kaifa halukum jamii'an?..ad'u kullukum bil khoir wa fi barokatillah wa hifdzillah,insyaALLAH rabbul 'alamin..
haha..tetiba je nak kecek arab ni,nak praktis jap..dah lama sangat tak cakap arab lepas beberapa bulan ke dah nak masuk setahun dah tinggal belajar arab ni disebabkan beberapa masyaqqah..
okay la,skarang ni ummu nak kongsi skit la pasal suasana kehidupan masyarat kita especially anak2 muda terutamanya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan..Klau kita tengok skarang,macam2 kes yang xdiingini dilapokan hampir setiap hari di dada akhbar tentang pembuangan bayi la,rogol la,khalwat la,macam2 lagi la..terkadang naik pening jugak nerve dalam skull bone ni nak digest semua benda ni..tapi try baca jugak untuk tahu perkembangan dunia luar sekeliling kehidupan,xde la macam katak dalam botol kan..haha..tu peribahasa baru yang ummu ambik dari seorang ustaz bahsa arab kami..ummu bangkitkan isu ni bukan saje nak cari salah ke ape ke,just nak kongsi,boleh saling tegur menegur,sebab ummu pun remaja jugak,kita semua adalah anak muda harapan ummah,agama dan negara,lebih2 pada tu lagi harapan ibu ayah nak kita jadi anak soleh solehah yang boleh sumbangkan peluang untuk mereka ke syurga,bukan semakin menyusahkan mereka dengan saham kita yang bakal membotakkan lagi pahala mereka..time muda ni la time yang paling berharga untuk dimanfaatkan,apa yang kita buat time muda ni akan dibayar balik time tua..jika sesuatu yang x diduga berlaku,jangan nak salahkan usia yang telah ALLAH kurniakan untuk dikendalikan dengan akal dan iman,,korang mesti pernah dengar kan orang2 muda slalu kata pasal ikut darah muda apa ntah..lebih kurang gitu la..ada jugak yang kata,kita ni masih muda la,so enjoy la puas2 sebelum tua,tahu ke sampai bila kita hidup?..tahu ke sempat ke kita bertaubat balik memohon cintaNYA??..renung2kan bersama..
kalau kita betul2 berusaha untuk menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan disulami batasan agama,insyaALLAH benda2 yang x diingini dapat dielakkan,sebab masing2 menjaga dan masing2 bergaul hanya untuk berurusan benda yang penting je,bukan saja2 nak jumpa..Islam dah gariskan panduan untuk ummatnya segala cara kehidupan atas muka bumi ni,hanya kita je yang nak amalkan atau menolaknya.x salah bergaul hanya untuk kepentingan ummah,macam kalau kita lihat sirah zaman2 dahulu,semasa perang,para sahabiah ada yang keluar untuk sumbangkan tenaga untuk merawat kaum mujahidin yang tercedera,tapi mereka dipenuhi dengan syariat ISLAM,saling menjaga maruah agama dan keluarga.Jadi x hairan lah kalau diorang dapat melahirkan generasi2 yang unggul,hebat dan disegani di mata dunia..
Ummu nak kongsi la satu pengalaman menghadiri sebuah program yg boleh dikategorikan grand la jugak,,hehe..yang palin penting tempat penginapan memang 1st class punya even dipanggil hostel tapi dalamnya macam hotel..bahagian serve makanan pun not bad la..bole tahan..makan seimbang..hehe..yang ummu nak kongsi sebenarnya pasal peserta tu yang xmenjaga pergaulan sangat..Ummu n sorang kawan ni xtahu nak kata macam mana,tengok diorang ni bergaul dah macam x ingat dosa pahala dah,bukan nak kata yang kitorang baik tu x la,tapi sekurang2nya hati ni terdetik jugak ingat dosa n ingat mak ayah x ajar kita macam tu lagi2 bila duk jauh ngan diorang..jaga maruah mereka yang sentiasa nak yang terbaik untuk kita..
Boleh pulak bertepuk tampar lelaki perempuan tanpa segan silu,dan yang paling tak bleh blah tu time diorang nak berpisah tu,boleh plak berpisah dengan cara macam nak berpeluk tu,,agak2 la weii,ni tempat public kott,jaga la maruah skit,jangan main ikut kepala dan hal sndiri je,ingat setiap yang kita buat tu orang di sekeliling tu akan tengok,lebih2 lagi not muslim yet,,xde selera diorang nak tertarik dengan agama kita nanti,sebab dah lebih kurang dah cara kehidupan ngan diorang..
Satu lagi insiden,boleh plak laki perempuan tidur sebelah-sebelah dalam kenderaan yang bawa kitorang tu,Ummu ngan kawan tu terkejut monkey la tengok diorang tidur bersebelahan,padahal tempat kat depan tu ada lagi kosong,,walaupun diorang xbuat apa2 pun,tapi tu still jadi kesalahan,sebab kita semua bila duduk dengan bukan muhrim,setiap langkah perbuatan kita tu secara kita xsengaja dan xsedar akan menyumbang kepada maksiat jugak..Ingat tu..
Dalam al-Qur'an pun difirman oleh ALLAH s.w.t tentang benda2 yang boleh membawa kepada zina..Ummu x ingat dalam surah apa,nanti Ummu check balik ye,,tapi ayat dia bunyi "La taqrabu zina..." ....zina ni x kira la dalam bentuk apa pun skali pun,bukan hanya zina yang betul2 tu pun,zada zina lain lagi,zina hati,tangan,mata,telinga...pesanan ni untuk peringatan diri orang yang menaip ni jugak,xnak tuding jari kat sape2,just nak buka minda,beri detikan kesedaran skit walaupun ku tahu diri ni masih kekurang ilmu..tapi Ummu dapat luahkan apa yang termampu je..:)..
Buat kaum hawa,,ingat!!kita ni banyak membawa fitnah kepada dunia,so berusaha la untuk tidak menyumbang dan menghumbankan orang disekeliling kedalan lembah fitnah itu..Hawa,jangan jadikan pass untuk anda melepaskan diri yang bukan salah dari kita tapi telah ditakdirkan..Sesuatu benda tu boleh berubah dengan doa dan usaha..ALLAH x akan mensia-siakan usaha hamba-hambaNYA yang bersungguh-sungguh dan bertaqwa takutkanNYA..addu'a silahul mu'min (doa itu senjata orang mu'min)..so,jangan ignore je platform yang ALLAH bagi kat kita orang ISLAM ni..ALLAH sentiasa bersama orang2 yang beriman..
So,stakat ni je la dulu yang dapat Ummu kongsikan buat entri kali ni,,jumpa lagi next entri..jaga hati,jaga iman..doa banyak2..:)..sirru 'ala barokatillah..
No comments:
Post a Comment