Assalamualaikum wbt wanabda’ bismilllahirrohmanirrahim..
Hai semua!! Korang apa khabar?? Harap2 semua dalam kesihatan
yang baik dan hidup dalam limpahan iman.Orait,Dah lama kan aku tak release
entri baru,maklumlah terlampau banyak hal yang menunggu turn untuk di
‘settle’kan..huhu..Alhamdulillah,sekarang aku rasa ok skit untuk mencuri
sedikit masa nak update entri ni.Ok guys,untuk entri kali ni,aku nak share n
citer-citer skit pasal SABAR…
________________________________________________________________
Satu pagi tu aku berpeluang untuk dengar sedikit perkongsian
dari sorang ustaz kat radio IKIM untuk slot motivasi pagi.Ustaz ni cerita pasal
sabar,apa tu sabar,camane nak didik diri untuk jadi seorang penyabar.Best tau
korang,walau kejap je,tapi padat dan bermanfaat.Nanti,kalau korang free,dengar2
lah motivasi pagi kat IKIM ye.. J
Cheah,,dah macam nak promote dah..hehe..tp sebenarnya memang nak promote
pun,biar sama2 kita dapat input yang berfaedah n sama2 usaha untuk
amalkannya..X rugi kan.
Ape benda sabar tu ek? Sabar tu ialah tenang dan berlapang
dada serta bersedia menerima apa yang terjadi dengan hati yang terbuka.Korang
nak tahu satu cerita x? cerita pasal sabar……..
Pada zaman dahulu,ada seorang hartawan dan beliau mempunyai
seorang khadam.Jadi,pada suatu hari,sahabat kepada hartawan ini datang
menziarahi hartawan tersebut dan sedang berbual.Lalu,si khadam nak menyediakan
makanan untuk tetamu si hartawan tersebut,lalu dia menyediakan daging hancur
dan di kepal membalut sebatang besi lalu dibakar *(I think,it like Kebab)*..Nak
dijadikan cerita,masa tu anak hartawan dan anak kepada sahabat hartawan tadi
sedang bermain-main,n masa tu si khadam sedang memegang besi tersebut yang
sangat panas,then besi tu terjatuh ke atas anak hartawan tersebut lalu anak itu
terus meninggal dunia.Khadam tersebut berasa sangat takut atas kejadian
tersebut.
Korang rasa apa yang hartawan tu buat kat khadam dia?Apa
nasib khadam tu? Guess what?..apa yang korang akan buat kalau korang berada
pada diri hartawan tersebut pada masa tu?? Kalau kita fikir logik la,mesti
terkejut,sedih,marah n mungkin akan bertindak di luar kawalan,,ye la,ape
taknya,orang yang kita sayang meninggal depan mata disebabkan orang
lain.Tapi,ia berbeza denga diri hartawan tersebut.
Lalu,hartawan tu menguruskan jenazah anaknya kemudian,beliau memanggil khadamnya
lalu berkata “Aku bebaskan kau kerana engkau telah menyebabkan
kematiannya,tetapi Tuan yang memiliki kematian itu adalah ALLAH swt” ,then bebaslah
si khadam itu..Nampak tak?? betapa tinggi level sabar hartawan tersebut,sungguh
mulia hati beliau.
Nabi pernah didatangi seorang lelaki,lalu dia bertanya
kepada Nabi saw, “wahai Rasulullah,apakah nasihatmu untuk aku?” , lalu Nabi saw
bersabda “jangan marah” lelaki tersebut bertanya lagi “Lagi?” , “jangan marah”
, “Lagi??”, “jangan marah”…
Kenapa jangan marah? Marah tu datangnya dari syaitan,ia
dapat diredakan bila kita sabar,kalau tak boleh jugak,tenangkanlah dengan
aliran wudhu’ ..Kan ada dulu2,masa skolah,pernah blajar bila kita marah apa nak
buat,aku tak sure tu dari hadis nabi atau adab2 semasa marah,nanti sama2 kita
check balik,takut tersilap..jikalau kamu marah dan ketika itu dalam keadaan
berdiri,lalu duduklah,kalau tak reda lagi,maka berbaringlah,last skali kalau
xreda juga,ambiklah wudhu’,insyaALLAH akan reda..
Kata ustaz tu lagi,kalau semasa marah,ibu bapa dilarang
memukul anak atau suami memukul isteri,sebab tujuan memukul adalah untuk
mendidik bukan untuk mencederakan atau memudaratkan atau menyakitkan.Kalau
contoh ibu bapa baru balik kerja,then tengok anak buat perangai,SABAR
dulu,jangan terus mengamuk n pukul,sebab perlakuan tu kan buat anak tu jadi
takut bukan hormat pada ibu bapa,x pun diorang akan buat masalah yang lebih
lagi untuk tunjukkan tanda protes.
Point penting sini ialah SABAR,sabar ialah tangga teratas dalam kehidupan,x rugi
kalau kita sabar,sebab setiap ujian yang ALLAH swt bagi tu adalah untuk uji
iman kita,dekat mana level diri kita,semakin hebat ujian tu,sebenarnya ALLAH
sangat sayangkan kita.
Sebagai contoh,kalau kita bergaduh,tahap kekuatan seseorang
bukanlah terletak pada fizikal atau kelantangan bersuara untuk menjatuhkan satu
sama lain,tapi kekuatannya adalah kesabaran dan bijak mencari jalan
penyelesaian.Tak guna,kalau kedua-dua pihak bertikam lidah n ending of the
story,bertarik rambut kalau perempuan,kalau lelaki plak,lebam sana-lebam
sini.Kalau sama2 ada sifat sabar,rasanya xde kecederaan fizikal atau kederitaan
mental dan perasaan berlaku.Tapi,skarang kalau kita tengok,ramai dah yang
hilang sabar,n yang paling penting berlumba untuk tunjuk sape yang lebih
hebat,lebih kuat.Baik diam n sabar dulu,then fikir camane nak selesaikan
masalah tu.
Kalau kehilangan orang yang tersayang,mesti orang yang nak
menenangkan tu kata, “sabar ye,sabar,tu
adalah ujian dari ALLAH,nak uji kita”,kita boleh berkata2 mcm tu bila tak
terkena kat kita,tapi bila terkena kat kita,rasa tak tertanggung dah..bak kata
peribahasa Melayu ‘berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya’
..Tapi,walau apa pun,mesti ingat,SABAR adalah tangga paling atas dalam
menyelesaikan masalah kehidupan kita.
Sama jugak kalau orang yang hasad kat kita,tak senang kalau
kita dapat bahagia dan rezeki,buat macam-macam kat kita dengan tujuan
menyakitkan hati dan perasaan,langkah yang mesti kita ambik ialah SABAR
.Parents aku sokmo pesan,dalam berkawan kena SABAR dan kalau bimbang berlaku
yang lebih buruk,ambiklah langkah BERDIAM DIRI,sebab masa ni la kita boleh
kenal kawan yang akan jadi lawan,atau sahabat yang akan bersama kita susah dan
senang.SABAR n DIAM tu adalah sangat2
penting sebab ia akan mengukur tahap kekuatan n kebijaksanaan kita dalam meng
‘handle’ sesuatu masalah..***Remember this : tak akan rugi untuk orang yang
bersabar kerana kesabaran itu akan membuahkan kemenangan kelak***
Ok guys,jom kita sama2 audit diri,audit iman n audit
kehidupan kita..Moga kita sama2 peroleh rahmat dariNYA..Take care n c u next
entry ..
*Assalamualaikum*