Assalamualaikum,bismillahirramanirrahim..
Chak!!..hehe..Alhamdulillah,ALLAH masih lagi beri peluang untuk bernafas dalam jiwa hamba,menalaah mutiara2 pengetahuan,dan berupaya melontar sebanyak mana idea2 untuk memulakan entri baru..korang macamana?..sihat?..kalau yang dalam keadaan sihat tu,jangan Alzaimer plak nak ucap syukur kat ALLAH,then kalau yang xsihat pun kena bersyukur jugak sebab ALLAH lebih sayangkan kita,nak uji kesabaran kita,nak hapuskan dosa kita..Setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya..cuma bergantung kepada kita untuk berfikir secara rasional dan positif atau menyalahkan takdir..Na'udzubillah..
Okay,membebel panjang dah aku ni,skarang aku nak citer pasal kenangan kitorang dengan kawan yang datang melawat kitorang kat hostel tempoh hari (kita panggil H) iaitu time driving session..haha..driving session la sangat..Memang xleh lupa lah,jadi kenangan indah pon boleh,jadi kenangan yang memang xleh lupa lah senang citer..
Kawan kitorang tu datang 4 hb 9 baru ni,datang nak melawat la,dah lama kitorang xjumpa..rindu tu yang utama..*mengada plak bunyiknye..lepas tu kitorang plan nak pergi jalan2 luar skit la dari kawasan hostel n kampus kitorang..kat mane?..xyah tanya la ea soklan tu..secret..hehe..memandangkan aku ngan H je yang ada lesen time tu,roomate aku yang terror drive tu balik umah minggu tu,jadi aku ngan H la kena drive..Kitorang dah la dua2 lesen P pun xhabis tempoh lagi *maknanya tu x pro lagi la kan nak drive*..sebenarnya aku boleh lesen P tu 28 hb 6 2012,tahun lepas la,tapi faham2 la,drive keta pon jarang2,so xbrape nak cekap mana la..tambah2 manual,harapkan skill time blajar dulu kat skolah memandu n pernah jugak drive time cuti kat umah,,tu pun jarang2..haha..
Nak dijadikan cerita,kitorang pinjam kereta kancil salah seorang kawan kitorang la,kancil tu manual punya..haha..apa lagi,mula2 tu agak seram jugak la,sebab kita ni dah la nak bawak nyawa anak orang,kena carefull bila drive..aku jadi driver pertama,then H jadi driver kedua..kitorang gilir2 la..then yang lucu bila aku drive,time kat salah satu traffic light tu,bila keta time tu dalam gear 4,then keta kat depan xgerak lagi,,huh,then aku break la slow2 then sempat berhenti,then nak jalan balik tu nak masukkan gear 1 balik,dah gelabah sebab gear xmasuk2,fuhh,seram jugak la,lepas tu aku ke bahu jalan,stop kejap untuk selamat skit,,haha,,time tu ada la 2 orang lelaki tengok kereta kitorang tu,dua dua tu boleh plak gelakkan kitorang,lucu kali..malu Tuhan je yang tahu..aku pun think positif la time tu,,bagi semangat kt diri sendiri..then drive la sampai la kami singgah nak makan dulu sebelum gerak ke destinasi seterusnya..
Skarang tiba giliran H plak drive,dia bawak ok la,ok lagi pada aku kali,katanya kawan aku sorang lagi tu,H ni bawak smooth la jugak,,x la macam aku,cepat panik..haha..peristiwa yang paling membuatkan hormon adrenalin aku naik ke level yang paling tinggi tu time H bawak kitorang naik parking yang berbelit-belit kat salah satu mall yang kitorang g malam tu,xpernah2 aku naik kat atas tu,seram aku,dah la kitorang xbrapa pro lagi bawak kereta,menakutkan..then time tu,otak aku ter'flash back' kejadian yang pernah berlaku kat kat KB Mall kt Kelantan suatu masa dahulu yang mana kereta 'terbang' dari tempat parkir kereta dalam mall ke atas escallator dan telah mengorbankan banyak nyawa..tapi aku senyap2 je,menenangkan hati..doa supaya ALLAH selamatkan kitorang je time tu,janganla berlaku apa2 yang x diingini,sebab seumur hidup aku ng family aku pun xpernah kitorang naik ke parkir dalam mall,seram,kawan aku yang terror drive tu pun x berani naik..huhh..ada satu masa tu,H drive ke terminal bas sebab malam tu dia dah nak balik kl,dia tertukar gear kali time tu,tersedut2 la kereta tu..siap kena hon lagi dengan kereta blakang..tapi xpe la,at least kita ada pengalaman n boleh belajar dari kesilapan..yang bengang tu,kereta kat sini banyak yang macam xpaham dah kalau kat kereta tu dah tertampal P besar2,tu mesti la baru bleh lesen,so,jangan la terlampau ego sangat,cepat sangat nak marah kalau tersalah,hon bertubi2 bila tersilap..ingatlah,korang pun dulu2 macam kitorang ni jugak tau..
Alhamdulillah,selepas berhempas pulas drive tu,kitorang selamat sampai ke terminal bas tu,then kelam kabut kitorang ni nak balik sebab ada senior tu plak nak guna kereta tu nak hantar kawan nak balik kl jugak..time tu dah la hujan lebat,agak menakutkan bagi *driver yang baru nak kenal stereng..haha..teruk benor perumpamaan aku ni,tapi xpe untuk diri sendiri je,,hehe..lepas tu,dah la kitorang ni x pro sgt pasal jalan2 nak balik ke hostel balik dari terminal bas tu..tu la masa g balik kg dulu tu masa mai kat terminal tu,xplak ambil berat dengan jalan2 tu,,moral of the story,kalau jalan tu,tengok2 la jalan2 yang dilalui,senang kalau suatu hari nanti kalau ada ape2,boleh kita survive kan..advice lebih kepada diri sendiri jugak la..nasib time tu ada jumpa ngan sorang pak cik yang kitorang kenal yang memang kerja dia hantar n ambik pelajar kat terminal bas tu,dia tunjuk jalan skit je kat kitorang sebab dia ada hal time tu,tu pun dah Alhamdulillah dah,ada lagi pertolongan Ilahi..then aku pun drive la dalam hujan lebat tu,terus je jalan,xde belok sana belok sini..ikut arah signboard je..lepas tu ingat2 jalan yang pernah kitorang lalu sebelum2 ni bila ada program luar..lepas satu2 traffic laight kitorang lepasi,then samapi2 je kat satu traffic light yang aku kira last la sebelum sampai kat tempat aku dah boleh ingat jalan..boleh plak kat traffic light tu,aku bukak cermin then aku tanya pak cik lori tu nak belok kanan ke atau straight je untuk nak sampai kat tempat kitorang tu,then Alhamdulillah la pak cik tu baik,dia suruh kitorang straight je..Alhamdulillah,akhirnya,kira2 pukul 10.06 malam kitorang sampai ke hostel dengan selamat..hehe..xsangka plak dalam kelam kabut kita boleh force n train diri kita untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain..
Apa2 pun,terima kasih bnyak H sebab dah berusaha untuk drive sebaik2nya,aku pun drive kadang2 tu kelam jugak..haha..kita sama2 blajar kan,xpe,practice make perfect..masih banyak masa lagi untuk kita blajar..peluang dah ada,cuma cari skit masa untuk memenuhinya..InshaaALLAH,dengan izin ALLAH..:)
Finally,,aku tak tahu dah type apa untuk penutup,dah kering idea..haha..tapi apa2 pun,take care of yourselves ea,kalau yang dah dpt lesen gunakan pass anda tu dengan sebaik2nya,jgn plak nak drift2 sgala,kalau yg lesen motor tu,jgn duk nak rempit je tau..aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah,atau buat korang terasa,or terkasar bahasa ke..sorry ye..jumpa lagi di next entri ok..sirru ala barokatillah..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment