CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Saturday 27 July 2013

Nisa' ,jadilah mawar yang harum dan berduri..

Assalamualaikum wbt..
بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang kerana ALLAH kepada sahabat2 semua terutamanya insan yang bergelar NISA'..Harap2 korang semua dalam keadaan sihat dan dalam nikmat iman dan ISLAM di bawah naungan ILAHI..

Saje nak tulis entri pasal ni,rasa nak kongsi2 walaupun x seberapa..First skali,jom kita tengok dulu apa yang dimaksudkan dengan NISA' atau AN-NISA'..an-nisa' tu datang dari perkataan ARAB yang boleh diertikan perempuan atau wanita.Wanita adalah sebagai perhiasan dunia dan banyak dengan fitnah syaitan yang durjana kalau x dijaga dengan baik.Dari wanita syaitan boleh menampakkan banyak benda yang boleh mendatangkan fitnah contohnya dari segi penampilan pakaiannya,dari segi percakapan,dari segi pergaulan antara ajnabi dan masyarakat sekeliling.Sebagai wanita banyak keistimewaan yang ISLAM bagi,ALLAH x pernah menzalimi kaum wanita,sebagai contoh semasa waktu jahiliah dahulu kala,wanita ditindas,dikatakan pembawa musibah,anak perempuan ditanam hidup2,mereka melakukan wanita seperti tiada harga,tetapi dengan kedatangan ISLAM wanita terbela,semua hak2 yang sepatutnya wanita dapat dibagi,x de lagi penindasan dan pengeksploitasi wanita.Islam itu indah..

Wanita penuh dengan daya tarikan dari segenap diri mereka,oleh itu,ALLAH memelihara kaum HAWA ini dengan mensyariatkan supaya mereka yang bergelar AN-NISA' supaya menutup aurat denagn sempurna.Wahai akhawat sejantinaku,jom kita sama2 menjaga aurat kita dan maruah untuk ISLAM.Jangan sekali-kali memperlihatkan kulit tubuhmu yang sangat mahal kurniaan ILAHI kepada insan yang x berhak,peliharalah maruahmu dari  diinjak oleh manusia rakus ,dan ingatlah dengan ini harga dirimu sangat berharga bak mutiara putih di lautan..







Jadilah mawar yang harum dan sentiasa menghunus duri agama..WANITA adalah perhiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH..Jom kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan berusaha ke arah SOLEHAH..:)..You can do it my frens..Kalau sekalipun dulu kita x jaga aurat dengan sempurna,masih x terlambat untuk berubah selagi kita masih bernyawa,mintalah keampunan dan lindungan rahmat kasih sayangNYA kerana pintu taubatNYA sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNYA yang hina ini..Berusaha mencari HIDAYAH ALLAH kerana nilai hidayah itu sangat tinggi,kita kena mengejar mencarinya,ia x akan datang bergolek..

Wahai Nisa',mahalkanlah dirimu pada insan yang x halal untukmu,,jangan cepat menyerah dan terleka dengan hasutan kata2 manis syaitan,kerna ini akan memudaratkan dirimu sendiri..Jadilah mawar agama yang sentiasa berjuang untuk menegakkan syiar Islam walau di mana pun berada..Wanita solehah sangat2 berharga dan x dapat dijual beli,mereka bak mutiara solo di dasar lautan,sungguh susah diperolehi dan sangat mahal harganya..Dalam keluarga,wanita merupakan sayap kiri kepada suami dan menjadi tulang belakang kepada sumber kasih sayang suami dan anak..Bila berumah tangga,didikla jadilah MUROBBI terbaik buat anak2mu,didiklah mereka dengan didikan agama agar dirimu bahagia kerana mereka bakal menjadi QURATU 'AYUN (penyejuk mata) lebih2 lagi anak perempuan,didik mereka supaya lebih menghargai diri mereka dan tahu akan matlamat sebenar kenapa kita hidup..Solehahnya anak perempuan akan memberi kebahagiaan yang sangat tinggi nilainya kepada ibu bapa kerana nak jaga anak perempuan dengan betul2,dengan penjagaan auratnya,peribadinya,pergaulannya sungguh susah.Kaum bapa yang akan tanggung dosa jika anak perempuan mereka x tutup aurat selagi mereka x besuami,kalau dah bersuami,suami plak yang menyambung penanggungan itu..Kesian pada mereka yang bergelar PEMIKUL AMANAH ini..Kasihanilah mereka..JOM JADI YANG SOLEHAH UNTUK YANG SOLEH..




Sekian dulu buat utusan kali ni,panjang umor jumpa lagi next entri..salam sayang dari pemilik blog untuk semua..Jom sebarkan mahabbah sesama makhluk ALLAH swt..:)


inshaaALLAH,,doktor muslimah wa mu'minah to be..

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar semua??..harap2 sihat semua dalam iman dan taqwa..inshaaALLAH..Kali ni aku nak kongsikan perjalanan hidup aku sebelum aku berada dalam bidang yang memang aku cintai..

"Lepah SPM ni awok nok ambik koh ggapo ummu??"..(Lepas SPM ni awak nak ambik kos apa),,tanya muallimah (mksud dia cikgu perempuan dlm bhasa arab) padaku selepas keputusan SPM keluar.Aku dengan penuh yakin jawab "sayo nok ambik medic muallimah"..Cikgu aku diam kejap,lps tu dia kata "kalu awok apply medic pon dengan result awok ni ddulu lagi eh keno tendey,baik awok ambik koh law,mugo muallimah tengok result awok lebih ko agamo,ataupun awok jadi la ustazah"..(kalau awak apply medic pun dengan result awak ni dulu-dulu lagi kena tendang,baik la ambik kos law sebab muallimah tengok result awak lebih kepada agama,ataupun awak jadi la ustazah)..aku terus tersentap dengan kata2 cikgu aku tu,kata2 tu dulu pernah buat aku rasa down sangat2,nak kata result aku teruk sgt,x de la teruk sgt,ALHAMDULILLAH sgt memuaskan hati aku dah dengan usaha aku dan sokongan ibu bapa dan guru2 selam ni..Kata2 tu masih lgi terngiang-ngiang kat telinga aku,dan sekarang kata2 tu menjadi penguat semangat aku dah..Aku dah x kisah dah orang nak ckp apa sekarang,dulu aku x tahu sangat pasal masuk u ni,yang aku tahu nak masuk u ambik medic jadi doktor.Maklumlah aku ni anak sulung,x de pengalaman sgt dalam nak pilih kos yang sesuai,tapi aku yakin dengan result aku ni yang aku akan lepas jugak masuk u then ambik kos yang aku nak..

Time nak isi upu tu,cikgu aku yang tolong isikan,takut tersalah isi sendiri..huhu..Cikgu aku letak kos law kat usim pada piliham pertama then kos asasi law d u lain2,dan semua kos asasi medic x de dalam pilihan upu tu..mula2 aku x perasan sebab memang serah bulat2 kat cikgu aku tu,lepas tu bila print benda tu baru la aku tengok,terdiam aku kejap sebab kalau kos law memang ibu bapa aku meng'haram'kan dalam keluarga dan adik beradik kami,kata mereka kalau nak jadi lawyer kena betul2 kuat dan amanah untuk membela orang2 yang betul2 bemar atau salah,kalau dah ambik kos law tu,sebelah kaki kat syurga sebalah lagi kat neraka  ni macam perumpamaan la nak cakapnya yang lau nak ambik profession yang berkaitan menghukum manusia ni adalah sangat berat kerana silap2 hari bulan kita terbela orang yang salah,kita jugak dipertanggungjawabkan..

Antara sebab kenapa aku pilih kos medic dan untuk pengetahuan sahabat sekalian,aku memang minat kos tu dari kecik lagi,tapi time kecik2 dulu semua mau jadi,tapi pendirian aku tetap bila naik tingkatan 4,aku tekad aku nak jadi seorang DOKTOR MU'MINAH buka saja MUSLIMAH..aku suka merawat orang,bergaul dengan orang di sekeliling then boleh tahu masalah apa yang orang sekeliling hadapi..Bila kita duk dalam hospital semua jenis pesakit kita boleh tengok,ni akn bagi kita keinsafan secara x langsung yang mana bersyukur la dengan nikmat sihat yang kita dapat sekarang dan jangan sia-siakan waktu terluang dengan benda2 x berfaedah,bila sakit jangan mengeluh,ingatlah itu adalah salah satu kafarah dosa atau teguran kasih dari ALLAH untuk memberi kita kesedaran dan peringatan nak suruk kita ni sentiasa ingat DIA.DIA al-Khaliq,ar-Rahman,ar-Rahim..




Lastly,setelah bermacam-macam dugaan,alhamdulillah,aku dapat panggilan kedua di salah sebuah  kolej matrikulasi dalam aliran sains.Dari situ la aku rasa cita-citaku utk ambik medic inshaaALLAH tercapai dan hanya berdoa biar ALLAH izinkan aku betul2 boleh mencapai cita2ku itu.Tapi Rencana ALLAH adalah lebih baik,DIA telah bagi aku kesempatan utk merasa hidup sebagai seorang pelajar matrik hanya dalam masa 10 hari kerana lepas tu aku mendapat tawaran utk sambung asasi di USIM,Nilai,N9..ALHAMDULILLAH 2x sgt,aku sungguh bersyukur..Boleh dikatakan aku menangis hampir setiap waktu sebab time x dapat tawaran mana2 tu,aku x boleh terima hakikat time tu,tapi alhamdulillah,ALLAH telah mengurniakan 2 insan yang paling2 aku sayang dan cinta dan sgt berjasa kepada aku dari kecil hingga besar panjang sekarang iaitu IBU BAPA aku yang sentiasa menyokong dan memberi penguat semangat kat aku time tu,mereka x jemu bagi aku nasihat supaya x putus harap kat ALLAH,banyakkan berdoa walaupun aku tahu time tu mereka pun mungkin terasa dengan keadaan aku yang x boleh tawaran time tu..

Aku masih ingat lagi,dalam pukul 1 lebih pagi,time tu aku,ma ngan abah belum tidur,then time kitorang dah kemas2 nak tidur,,tut..tut..satu message masuk ke inbox hp ibuku,pesanan ringkas dari seorang guru yang handle bahagian pelajar nak masuk u atau matrik..Cikgu aku minta number i/c aku katanya nak semak keputusan aku,then 5 minit lepas tu dia kata aku berjaya boleh tawaran matrik tu,aku sungguh excited sampai hampir aku berteriak kegembiraan malam tu kerana happy boleh tawaran tu setelah sekian lama,,yang paling aku bahagia apabila melihat ma dan abah aku tersenyum lebar,,mereka bahagia tengok aku ceria semula..

Lepas aku berkampung selama 10 hari di matrik,aku diberitahu ma aku yang aku telah berjaya menadapat tawaran g asasi di salah sebuah ipt awam..Semakin aku gembira di situ,aku sungguh bersyukur time tu,betul la kalau kita betul2 sabar dengan ujian yang ALLAH bagi inshaaALLAH ada balasan yang lebih baik untuk hidup kita yang ALLAH telah aturkan..ALLAH berfirman dalam al-Furqan yang mulia : 
surah al-Baqarah:2:153 ,,"Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan salat.Sungguh ALLAH beserta orang-orang yang sabar".

Akhirnya aku check out dari bilik yang banyak menyimpan kenangan aku bersama roomate aku yang semuanya merantau dari negeri asalku,KELANTAN..Ukhuwah antara kitorang still terjalin sampai sekarang walaupun hanya kenal dalam masa 10 hari,tapi kitorang sempat buat banyak benda bersama-sama.Sebenarnya benda yang dilakukan bersama2 atas dasar ukhuwah kerana ALLAH akan menimbulkan bibit rindu bila berjauhan..

Banyak yang aku belajar di Matrik dan di ipta tentang erti kehidupan sebagai khalifah,pelajar dan dai'e kepada agama..Setahun di asasi banyak aku boleh ceduk ilmu dan pengalaman yang akan menjadi base atau batu loncatan buat aku dalam melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran inshaaALLAH..

Haa..dah cakap banyak ni,korang nak tahu sebab apa lagi aku memang gila sangat kat profesion DOKTOR ni walaupun memang dah ramai orang bagitau aku yang ambik kos ni susah,calang2 orang boleh ambik,kalau x kuat xleh nak ambik,macam2 lagi la..Aku mengadu pada satu-satunya SRIKANDI mithali aku iaitu ma aku pasal apa yang dibagitau oleh orang ramai tu..Dengan penuh bermakna,ibuku menyusun kata "bila kita memang nak sesuatu yang diimpikan,kita x perlu toleh belakang,jangan hiraukan kata2 orang yang kadang2 boleh menjatuhkan kita,ingat ma nga abah sentiasa di belakang menyokong anak2..x de benda yang mudah dalam dunia ni untuk dicapai melainkan denga usaha yang bersungguh-sungguh dan dengan semangat yang teguh"..Ibuku siap bagi analogi lagi katanya kalau tengok kita nak makan pun kena kunyah dulu baru telan kalau x,kita tersedak la,terlekat makanan la,macam2 lagi la,kan tu usaha kita jugak untuk break down molekul2 besar kepada unit yang paling kecil..Duk cakap2,tapi x bagitau lagi apa sebab aku pilih profesion ni..hehe..Akhirnya sekarang aku diletakkan oleh ALLAH untuk menimba setinta ilmu dari selautan ilmu ALLAH dalam bidang pengajian perubatan..ALHAMDULILLAH..Aku bersyukur atas segala yang ditentukan olehMU..

Antara sebabnya ialah kerana sifat aku yang sangat sukakan baby2 comel ni,aku berimpian nak jadi specialist dlm O&G(Obstetric & Gynaecology) nanti sebab boleh la aku sambut baby2 suci kurniaan ILAHi ni  nanti,boleh jumpa dengan banyak baby pelbagai rupa,warna kulit,bangsa dan agama..Aku memang minat baby..Sebenarnya baby ni dilahirkan dalam keadaan fitrah dan suci ibarat kain putih,tapi ibu bapa yang akan  mencorakkan anak2 mereka menjadi Majusi atau Yahudi..

















Selain tu,aku jugak memang nak tengok keadaan ibu2 yang melahirkan anak2 mereka,nak menyaksikan sendiri dengan mata hati untuk merasai betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk anaknya walau pun perlu mempertaruhkan nyawa sendiri..Aku jugak nak memenuhi Fardhu Kifayah agama aku untuk jadi pakar O&G sebab aku tengok kat hospital2 kat unit O&G tu terdapat ramai doktor2 lelaki yang bergelar pakar O&G..Bagi aku,aku terpanggil untuk terjun ke bidang ini untuk menolong ibu2 yang nak melahirkan untuk mendapatkan khidmat doktor perempuan walaupun aku tahu sekalipun kalau aku diizinkan menjadi pakar O&G suatu hari kelak,aku x mungkin dapat memberi khidmat menyambut khalifah2 baru untuk semua kaum ibu,namun itu adalah salah satu usaha aku untuk tolong diorang..Sebab ma aku ada menceritakan pasal masa melahirkan kitorang adik beradik,ma kau nak doktor perempuan,tapi dibagi doktor lelaki kerana dah x de doktor permpuan,doktor lelaki pun boleh la untuk menyelamatkan nyawa 2 insan yang sangat berharga dalam hidup aku..



Lastly,aku berazam dan berimpian supaya ALLAH memberi peluang kepada aku untuk merawat bakal2 SYUHADA' agama ALLAH,aku nak jadi aktivis misi kemanusiaan contohnya ke GAZA,SYRIA..inshaaALLAH,amee..Aku nak bagi rawatan kat mereka,then aku jugak boleh rasa keadaan sebenar bumi bergolak yang sepatutnya aman tetapi diragut oleh makhluk2 perosaj agama ALLAH laknatullah..

Rasanya setakat ni dulu entri kali ni,dah penat citer dah,,panjang umur jumpa lagi di lain entri ya sahabat2 yang dikasihi ALLAH swt dan disayangi Nabi saw..Sirru 'ala barokatillah..:)..

Tuesday 23 July 2013

teguran kasih dari ILAHI..

Assalamualaikum wbt..
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar sahabat2 yang disayangi ALLAH dan dikasihi Nabi??..Harap2 korang sihat la semua kan,InshaaALLAH..

Buat entri kali ni saya nak citer pasal pengalaman time balik cuti sem ke Kelate baru2 ni.Pengalaman yang x akan saya lupa sampai bila2.Saya fikir ini mungkin teguran dari kekasih  saya ALLAH ázza wa jalla untuk diri yang sentiasa lupa akan nikmat HIDUP yang diberi.Dia bagi peringatan supaya kita sentiasa ingat dan bersyukur sentiasa atas nikmatNYA.

Ceritanya bermula bila saya nak naik bas syarikat  Shamisha Holiday  untuk cuti semester.Saya balik seorang diri tanpa kawan,tapi tu x jadi masalah dah kat saya sebab dah brape kali dah pulang balik kg sorang2.Dah x takut dah la..hehe..Malam sebelum saya balik tu,saya dah rasa macam berat hati je nak balik esok tu x tahu kenapa,tapi disebabkan tiket dah beli,then ma abah saya dah call dah,jadi saya pun akur la untuk balik..Barang2 pun belum dikemas lagi.

Pagi2 time nak bertolak dari hostel tu baru saya kemas2 barang,siap sempat cuci rumah lagi tu,padahal bas jam 10 pagi,time tu ma saya dah bising dah,dia takut x sempat dengan bas..Mungkin tu alamat yang nak bgtau supaya saya x blik hari tu sebab akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.Malam tu ma saya ada pesan supaya baca YAASIN  minta perjalanan selamat.X tahu kenapa pagi tu tetiba jadi kalut.Mana x kalut kemas barang pun pagi tu..

Lepas tu,kitorang bertolak g stesen bas dlm jam 9.30 gitu,saya takut x sempat.Nasib la ada sahabat saya yang boleh g hantar ke stesen dan drive kereta sehabis laju yang boleh tapi still safe ..hehe..Yang lucunya,kitorang berlumba dgn bas yang akan saya naik nanti,bas kat belakang kereta kitorang kat belakang..

ALhamdulillah,akhirnya saya dapat naik bas tu jugak,then bertolak la kitorang semua penumpang bas tu,,time tu saya baca YAASIN minta ALLAH selamtkan perjalanan saya ke KELATE .Lepas tu,saya pun terus tertidur,berjam-jam jugak rasenye.Then setelah beberapa jam melayari mimpi indah saya pun terjaga then rasa segar dan x ngantuk dah,then mata saya melilau melihat kehijauan dan keindahan yang menggambarkan kebesaran ALLAH swt..

Tetiba saya terbau hangit macam ada benda terbakar,dalam fikiran saya x mungkin la bas ni terbakar,tapi still rasa x sedap hati,bas tu still lagi berjalan,cuma slow2..Pastu bas tu berhenti sebab ada orang nak buang hajat,then ada la sorang pak cik kat seat tepi saya ni turun bas kali untuk meninjau apa yang terhidu tu,kemudian dia melambai2 tangan then kata "cepat turun,bas terbakar" ,bila saya dengar perkataan terbakar tu,dengan langkah seribu saya terus bawa segala HARTA yang ada di badan dan AL-QURAN yang ada di tangan untuk turun daripada bas.Saya boleh seat sorang kat tingkat atas bas double decker tu,senang la skit nak lari..Lintang pukang semua nak selamat diri masing2,saya rasa time tu macam betul2 nak mati dah,dah mengucap awal2 bersedia..haha..Cemas kott asap dah berkepul dalam bas,,alhamdulillah saya terselamat keluar dari bas tu.Then kitorang cari tempat yang lebih selamat iaitu berdekatan dengan hutan.Nasib la benda tu jadi dekat2 ngan kawasan nak masuk KELATE iaitu kat Batu Melintang.Lepas tu sorang mak cik ni kata "jangan risau,kalau x ajal kita,x mati la,selawat banyak2 tenangkan hati.." saya pun terus call ma abah saya bgtau benda tu,mereka punya la susah hati,smpai diorg x leh nak wat kerja mcm biasa runsing keselamatan saya time tu,sebab saya sorang2 x de teman kalau berlaku apa2..



Pertolongan ALLAH ada di mana2 bila kita sabar..Saya macam nak nangis dah time tu,tapi hati kata ingat ALLAH bnyak2,berdoa moga ALLAH beri pertolongan.Saya teringat surah al-Baqarah:2:153 ,,ALLAH berfirman "Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan salat.Sungguh ALLAH beserta orang-orang yang sabar".Alhamdulillah setelah satu jam saya tunggu bas yang dikatakan diganti,tapi x sampai2,terus saya ada tanya seorang kakak yang bekerja kat KB untuk balik bersamanya,nasib baik dia baik fikir saya ni sorang2,dia ajak saya balik dengan dia sebab dia ada kawan yang nak ambik dia.Time mula2 saya naik bas lg,saya dah niat nak buat jama' ta'khir zohor dan asar.Alhamdulillah,saya dpat sempurnakan suruhan ALLAH itu,then kitorang tunggu kawan kakak tu kat stesen bas Jeli lepas ada seorang guru MRSM yang berbaik hati untuk menghantar kitorang smapai ke stesen bas Jeli tu,,

Usai solat maghrib,kami bertolak balik,cuma time tu saya takut jugak sebab malam kan,then orang tu pun saya kenal x sampai satu jam dah buat baik kat saya..Tapi saya berdoa je la supaya orang yang tolomh saya ni betul2 ikhlas dan x de jadi apa2 yang x diingini.Antara perisai saya time tu adalah ayat KURSI supaya ALLAH lindungkan diri saya dari segala musibah yang x diingini..
Jom tengok al-Baqarah:2:255..Amalkan lah ayat Kursi ketika berada di luar rumah,inshaaALLAH Aakan utuskan malaikat2 untuk menjaga kita..

Akhirnya,dalam pkul 9 lebih malam gitu saya selamat sampai bertemu dengan ma dan abah saya serta adik bongsu saya yang setia menunggu dari tadi lagi kat tempat yang kitorang janji dengan kawan kakak yang hantar saya tu..Parent saya sgt bersyukur saya balik dengan selamat walaupun memakan masa yang sangat lama..ALHAMDULILLAH..

Akhir kalam,sentiasa la bersyukur dan sentiasa ingat ALLAH..jangan sekali-kali lalai bila kita dapat kesenangan kelak..Jangan jadikan ALLAH adalah tempat terakhir kita bila kita dalam  kesusahan..
TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MASIH LAGI MEMBERI PELUANG KEPADA AKU UNTUK BERBAKTI UNTUK AGAMAMU..assalamuálaikum wbt..




Friday 19 July 2013

couple after NIKAH..:)

Assalamualaikum wbt..
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM,masih lagi diberi peluang oleh KEKASIH ku Ya Rahman Ya Rahim untuk menghirup udara segar dan masih boleh menjalankan aktiviti harian..Alahamdulillah..Alhamdulillah..

COUPLE..apa yang anda sekalian faham dengan istilah tu??..bagi pandangan saya perkataan couple tu adalah sesuatu yang berpasangan x kira la benda tu dibahasakan untuk manusia even benda sekalipun,yang penting ianya membawa maksud 2..Tapi kat sini saya x nak bincangkan pasal sesuai ke x nak guna kat mana perkataan tu,benda tu x penting..

Sebenarnya apa yang saya nak utarakan ni adalah pasal couple AFTER nikah ..Kalau kita tengok sekarang terlalu ramai yang berlumba-lumba mencari pasangan hidup yang tak tahu apa penghujung kehidupan,katanya sunyi la x de teman,kalau ada boyfriend ke girlfriend ke ada la jugak orang yang nak dengar masalah kita..Kadang-kadang x faham jugak dengan masalah diorang ni,yang saya musykil la,time kecik2 dulu sape yang sentiasa dengar susah senang kita,IBU BAPA kita kan??..tapi kenapa bila dah besar panjang mereka dah macam x de harga dah,apa2 keputusan semua nak buat dengan couple masing2..Pendapat mak ayah x dipakai dah,katanya kuno,x ikut perkembangan zaman,padahal ibu bapa yang makan garam sebelum pasangan kita tu..

Zaman sekarang ni,kalau xde couple orang cakap kuno,x laku,macam2 la,tapi sebenarnya kita mempertahankan kesucian harga sebuah ikatan suci bernama NIKAH..Kalau dah sebelum nikah lagi dah couple,dah sentuh sana sini melebihi suami dan isteri,percayalah jika ALLAH bagi jodoh dengan pasangan tu jugak,kemanisan lepas nikah tu akan hilang..Kalau nak couple boleh,tapi lepas nikah la ye..Baru la sweet dan berkat.Berkasih sayang dengan orang yang HALAL untuk kita,dapat pahala lagi tu..




Kalau couple sebelum nikah ni susah tau,kita nak gerak kat mana2 pun susah,nanti ada orang cemburu la,macam2 la padahal dia bukan lagi milik kita yang dipinjamkan oleh ALLAH,,tapi bila dah nikah kita akan rasa kita ni dah ada orang yang perlu disayangi dan menyayangi,kita akan rasa hepi,itulah hikmah ALLAH
bagi NIKAH.Jadi kepada yang dah ada calon tu,percepatkan la penyatuan ikatan suci tu..hehe..semoga lebih berkat..Saya bercakap ni berdasarkan pengalaman orang di sekeliling dan melalui pembacaan.Boleh jugak dikongsi..:)

Okeyh,,haa,nak nikah tu senang je,ada wali,ada tok imam ada saksi dan cukup syarat2 lain,dah boleh dah..senang kan..Tapi kalau nikah tanpa persediaan fizikal dan mental susah jugak kan,nati pelbagai masalah pulak yang timbul,kan dah susah..Yang lelaki anda semua dah bersedia ke untuk jadi PILOT kat anak dara orang??..dah bersedia jadi IMAM untuk anak isteri??..dah bersedia untuk membimbing anak isteri dengan ilmu agama dan pengetahuan berguna??..dah cukup persediaan material untuk keluarga??..

Bagi wanita anda semua dah bersedia untuk sama2 mengemudi KAPAL kehidupan bersama sang PILOT pilihan hati??..dah bersedia dengan bimbingan tarbiyah dan emosi untuk melayan suami dan anak??..semua tu kena ambik kira jugak supaya bila dah kahwin,semua dah tahu tanggungjawab masing2..Apa2 pun,buat lah persediaan yang sebaik-baiknya sebelum kita melangkah ke alam COUPLE after NIKAH..:)..





Alhmadulillah,setakat hari ni,ALLAH masih lagi memelihara saya dari terjebak ke lembah itu..Ya ALLAH,,jauhilah aku dari segala benda yang boleh mendatangkan murkaMU..sesungguhnya aku amat takut akan siksa nerakaMU..Bagi saya,kalau dah sampai waktu ALLAH nak bagi kita jodoh,in shaa ALLAH kita akan nikah jugak,,apa2 pun couple BEFORE nikah adalah HARAM sebab xde apa2 pertalian yang suci antara dua insan ajnabi..

Kadang-kadang saya ada terfikir jugak la apa faktor yang mendorong remaja2 sekarang mencari kasih sayang di luar,mungkin mereka ada masalh tersendiri,,tapi kita masih ada ALLAH,tempat kita memohon dan menceritakan apa yang xdapat ditahan lagi dalam hidup..Kembalilah kepadaNYA,DIA  maha Mendengar..kita yang ada kena beruasaha mendekati mereka dan berdoa semoga ALLAH membuka pintu hidayah kepada mereka sementara memberi peringatan pada diri kita jugak supaya menahan diri daripada terjebak ke lembah itu..Tak semua orang sempurna,tak semua orang bagus melainkan al-KHALIQ..Tapi kita kena usaha untuk menjadi yang lebih baik dan ingat jangan sekali2 mendekati zina atau mendekati alur2 ke lembah zina..

Sekian saje celoteh saya kali ni,,hehe..panjang bebenor plak dah..tapi xpe,kita sama2 kongsikan ilmu pengetahuan..sirru ála barokatillah..:)..SAY NO TO COUPLE UNTIL AKAD..NO ISLAMIC COUPLE IF BEFORE NIKAH..



Tuesday 16 July 2013

ramadhan kareem..:)

assalamualaikum w.b.t. dan dengan permulaan bismillah..
selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..

Salam Ramadhan Kareem..Alhamdulillah,aku sungguh bersyukur kerana ALLAH masih lagi bagi aku kesempatan untuk berada dalam kapal Ramadhan yang mulia ini setelah menempuh beberapa bulan sebelumnya.Sebelum ni aku pose dan bukak pose semua ngan family,tapi sekarang tidak bila kita dah sambung belajar.Kena pose pun jauh dari family,tapi x pe la puasa nga kawan2 di sisi pun best gak.Bila free boleh masak sama2,best..:)

Tahun ni adalah tahun ke 2 aku berpuasa di rantau la katakan.Tapi still lagi boleh balik kg bila tiba tyme raya.hehe..Tapi bila aku duk jauh ngan keluarga ni aku rasa aku lebih berdikari la jugak sebab kalau nak bukak pose kena cari makanan sendiri,kalau x,x makan la jawabnya.Kalau nak sahur kena bangun sendiri,kena usaha la bangun sendiri lau kat umah ma abah mesti kejut bangun sahur.Tapi kadang2 tu my parents ada jugak kejut aku pagi2 suruh bangun sahur takut aku x sedar.Malam2 g terawih ngan kawan kat surau tepi hostel kitorang tu..

Benda yang paling best dalam bulan puasa ni adalah bila tyme nak berbukak sebab ada banyak makanan kan..hehe..Aku kadang2 terasa kelucuan di situ,sebab aku dan kawan2 aku ni pantang tengok makanan sedap,mesti beli terus..kadang2 tu kalau xsempat habis gak,simpan nanti sahur.

Cerita,cerita gak,tapi kita kena ingat sebenarnya bulan ramadhan ni adalah bulan latihan untuk kita membangunkan diri kita samada dari segi rohani dan jasmani.Contoh la kan kalau dalam bulan ramadhan ni kita duk wat banyak ibadah,so lepas2 ni,bulan2 lepas tu mesti ISTIQAMAH la buat ibadah tu,jangan kata lepas ramadhan dah xde dah semua ibadah tu.Perbanyakkna AMALAN SOLEH tyme ni,pahala berganda-ganda.Rugi tau kepada sape2 yang membiarkan bulan mulia ini berlalu tanpa meniggalkan kesan tarbiah dalam diri.Sekurang-kurangnya kalau xsemua ibadah yang dibuat pun biar la ada jugak ibadah yang kita buat tyme ramadhan tu ada yang diISTIQAMAHKAN,slow2 la sebab benda ni tak leh dipaksa tapi kita kena usaha dan jangn bagi banyak alasan.

Sebenarnya bulan ramadhan ni bulan yang sangat2 diberkati dan ditunggu oleh semua orang,tapi aku xtahu la yang menunggu-nunggu bulan ni datang untuk menyiapkan diri dengan latihan tarbiah ke ataupun ada yang sibuk dengan persiapan menyambut AIDILFITRI.Sungguh rugi bagi mereka yang beranggapan bahawa bulan ramadhan adalah platform untuk bersiap untuk raya,tapi beruntunglah bagi mereka yang betul2 memanfaatkan sisa2 hari yang bakal ditinggalkan ramadhan nanti dengan taqwa dan tarbiah.Mereka relakan diri untuk ditarbiah dengan beberapa latihan macam puasa,solat sahur walaupun ia sunat.Elemen2 ni sebenarnya akan mendidik kita untuk jadi lebih berdisiplin untuk hari2 yang seterusnya.

Antara amalan2 yang boleh dilakukan tyme bulan ni macam baca al-quran,sedekah,masak untuk orang yang berpuasa sebab orang yang menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa dia akan dapat pahala jugak macam orang yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu.MashaALLAH,sungguh ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang,sungguh Pemurah kepada hamba2NYA.

Rasanya cukup dah kot stakat ni dulu aku berceloteh kan,apa2 pun aku mintak maaf banyak2 kalau ada terkasar or tersasar bahasa dan ucapan,,kalau post2 aku ada yang xsempurna tolong tegur or terbagi maklumat salah pun mintak maaf,harap dapat tegur dengan berhikmah ye..SALAM RAMADHAN KAREEM..assalamualaikum..:)..

Tuesday 9 July 2013

jom berdakwah!!!

Bismillahirramanirrahim..dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang,selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum kerabat baginda..

Alhamdulillah,ALLAH masih lagi memberi kesempatan waktu untuk menagih kasih dan keampunan daripadaNYA.Setelah sekian lama x update blog,terasa nak kongsi pengalaman yang aku kira sangat bermakna walaupun mula-mula rasa x tahu nak buat apa.

Pengalaman yang aku maksudkan ini ialah bagaimana aku dan sahabat2 seperjuangan belajar cara untuk berdakwah kepada non-muslim.Ini adalah kali pertama aku dan kawan2 ikut program dakwah anjuran IPSI iaitu sebuah pertubuhan penyebaran agama Islam kepada non-muslim.Program tu dibuat kat Masjid Kapitan Keling kat Island,jd apa yang kitorang perlu buat ialah kena g sana la.Kalau nak g sana boleh guna jambatan or naik feri.Kitorang pilih naik feri,best jugak naik feri siang hari ni,maklumlah aku ni baru je 2nd time naik feri..hehe..kata orang sambil menyelam minum air sama la cam kitorang ni sambil kitorang g program sambil kitorang boleh hayati pemandangan indah ciptaan ILAHI,dengan kapal2 besar berlabuh then feri2 yang angkut penumpang and hidupan cam obor2 pun boleh nampak,tapi time tu kitorang x berkesempatan nak 'date' ngan obor2 tu..ape2 pun,alhamdulillah,aku x mabuk laut..

Then,lepas sampai kat masjid tu,kitorang kena register dulu then ambik vest.Sebenarnya time tu kitorang masih blur blur lagi apa yang nak dibuat,maklumlah baru belajar nak dakwah kat orang.Perasaan takut,malu dan x yakin menghantui diri kitorang,tapi alhamdulillah kitorang dipanggil sekejap oleh presiden IPSI tu yang juga merupakan ayah kepada adik usrah aku iaitu Bro Kamarudin.Bro Kamarudin bagi briefing skit tentang cane kita nak dekati non-muslim,cz kitorang kan baru je 1st time join program cam tu.Then,kitorang diarahkan oleh beliau untuk ikut sister or brother yang dah pro berdakwah.Kat sana diorang bahasakan diri para pendakwah sister dan brother.lepas tu kitorang pun ikut la mana2 sister dan brother yang buat dakwah tu,banyak kali juga la kitorang ikut tengok camne diorang berdakwah kat non-muslim,betapa hebatnya para daié IPSI ni,ada brother tu siap boleh cakap jepun lagi ngan sorang pelancong jepun ni,ada yang boleh cakap mandarin n then kalau dari kalangan kitorang ada yang speaking dan ada yang guna mothertongue kita.Ada pelancong dari Jepun,Hungary,Australia n pelancong tempatan yang kebanyakannya dari bukit mertajam dan kawasan sekitar Penang.

Dari situ,baru kitorang tahu macamana cara nak sebar dakwah islam,tapi kitorang mula2 tu rasa kekok dan tak yakin,tapi alhamdulillah dengan sokongan sister dan brother kat situ,kitorang try buat dalam kumpulan kitorang dulu untuk kumpul keyakinan dulu.Then,lepas tu aku try buat sorang ngan sorang aunty asal dari bukit mertajam,aunty tu nampak cam excited je nga islam,nak tahu lebih dalam pasal islam,dia kata dia x pernah boleh peluang untuk tahu dengan lebih dalam tentang masjid dan islam.Aku pun explain kt dia tentang function yang ada kat masjid tu,asal seni bina,camne nak menyucikan diri dengan wudhu',cara muslim solat n tunjuk kitab suci kat aunty tu dalam bahasa mandarin.Dia sempat baca kitab tu,aku baru rasa betapa seronoknya berdakwah bila non-muslim tu bersungguh-sungguh nak tahu tentang Islam.Bagi aku,biar dia ada rasa dulu nak kenal ngan Islam,then kalau ALLAH kehendaki mereka2 yang terpilih untuk peluk islam,alhamdulillah..Bertambah lagi saudara seislam kita.

Yang menariknya,ari tu ada 4 orang non-muslim yang mengucapkan kalimat keramat dasar aqidah iaitu syahadah.Sungguh gembira hati ini mendengar berita tu.Mereka ialah 2 orang india dan 2 orang warga Australia..Alhamdulillah,mereka telah terpilih untuk menjadi saudara seislam kita dan sekali gus boleh la diorang merasai 1st time berpuasa..




SEmua manusia dilahirkan secara fitrah iaitu fitrah mereka adlah islam,ibu bapa mereka la yang akan mencorakkan sama ada kain itu putih atau pun sebaliknya.Sebenarnya diorang ni bukan concert tapi revert kepada agama asal..Walaupun sangat keletihan hari tu,tapi hati tetap puas hati dapat join program ni dan dapat pengalaman baru.

Dah taip taip ni,rasa dah cukup kot buat setakat ni dulu,mintak maaf kalau ada salah silap dalam penyampaian.Ada salah silap,silakan tegur..Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus untuk agama ALLAH..semoga ALLAH memberikan ganjaran yang setimpal atas jasa dan keringat kalian..:)