CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Monday 28 April 2014

Fitrah manusia yg x sempurna..

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah..



Fitrah hidup
Bernafas & bekerja dalam diri hamba
Pelbagai dugaan menghambat
Namun tetap kuat & tabah
Bagi hamba-hamba yang terpilih

Fitrah hidup
Batang tubuh bernama manusia
Tamak mengejar harta & dunia
Hingga terlalai untuk mencintaiNYA

Duhai insan
Tak usah terlalu sibuk
Untuk menempah diri di mata makhluk
Impikanlah untuk menjadi bintang syurga

Insan dilahirkan sesempurna kejadian
Dalam hadaf membentuk khalifah
Menjulang himmah Islam
Dalam empayar Ardhu Allah

Suburilah,Tanamlah,Didiklah
Imarahlah ruang tapak yang dianugerahkan
Dengan kehadiran singa-singa agama
Memilih jalan syahid kerana cintaNYA

Kejarlah CintaNYA..


Saturday 5 April 2014

Ujian itu adalah bunga2 cinta dariNYA

Assalamualaikum w.b.t..In the name of ALLAH ,Most Gracious Most Merciful..

Dear pembaca sekalian,apa khabar iman kita?jom sama2 muhasabah ikatan taqwa dan hamparan iman..sudahkah kita bersyukur dengan nikmat kurniaan ALLAH yg x ternilai ini?..Dear sahabat yg dikasihi,jom!!! sama2 kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain,terutamanya empunya diri yg sedang memuntahkan luahan ini terkadang tergelincir dan tersasar,hanya dengan teguran dan bimbingan dari sahabat yg akan menguatkan lagi semangat dan pegangan..:)


Ya Rahman Ya Rahim
Ya Zaljalali wal ikram
Di setiap hujung pertemuanku bersamaMu
Di setiap linangan keinsafan ke hadratMU
Tak putus aku merayu
Agar diberi kekuatan dan keteguhan
Dalam ujian di bumi fana ini

Ya Rabb...
Terkadang aku terasa lemah
Mungkin juga tersungkur
Dengan hebatnya kehadiran ujianMU
Namun tanpa ku sedari ia untuk mendidikku 
Menjadi hamba yg bergantung sepenuhnya
pada tali cintaMU

Tak mungkin aku bisa berdiri
Tanpa izin sekelumit mahabbah dariMU
Kerna aku hanyalah hambaMU yang lemah
Tak punya apa2 melainkan hanya mengemis
pelukan sakinah dan kasihMU

Terdetik di benak
Tersentak di qalbu
Kenapa Engkau menguji diriku dengan begitu hebat??
Bukankah Engkau Maha Mengetahui
Namun jiwaku masih berfitrah
Berfitrah untuk pulang ke pangkuanMU
Memohon petunjuk dariMU

Datangnya ujian itu
Telah mengingatkan aku 
Mungkin aku terlalai dari mengingatiMU
Terpana dengan limpahan nikmat
Tersasar dari jalan cintaMU
Aku tahu
Engkau sangat rindukan kehadiranku
Menangis,mengadu dan bersujud 
Ke pangkuanMU

Kini aku semakin yakin
JanjiMU tak akan dusta walau sekali
Ujian ini banyak hikmahnya
Hanya Engkau yang Maha Merencana
Segala hidup mati hamba-hambaMU

Tak mungkin Engkau membebankanku
Jika aku tidak kuat untuk menghadapinya
Kerna Engkau Maha Mengetahui
Itulah azimat yang terikat kukuh 
Terbenam di dasar taqwa 
Membuahkan ketenangan 
Dalam menghadapi mehnah ini


Orait dear sahabat,setiap ujian yg ALLAH anugerahkan adalah hikmah dalam hidup kita,walaupun terkadang kita terlanjur mengeluh dan kurang sabar dalam menghadapi ujian NYA,namun DIA tetap setia menunggu hamba2NYA untuk datang bertemuNYA,,DIA Maha Pemurah,Penyayang dan Maha Mengetahui dengan menyediakan hadiah yang mungkin kita xperasan dan terlepas pandang dari ujian yg kita dapat.Biasalah kita sebagai manusia hanya nampak benda yang ada kat depan mata,kurang meneliti apa kesan yang akan didapati dari sesuatu yg berlaku,lagipun diri kita memang terbatas untuk memikirkan taqdir qada' qadar diri masing2..Hanya DIA yg Maha Mengetahui dan mempunyai rencana yang paling baik untuk setiap hambaNYA..

Semua orang pernah diuji kan??kan??..tipulah kalau kata xde,sebab ALLAH akan menguji kita untuk mengukur tahap keimanan seseorang samada tetap setiap padaNYA dalam susah ataupun senang..sama la macam aku ni,aku rasa hidup aku ni complicated skit pada org lain,tapi kalau ada yg lebih complicated lagi pun aku xtahu la kan,sebab pengetahuan aku sangat terbatas,aku agak je la..hehehe
Macam2 aku rasa dalam usaha aku untuk mencapai mimpi dan impian aku untuk menjadi seorang doktor muslimah,solehah wa mu'minah walaupun belum bergelar seorang doktor..
Dengan ujian peperiksaan,ujian orang sekeliling yang terkadang hanya menunggu waktu kejatuhan,ujian dalam menyambung pengajian dalam bidang ini..Namun,kini aku lebih positif dan mengambil jalan kematangan dengan berfikir di luar kotak bahawa ALLAH bagi ujian ni sebab ALLAH nak tengok stakat mana kita istiqamah dan usaha dalam sesuatu yang kita nak capai dengan berlandaskan redhaNYA..Masa mula2,aku rasa sangat down dan macam dah x berdaya,namun dengan support aku yg paling kuat iaitu parents aku yang telah menjadi tulang belakang aku dalam menyalakan motivasi dan semangat dalam diri anak mereka ini.
 Terkadang aku memotivasikan diri aku sendiri dengan kata2 semangat : "kau adalah orang yang terpilih dan kuat yang dipilih ALLAH untuk pikul beban ni,ALLAH tahu kau boleh overcome benda ni,setiap masalah yang datang mesti ada penyelesaianya,cuma terkadang ia memakan masa supaya kau merasai kepayahan dalam medapat tarbiyah yang betul2 boleh menguatkan jati diri kau",kadang kita ambil enteng je benda ni,macam dengan aku la tu..huhuhu..

Mungkin kalau ALLAH bagi je apa yang kita nak,memang naik lemak la kan,akan leka je dengan kegembiraan dan kesenangan yang mungkin akan membawa kita kepada kelalaian dari mengingatiNYA,tu la sebab ALLAH akan bagi jugak ujian yang akan menyedarkan kita bahawa ada yang kita perlu cintai dan ambik berat tentanNYA iaitu sentiasa memohon ampun dan bersujud ke hadratNYA..ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat kita,setiap yang berlaku adalah hikmah buat future life kita..mungkin pengajaran untuk masa ni boleh kita gunakan untuk memajukan diri dan ummah untuk masa depan kelak..



Lastly,aku harap kalau aku ada buat kesilapan dalam melontarkan kata2 dalam blog ni,mohon teguran berhikmah ye dear sahabat.. #salingingatmengingatimengeratkanmahabbah :)
Fi amanillah fi hifdzilllah insyaALLAH :0