CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Thursday 22 August 2013

Sabarlah wahai saudaraku..

Assalamu'alaikum w.b.t.
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar korang semua??..harap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera dalam iman..Alhamdulillah kita masih lagi diberi nikmat iman dan ISLAM untuk kita berpeluang membuka mata indera dan mata hati untuk melihat keaadan sekeliling kita,apa yang terjadi pada saudara2 kita sekarang..

Sebenarnya aku nak kongsi skit pasal isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu isu rusuhan atau penggulingan kerajaan di Mesir dan yang seangkatan dengannya macam Syria dan Gaza..Sebelum tu,aku nak kita sama2 berlapang dada,suluhkan mata hati dan indera dengan kesedaran yang betul2 untuk membantu saudara seislam kita yang masih lagi berjuang jiwa dan raga demi mempertahankan pegangan teragung,ISLAM dari diinjak oleh para musuh ALLAH yg durjana.Seperti sedia maklum,untuk kita betul2 nak tolong diorang macam betul2 nak pergi berperang tu,ada yang xbersedia atau ada kekangan lain lagi kan untuk betul2 diri kita ada di medan jihad tu,,korang jangan risau,kita kat Malaysia ni pun boleh tolong diorang walaupun hanya dari jauh..DOA kan senjata orang mu'min (ad-du'a silahul mu'min),jadi gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya..

Maybe ada sesetengah masyarakat yang ambik endah x endah pasal isu ni,katanya mereka xpe,Malaysia selamat lagi..Maybe diorang akan rasa bila ada family2 mereka yang betul2 menghadapi situasi ni,baru diorang sedar,macam dibunuh,diseksa,ditangkap semasa beribadah..Kita kat Malaysia ni jangan ingat kita ni sentiasa dalam zon selamat,bila2 masa pun musuh2 tu boleh serang kita,cuma belum ada peluang lagi..Jangan sampai diorang injak negara kita tanpa kita sedari..Sedar lah wahai saudara2ku,musuh2 ALLAH ni sangat la licik,dia x serang kita betul2,dia serang kita melalui minda dan pegangan,diorang bagi kita lagha dan goyah dengan pegangan,lawan agama,adakan bid'ah,mencaci para sahabat dan sebagainya..

Musuh ISLAM memang duk tunggu saat2 ni berlaku,diorang cuma cucuk jarum kesesatan je,terus lalai dari landasan sebenar.Mereka tersenyum puas dapat menggoyahkan pegangan orang2 ISLAM,dapat menjajah negara orang2 ISLAM,dapat menghuru-harakan negara ISLAM..Cuba kita tengok saat ini,para musuh ISLAM mula menghuru-harakan keadaan,pemimpin yang menegakkan ISLAM diguling,yang batil diterima pakai..Dunia sudah terbalik..MashaALLAH..Di Mesir,Presiden Dr Morsi telah ditawan dan digulingkan kerana beliau telah menegakkan ISLAM..Beliau jugak merupakan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang banyak berjuang untuk ISLAM..

Aku nak share la kan skit ni pasal seorang naqibah kitorang bagitau kitorang kalau boleh setiap solat fardhu yang kita buat tiap2 hari ni,kita selangkan dengan doa qunut nazilah untuk kehancuran musuh ISLAM..Jom sama2 kita pohon pada yang Berkuasa untuk membantu dalam setiap gerak geri kita..jangan lupa share kat orang lain jugak..ingat Nabi junjungan kita pernah bersabda "ballighu 'anni walau ayah" (sampaikanlah walaupun sepotong ayat).. 

Selain tu,kita jugak boleh boikot barang2 keluaran musuh2 ISLAM yang kebanyakannya merupakan barang2 kegunaan dan keperluan harian kita,,Sungguh bijak diorang ni untuk menguasai dunia melalui ekonomi dan melalaikan kita jugak dengan ekonomi..Jangan ingat kalau kita beli satu je barang keluaran diorang tu x membantu,kalau dah sorang satu beli dan ramai pulak yang beli tu,kan dah menyumbang kat diorang untuk bermaharajalela beli bom2 untuk bunuh balik saudara seislam kita tu..Aku bagi contoh la macam kedai makanan ringan yang paling terkenal tu apa McDonald,,haa,yang tu aku tengok asal premis ni bukak je,mesti penuh punyalah kedai tu,,maybe orang yang masuk tu belum tahu dengan mendalam lagi pasal isu ni,tapi kita yang tahu ni bagitau mereka tu yang benda tu sebenarnya akan merosakkan saudara kita sendiri..

Korang pernah baca novel Denyut Kasih Medik x??..dalam ni kan seorang doktor ni membuat perumpamaan kat kawan dia yang suka sgt makan kat kedai macam McDonald tu,beliau kata,"sanggup ke kita nak makan darah saudara kita sendiri??"..kita beli produk mereka maksudnya kita telah sokong dan tolong mereka untuk bunuh saudara2 kita kat sana..lebih kurang gitu la maksudnya..kesedaran kita diperlukan kawan,mereka x harap apa2 pun daripada kita,cuma mereka harapkan doa daripada kita dan sokongan iman dan ISLAM daripada kita..












Sabarlah wahai saudaraku,ALLAH memberikan ujian ini adalah untuk menguji tahap keimanan kalian,bagaimana pengorbanan kalian untuk mengakkan agamaNYA,dan bagaimana kalian berserah kepada DIA..Sungguh ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani,DIA x akan biarkan orang yang taat kepadanya sia2,kerana pembalasanNYA pasti akan setimpal dengan apa yang dikukan dan dikorbankan..La Tahzan ya Akhi ya Ukhti..wahai musuh ALLAH,tunggulah pembalasan yang amat pedih dari Tuhan yang telah menciptakanmu dari setitis air yang amat hina,tapi ALLAH angkat darjat manusia lebih mulia dari malaikat,tapi kamu telah menyalahgunakan apa yang telah dikurniakan ALLAH,kufur kepadaNYA,melawan agamaNYA..Kau x akan terlepas dari seksaan ALLAH kelak..

Konklusinya,jom kita sama2 boikot barangan2 musuh ketat ISLAM ni,jangan bagi peluang kepada mereka untuk menginjak pegangan agung kita..Biar susah dan sakit macamana pun,agama kita mesti dipertahankan walaupun perlu mengorbankan jiwa dan raga..Ingatlah balasan ALLAH disana adalah lebih baik untuk orang2 yang sentiasa berusaha berjuang menegakkan agamaNYA..ameen..

Tuntut kebebasan melalui ketelusan iman..:)..fi hifdhzillah..Assalamu'alaikum..

    


Saturday 3 August 2013

iBu segEra..hAa??..

Assalamualaikum wbt..
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar korang??..Harap sihat la kan..Aku doakan moga kita sentiasa dalam rahmat ALLAH..inshaaALLAH..Buat utusan kali ni,aku nak citer pasal pengalaman aku dan sahabat2 merangkap housemate,roomate n classmate aku baru jadi 'mak segera' semalam..Korang jangan pikir lain pulak,xde maksud pelik-pelik di sini..Kalau nak tahu korang kena baca sampai habis la entri ni..Boleh kan??..

Gini ceritanya,minggu lepas kakak naqibah aku kak ILa ada tanya aku samada aku n the geng free x hari sabtu semalam..sebab katanya nak mintak tolong geng aku jaga anak2 diorang sehari tu,sebab diorang ada meeting ISMA..Kakak ni adalah salah seorang ahli ISMA macam NGO Islam la..Aku n the geng pun sanggup la nak pergi sebab kitorang teruja skit bila jumpa ngan baby2 semua ni..Tempat kitorang jaga tu kat sebuah bilik kat Darul Hanan Pulau Pinang (Rumah orang2 tua islam Pulau Pinang) yang disewa khas untuk menempatkan anak2 kecil ahli ISMA untuk dijaga..

Pagi2 lagi kitorang keluar rumah tunggu depan pak guard hostel aku untuk tunggu kakak ISMA dari USM yang akan pick up kitorang ke sana..Tapi disebabkan kakak tu x pernah datang sini,dia dah tersesat,sampai hampir 30 minit kami menunggu,akhirnya baru boleh gerak ke sana..

Sampai-sampai je kt sana,kitorang terus dibawa ke bilik baby tu,ada la dalam 10 orang budak kat situ,5 bayi 5 budak yang bawah 6 tahun(dalam 3 tahun ke atas kali)..kiranya kitorang boleh baby sorang satu la kan..hehe..first first tu semua kakak2 ISMA tu bagi penerangan kat kitorang pasal anak2 diorang,apa yang perlu dibagi makan,bila nak mandi,bila nak tidur banyak lagi la..susu diorang kena pastikan yang baru,kalau susu tu lama skit nanti kesian budak2 tu sakit perut plak..

Aku awal2 lagi boleh seorang bayi lelaki,nama dia Ammar Yasin,panggil baby ni Yasin..Baby ni sgt la comel n cute mute,montel lagi tu,kalau didukung lama memang kebas tangan dibuatnya..Tapi awal2 ni baby Yasin ni baik je,merangkak nak cari kawan je..hehe..Yasin ni ada kakak nama dia Wafa' .Kakak dia ni pun comel dan cerdik,berdikari..Ibu Yasin kak Akma ni dah awal2 lgi bgtau kat aku cne nak jaga Yasin ni,baby Yasin ni makan Baby Bite,macam biskut gitu,tapi kena hancurkan biar lembut..Seumur hidup aku ni baru jumpa Baby Bites tu (mcm jakun pun ada),at least dah tahu kan..Yasin ni x minum susu tepung ni,fully susu ibu..Patut la sihat wal 'afiat..Majoriti baby2 kat sini memang minum susu ibu..

Haa ni dia baby Yasin tu..Comel kan??..montel lagi tu..mesti korang pun geram bila tengok gambar ni kan..btul x??..



Baby2 ni kitorang gelar anak masing2 la sebab masing2 dah macam mak2 dah jadinya,ada baby yang menangis x henti2 sebab ibu dia tinggal,yang tu paling kesian kat "ibu" dia yang jaga tu,macam tekanan pun ada..Yang paling lucu tu kan,ada time diorang ni menangis serentak,kitorang 5 orang ni dah putus idea dah nak buat apa,kitorang try2 je la apa yang termampu,ada yg kena jadi buaian sementara,ada yang kena jadi stroller baby sementara,depend on baby la..

Alhamdulillah,Yasin ni awal ok,tapi bila tiba time dia nak tidur,dia macam buat perangai skit la,biasa la kan baby,nak kita ni belai2 dia,time tu la dia nangis,then saya try jadi buaian jap n peluk erat2 dia baru dia boleh tidur..Fuuhhh!!lega rasa bila dia tidur,boleh la g mandikan kakak Yasin plak,Wafa'..Tapi Yasin ni tidur kejap je,kalau bising je dia terus bangun..

Time mandikan kakak dia plak,yang saya gembira bila tahu dia ni sgt berdikari mungkin sebab Wafa' ni anak sulung macam kitorang ni semua..Dah ada adik kan,mesti la kena berdikari dan bertanggungjawab..:)..

"Kakak,biar la Wafa' mandi sendiri,Wafa'nak sabun sendiri,Wafa' nak basahkan rambut sendiri" tu la antara kata2 Wafa' bila aku nak mandikan dia,aku bagi la peluang kat Wafa' ni,,lepas je mandi,aku tukar lampin dia,bedakkan n pakai baju..Hehe..Boleh belajar pajai lampin budak,maklumlah aku x de adik kecik dah,then time ada adik kecik dulu pun aku sendiri pun masih kecik lagi,so x pernah la buat kerja2 tu..New Experience la..




Sedapnya tidur adik yer..:)




Yang paling advance kerja aku hari tu ialah bila budak2 tu ada yang nak "menetas" ..Korang faham jugak kan maksud tu.. "Wafa' nak beghak,nak beghak" ,Wafa' bgtau aku dengan loghat budaknya tu sambil menarik-narik tepi baju aku yang dia ni nak buang hajat..Aku time tu nak g ambik wudhu' ,cam tau2 je budak ni,,jadi aku la yang kena cuci Wafa' ni..Sorang lagi kawan aku ni pun kena cuci budak jugak yang nak membuang hajat,budak laki,nama dia Riba'ie,kitorang panggil dia angah..Budak ni sgt cerdik,bercakap macam orang tua n banyak tanya apa yg dia x tahu..At least aku ada teman kan nak cuci budak2 tu..hehe..Advance experience la ni kan katakan..haha..lucu pun ada..

Masa yang palign best dan tenang bila tiba waktu tengah hari tu,diorang semuanya tidur,then "ibu2" yang menjaga ni pun ambik peluang nak rest la jap,tapi tiba2 ada sorang baby ni tiba2 bangun,then kena la korbankan tidur jap sapa "ibu" nya tu..hehe..Jaga budak2 ni memang letih,tapi aku rasa kepuasan jaga diorang ni,sekurang-kurangnya boleh ambik pengalaman cne nak jaga baby,cne nak uruskan makan minum baby n budak kecik..apa yang bleh,apa yg x bleh..Kitorang habis tugasan kitorang tu petang tu pada pkul 5 lebih la,,balik tu kak Amy,ibu kpda Riba'ie tadi tu voluteer nak hantar kitorang balik hostel ,katanya rumahnya dekat je ngan kawasan hostel aku tu,so satu jalan je la kan..

Sekian je la post buat kali ni,saje je nak kongsi pengalaman jaga baby ni,seronok tau korang..Nanti kalau peluang,aku harap boleh lagi join n jadi "ibu" sementara kat baby2 n budak2 tu..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..Jom sama2 kejar Lailatul Qadr..:)..Fi Hifdzillah..