama,asalkan agama kita tetap suci di mata dunia..Biar mereka gerun dengan semangat kita sebagai orang ISLAM..jangan sekali kita lemah di depan mereka..
Aku rase ntah ape2 la yang duk merapu-rapu pagi2 buta ni..haha..just nak meluahkan idea yang dah terkumpul ni,,kalau ada apa2 yg perlu nak diperbetulkan,tolong tegur eh korang..kita sama2 belajar dari kesilapan..hehe..*macam ayat novel la plak..:p..
Aku rasa pineal body dalam skull bone aku ni dah secrete banyak melatonin dah ni,,haha..rasa nak stop menaik dah..*mood mengantuk..jumpa lagi korang,assalamualaikum..ZZZZzzzzzZZZZZ..lailah saidah kullukum..:)..fi hifdzillah,fi amanillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment