CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Thursday 16 January 2014

سنة جديدة سعيدة

Assalamualaikum w.b.t..
Salam tahun baru 2014,Salam mahabbah dan Salam bahagia..

Apa khabar sahabat semua??..harap dalam keadaan sihat la blako deh menjelang tahun baru 2014 ni..sebenarnya aku nak publish time mlm tahun baru lagi,tapi ada hal yg x mengizinkan..xpe la,masih lagi di ambang awal tahun kan,ambang Januari 2014.. 

Gapo azam tahun baru aku eh tahun ni?..tetiba hati aku terdetik pada malam tahun baru 2014.Adakah aku nak azam aku semuanya akan terarah kepada pembinaan syakhsiah diri ataupun ia menjadi kata2 kosong je.First skali,aku fikir kita x sepatutnya berazam pada menjelang pada tahun baru je,lepas tu jadi hangat-hangat tahi ayam,xguna juga kan nak buat azam banyak2,tapi satu pun x jalan..actually,kita sepatutnya sentiasa berazam kuat dan dan berusaha untuk thabat(tetap) dalam azam yg kita sendiri create.

Permulaan tahun baru x kira la tahun baru hijrah atau tahun baru masihi,ia menjadi titik permulaan satu lembaran baru untuk manusia melangkah ke arah sesuatu perkara yg  lebih baik,yang paling pasti umur kita pun semakin bertambah menandakan masa kita untuk berjumpa KEKASIH kita semakin hamper..Adakah kita sudah mempersiapkan diri untuk bertemuNYA??..tanyalah iman masing2 bukan tanya diri yang sentiasa bergelumang dengan nafsu.Imanlah penyelamat dan yang akan memberi hint2 yang benar untu diri kita terarah kea rah yg lebih baik.Kalau tanya diri memang sentiasa kita rasa selesa la kan, dah nafsu memang berkait rapat dengan diri,kalau x kita jaga dan didik dengan elok,akan merosakkan kita jugak.Kita rasa cam bnyak je amalan yang dah dibuat,rasa cam panjang je lagi masa untuk kita hidup walhal kita x tahu bilakah masa kita akan datang menjengah..MASA utuk bertemuNYA x akan mengira usia dan pangkat,ia akan datang tepat pada masanya yang telah ditetapkan.



Azam aku pada tahun ni biarlah tahun ni adalah tahun yang akan memberi manfaat yang lebih baik kepada diri aku berbanding tahun2 sebelum2 ni..Berusaha untuk jadi hamba yg taat kepada TUANnya(ALLAH),anak yang solehah kpd kedua ibu bapa,pelajar yg baik tingkah laku kepada guru,seorang sahabat yg dpt membimbing dan dibimbing,seorang dai’e yg sentiasa bersedia untuk berkorban demi syiar Islam,seorang wanita Islam yg sentiasa menjaga maruah dan agama,seorang bakal doktor yang sentiasa mempraktikkan nilai2 Islam dalam perubatan dan bersedia membantu  ‘menyambungkan’ nyawa manusia dengan izin ALLAH walau diri terpaksa susah dan letih dan seorang bakal isteri yg menjadi qurratu ‘ayun kepada seorang suami yg soleh serta bakal UMMI  yg boleh mendidik para khalifah ALLAH dengan obor perjuangan untuk agama ALLAH dan sentiasa menentang kebatilan dan yang paling penting menjadi insan yang sentiasa professional dalam bertindak,tanamkan kesabaran dalam tindakan,lebihkan kesedaran pemikiran dalam membuat keputusan dan murahkan senyuman untuk semua..insyaALLAH..Tapi apakah ia akan menjadi kenyataan??..Ingat “Fa iza ‘azamta fatawakkal ‘alallah”….. “Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada ALLAH”..insyaALLAH,dengan azam dan niat yang tulus yang kuat untuk menjadi yang lebih baik di mata ALLAH,ALLAH adalah sebaik2 penolong..Hasbunallah wa nikmal wakeel,nikmal maula wa nikmal nasir!!..

Ya ALLAH,panjangkanlah usiaku,usia kedua ibu bapaku,usia kaum kerabatku,guru2,sahabat2ku serta saudara2 seislamku dalam kerahmatan kasih sayangMU,dilimpahkan rezeki yang barokah,dikurniakankan pengetahuan yang akan membawa kepada kemajuan agamaMU.perbaikilah syakhsiah kami supaya kami dapat menjadi contoh untuk mereka yang sedang menyusuri hidayahMU..ameen..

Jom sama2 kita tajdid niat,,apa matlamat kita untuk hari2 yang akan mendatang,apa yg nak kita plan untuk kemajuan Islam,apa yang nak kita beri kepada masyarakat,berapa banyak dah sumbangan yang telah dikerahkan daripada diri kita?..

Azam tahun baru bukan azam yang hanya kita tulis dalam kertas then lama2 jadi kertas yang x bernilai dan diterbangkan oleh angin begitu je,,pesanan ni untuk peringatan diri penulis yang mudah lupa ni jugak,sebab biasalah kan diri kita ni memang sentiasa memelukan peringatan antara satu sama lain.Jangan keras hati sangat untuk menerima nasihat,teguran dan peringatan daripada orang sekeliling even dripada seorang kanak2..

Orait sahabat2 semua,kita dah di penghujung coretan,so insyaALLAH,ada jodoh kita jumpa lagi next entri ya..skali lagi,jom sama2 tajdid niat!!

WELCOME NEW YEAR 2014..HOPE WE WILL HAVE A GOOD ‘RELATIONSHIP’ TOGETHER FOR THE SEEK OF REDHA ALLAH,INSYALLAH..:)

sanah helwah ya Rasulullah......

Assalamualaikum w.b.t.
bismillahirrohmanirrohim..

Salam maulidur rasul aku nak ucap kt korang semua..ape khabar korang semua??..harap2 semuanya dalam keadaan baik,sihat dan sejahtera,,,ape yg penting..kerjasama!!ape yg penting...kerjasama!!..haha..tu kata kartun wonder pets kan..x,yg ni lagi penting,,ape yg penting??..rahmat kasih sayang ALLAH untuk kita semua hambanya..:)



Sebenarnya badan aku ni sgt2 lemah,baru je demam,tapi sempat lagi kan bukak laptop..hehe..jasad kepenatan,tapi minda masih kuat untuk generate energy bagi mengarahkan jari jemari yg comel ni untuk menaip ape yg nak di update..hehe..ape2 pon,korang tolong la doakan aku cepat2 baik dari demam ye..

Setiap tahun kan kita akan jumpa nga hari maulidur rasul,lepas tu kita semua dapat la cuti,boleh rest dari kerja..betul ke gitu?..pernah x kita tanya diri kita samada kita ni betul2 ke sayang NABI saw?..betul ke cinta BAGINDA saw?..pada hari yg jatuh pada 12 rabiul awal je ke kita kena dan akan ingat NABI saw?..tu kena tanya diri dan hati masing2..

Kadang bila tiba maulidur rasul je kita akan ingat kat nabi,aku x kata kt orang la,terkadang aku pun terlupa untuk berselawat kat BAGINDA saw dalam sehari tu,,kene buat peringatan baru ingat,,kata orang biasa la,manusia sentiasa perlu diingatkan....ya,manusia perlu sentiasa diingatkan,tapi kita jangan la pulak x buat ape2,x cari alternatif lain pun nak tolong diri kita untuk sentiasa alert n caring about the important thing for human called Prophet's ummah..

Untuk ingat Nabi saw,x perlu tunggu hari maulidur rasul,tapi kita kena sentiasa ingat kat Baginda dlm setiap hari2 perjalanan kehidupan kita,,sentiasa membasahkan bibir dengan selawat untuk menjadi pengikat kasih antara utusan ALLAH merangkap KEKASIH ALLAH dan ummah,mengamalkan sunah2nya,kalau x mampu nak buat semua,buat la dulu yg kita boleh buat,jgn hadkan diri untuk mengaplikasikan sunnah Nabi saw dalam kehidupan..

Terkadang kita lupa tentang pengorbanan seorang KEKASIH ALLAH dalam memperjuangkan hakikat dakwah dan iman,walau diri terpaksa mengharung seksa dan derita,namun demi pegangan aqidah dan tauhid diriNYA kuat untuk berdiri dan  berjuang..Kasih sayang Baginda terhadap manusia yg bergelar ummat MUHAMMAD SAW tetap subur dalam qalbu walau ummat sendiri mencerca,menghina dan melakukan keburukan,namun hati Baginda tetap sabar dan mahabbah semakin menebal untuk ditabur bagi memberi secicip ruang kesedaran tentang hidayah,walau dia tahu hidayah itu milik KEKASIHnya yg abadi..KEKASIHnya akan mengurniakan hidayahNYA kepada orang2 yang terpilih dan dikehendakiNYA..Hingga pada saat2 Baginda saw hampir wafat dan menghembuskan nafas cinta yang terakhir,bibir Baginda masih mengingati ummat2nya,,,ummati....ummati....ummati....Begitulah setianya seorang KEKASIH ALLAH untuk memperjuangkan amanah yang telah diberikan oleh ALLAH.



Ni butir2 skit pasal KEKASIH kita Nabi Muhammad saw:

  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Alangkah bertuahnya kalau diriku dapat bertemu dan menatap wajahmu ya Habibullah,ya Rasulullah..namun,keinginan itu x mungkin terjadi di dunia fana selepas kewafatanmu,namun tidak mustahil untuk bersua denganmu di hari kebangkitan kelak..aku rindu untuk bertemu denganmu,untuk bersama denganmu di taman KEKASIHmu kelak..kurniakanlah aku syafaatmu dan keredhaanmu untuk ummatmu yg hina ini..aku hanya ummat yang terkadang lupa akan nilai kasih sayangmu,lupa akan nilai perjuanaganmu dek godaan dunia dan terpandu oleh nafsu,,namun hakikatnya aku sedang berusaha untuk mempersiapkan diri untuk bersedia menyambung jalan dakwahmu,menyambung talian kasih dan sayangmu kepada sekalin alam..

Kelahiranmu memberi cahaya dan ketenangan bagi meleyapkan segala kejahilan dan kebatilan.Peribadimu dapat melembutkan hati sekeras batu dan menghancurkan keegoan setinggi gunung,perjuanganmu x kenal erti letih,putus asa atau derita,kehidupanmu dikuatkan dengan nadi dakwah aqidah dan iman serta tarbiyah ummah,pemikiranmu menjana tamadun dunia,sunnahmu jika diamalkan dan dipegang dalam kehidupan x akan sesat sampai bila2,kau diangkat sebagai KEKASIH ALLAH,berselawat keatasmu dijanjikan ganjaran dan syafaat,dan kewafatanmu ditangisi seluruh penduduk dunia,,namun sampai ke hari ini,ISLAM tetap bertahan di muka dunia yg fana ini..
Aku tetap merinduimu walaupun aku hanya mengenalimu melalui sirah2mu,pengajaran dari guru2,namun sudah cukup untuk sekeping hati ini diabdikan untuk mencintaimu dan KEKASIHmu,ALLAH..aku cukup bertuah menjadi ummatmu..Ya Rasulullah saw,aku hadiahkan ucapan selawat serta salam ke atas mu,moga ia menjadi ikatan kasih sayang yang suci antara kau dan aku yang bergelar ummatmu serta penyumbang syafaat buatku di akhirat kelak..ameen


Akhir kalam,jom sama2 kita selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..moga2 dengan lidah dan bibir kita sentiasa dibasahi dengan alunan selawat cinta,ia akan memberi ketenangan dan syafaat di akhirat kelak..insyaALLAH,ameen..:)

sollu 'ala nabi..اللهم صلى على محمد  وعلى ال محمد ..:)..jom sebarkan selawat cinta dalam masyarakat kita..:)


p/s : satu lgi,kalau korang nak tahu lebih lagi,boleh lawat alamat ni,ni blog sorang tokoh yang agak terkenal jugak la,nama beliau Ahmad Sanusi Husain..

http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html#axzz2qa2hjslr

SANAH HELWAH YA RASULULLAH!!! <3 <3 <3


wallahu'alam..