CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Wednesday 30 October 2013

uhibbukunna fillah..

Assalamualaikum w.b.t.
bismillahirrohmanirrohim..

Salam mahabbah buat sahabat2 semua..semoga kita sentiasa dalam mardhotillah wa rahmatillah..insyaALLAH,ameen..

Sape kata dia xperlukan sahabat dalam hidup?..angkat tangan cepat!!..hehe..saje nak refresh tahap konsentrasi sahabat2 semua..Berbalik kepada point sebenar yang aku nak sampaikan kali ni adalah pentingnya anugerah ALLAH yg x ternilai ni yg digelar SAHABAT..amacam??..stuju x semua bila aku katakan yg kita semua memang perlukan sahabat yg ikhlas dalam berhubungan,sentiasa berusaha menegkalkan keutuhan kasih syg antara satu sama lain..Oppps!!..ni utk sahabat sama jantina tau..jgn pulak korang salah faham..jeng3..selain tu,kita jugak perlukan sahabat yg sentiasa bersedia utk jadi "TISU","BUKU MOTIVASI" dan "MIKROFON"..haha..lucu x aku punya analogi..cam x logik pon ada..tapi semua analogi ni aku baru je dapat ilham..walau apa yg kita umpamakan itu xjadi masalah asal benda tu x sampai menyakitkan orang lain dan menjatuhkan maruah orang kan..yg penting niat aku nak meluahkan apa yg aku rasa,apa isi2 yg melimpah dari kalbuku walaupun ayat2 aku ni xberbunga bagai..maafkan aku sahabat..

Sahabat bagi aku adlah orang yg sentiasa ada bersama kita bila susah atau senang,bukan macam CHIPSMORE eh,kejap ada time kita senang,then hilang time kita susah..Don't be like that ok.nt berat balasannya dari ALLAH..sahabat yg baik akan mencerminkan peribadi seseorang sahabat yg lain.maka jadilah cermin yg elok fizikal dan dalamannya supaya kita x menjadi fitnah buat kawan kita..nt xpasal2 plak sebab perangai buruk kita,kawan rapat kita yg boleh cop mohor dari org ramai..ni pesanan buat diri ini yg selalu lupa dan jahil..Sahabat yg baik adalah org yg sentiasa bersedia menjadi special sense kita walau dengan apa jua keadaan kita sekalipun..walau seburuk mana pun kita dia tetap menerimanya..

Berbalik pada analogi yg aku bagi tadi contohnya TISU,pada pandangan aku la,sahabat yg bersedia menjadi tisu bila kita ada masalah,bersedia menerima apa2 emosi yang bakal terjadi dan berusaha meredakan kesedihan sahabatnya..BUKU MOTIVASI plak,bagi aku adalah insan yang sentiasa memberi semangat bila kita jatuh,mengalirkan arus kekuatan bila kita patah semangat dan x berdaya,berusaha meluahkan solusi2 bernas yg bakal menyelesaikan masalah yg menimpa..Dan yang terakhir,MIKROFON,bagi aku sahabat ni merupakan insan yg paling sabar dengan berbagai masalah,cerita2 pelik dan membenarkan kita meluahkan segalanya segala masalah yg membebankan perasaan..

Selain tu jgk,sahabat yg baik sentiasa menarik kita ke jalan mendekati REDHA ALLAH,mengingatkan kita tentang hal2 agama bila kita terlalai atau jahil tentang sesuatu perkara.Memang kita semua bukan tinggi ilmunya even kita rasa kita dah timba banyak ilmu dah,hakikatnya ilmu ALLAH tu sgt luas dibentangkan buat hamba2 yg sgt mencintainya dan menjaganya buat kemaslahatan ummah sejagat,,tapi kita semua boleh belajar dari orang lain,berusaha timba ilmu,tambahkan pemahaman dan lakukan kajian yang dpt membuktikan kebenarannya,,Jangan je ambil dan terima bulat2 membabi buta,bukan nak kata orang yg bagi ilmu tu salah ke apa,cuma kita mesti ambil ilmu yang betul2 sahih,jangan main mabil je,nt jadi benda lain pulak..



Buat teman2 ku,aku bersyukur ke hadrat ALLAH yg Maha Esa kerana DIA telah mempertemukan diri ini dengan kalian..doaku semoga kalian semua sentiasa dalam lindungan rahmat dan mahbbahNYA,x jauh dari jalanNYA,x lupa utk menyuburkan cinta kepadaNYA..semoga sukses selalu dalam apa jua bidang yg kalian ceburi,semoga ia dpt menjadi medium utk kita meluaskan empayar dakwah dan sama2 melebarkan sayap mahabbah dalam kalangan ummah..

Special dedicated to my best friends Al-Qib,Maie Amethyst,insan2 yg pernah jd housemate aku thanks selalu jadi telinga kepadaku,berkongsi suka duka bersama and to all my friends,thanks sebab sudi menerima diri ini sebagai teman seperjuanganmu..sori ramai sgt kalau nak mention nama semua..hehe..

jazakumullahukhoiran kathiran alaikum li annahunna ja'altunna hayati kaamilan bi mawaddah minallah..uhibbukunna jiddan wa asif 'ala kulli hal..Ad'u silatuna baqat ilal jannah..ameen..:)

Sunday 20 October 2013

jangan BONGKAK!!!

Assalamualaikum w.b.t..
Dengan nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Apa khabar semua?..moga semuanya sihat rohani dan jasmani..Aku harap korang sentiasa dalam lindungan kasihNYA..x jauh dari petunjukNYA,dan x gersang dari cintaNYA..insyaALLAH..sama2 la kita panjatkan infiniti kesyukuran ke hadrat yang Maha Agung atas subsidi roh dan jasad yang masih lagi kita pinjam dariNYA sampai ke saat ini..Kita belum tahu apa nasib kita selepas ini,ajal kita,mungkin subsidi yang diberi akan ditarik menghadapNYA atau dipanjangkan untuk menghambakan diri ke arah ketaqwaan kepada ALLAH..

Haa,lama sgt dah aku x update blog ni,rasa rindu plak nak coret2kan idea yg xde la bgus sgt kan..hehe..cuma nak share je..kita sama2 timba ilmu,jgn cepat rasa takabbur dengan ilmu yg kita ada skrang,kalau nak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yg sgt luas ibarat setitik air di lautan..berusahalah untuk timba ilmu even dengan budak kecik skalipun,jgn pandang rendah kt mereka kerana mungkin melalui mereka kita boleh dapat pengalaman or ilmu yg boleh improve diri kita jugak..

Ilmu itu sgt luas,ALLAH bentangkan buat hamba2NYA yang menghargai pemberian itu,dianugerahkan hikmahnya buat hati2 yang suci dengan sulaman taqwa..Walaupun kita ni rasa kita dah belajar banyak benda,tapi hakikatnya kita masih lagi jahil dari banyak aspek,xsemestinya kita ni dah buat PhD dah kira banyak ilmu,di sisi manusia ya mereka banyak ilmu,tapi di sisi ALLAH,kita mempunyai ilmu yg cetek..ALLAH Maha Berpengetahuan terhadap sesuatu yang DIA ciptakan.Setiap apa yg ditakdirkan akan dihadiahkan hikmah bagi mengubat kesakitan dan kesedihan yang terjadi.ALLAH x kan tinggalkan hambaNYA terkapai2 tanpa arah dan tujuan.Dan bila ALLAH dah bagi nikmat,hargailah,gunalah sebaiknya dan manfaatkanlah,,jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan.





Jika ALLAH dah jentik kita untuk berubah dan berhijrah,berusahalah utk berubah ke arah yg lebih baik even slow2,tapi biar istiqamah,insyaALLAH berjaya..Betul hijrah itu susah,banyak dugaan,tapi kita kena cekal dan kuta semangat untuk berubah ke arah yg lebih baik.Bila dah kuat untuk berhijrah,jangan pulak kita ni riya' sebab kita dah alim,pikir dah baik sgt dari org lain,,dah boleh cerca org itu ini,dah boleh tegur org sewenang-wenangnya tanpa menjaga perasaan orang yg ditegur,nak tegir x salah,sebab dalam hidup kita ni memang perlu tegur menegur ke arah kebaikan,tapi mesti berhikmah la..Tegur secara baik dan bijak menggunakan seni teguran.




Jangan ingat bila kita dah berubah,hati kita x kan berbolak balik,itu kuasa ALLAH,ALLAH boleh buat ape saja yg DIA kehendaki,,yang baik sekarang x semestinya akan baik sampai akhir hayat,x semestinya akan ke syurga,yg kita nampak jahat dan keji skrang x semestinya diorg akan dihumban ke neraka..jadi,ingatkan diri sendiri,kita sama2 berhati2 dan jaga diri masing2 dari terjerumus ke arah kemudharatan,jgn hina org yang belum berubah,,sebaliknya kita doakan supaya mereka diberi hidayah dan dibukakan hati untuk mendekatkan diri ke hadrat ILAHI,dan doakan supaya dijauhkan benda2 yang boleh membawa kemudharatan daripada kita..

Ada dalam satu sesi usrah,aku telah diberi amanah untuk menyampaikan tazkirah yang ada kaitan skit la dengan hijrah ni,then aku pernah ingatkan "kita jgn mudah rasa selesa dengan keadaan kita sekarang sebab kita x tahu lg apa yg akan berlaku kat kita pada masa depan,x tahu akan terus dibimbing ke arah kebaikan atau pun di uji imannya,jadi sentiasalah berwaspada" .Jangan cepat rasa bangga dengan penghijrahan kita,sebab sebenarnya tiap2 hari kita sebenarnya memang dah berhijrah,dari usia muda ke arah usia tua,dari yang x matang jadi matang,dari kecik dah jadi besar,dari yg masih hidup ke arah menuju ALLAH..hehe..saja aku nak bagi analogi ni,biar time korang baca tu xde la serius je macam cikgu disiplin kat sekolah kan..cer senyum skit..:)



Sebagai pengajaran untuk dikutip bersama,,ada aku jumpa nga sorang akhawat kat u aku ni,time mula2 jumpa dia tu dia berniqab,tapi x sampai sebulan dah bukak semua sampai batang tengkuk pun nampak..Nauzdubillah..aku mula2 terkejut,tapi bila tengok balik,mungkin dia ni baru belajar pakai niqab n dapat kejutan budaya then xleh nak tahan dengan godaan benda disekeliling..minta ALLAH jauhkan diri kita dari mengulangi benda yang sama..Gunakan senjata kita iaitu DOA..

ALLAH telah berjanji dalam kitab suci al-Qur'an :
Dan Tuhanmu berfirman , "Berdoalah kepada KU , nescaya akan AKU perkenankan bagimu. Sesungguhny orang2 yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina".

surah Ghafir : 40 : 60

Alhamdulillah,akhirnya sampai ke penghujung program jugak..hehe..saje cilok ayat pengacara majlis kan..ape2 pon thank a lot sebab sudi luangkan masa korang untuk habiskan bacaan entri yang x seberapa ni..Lain kali,insyaALLAH ada jodoh kita jumpa lagi next entri..:)..fi amaniLLAH..