CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Monday 18 November 2013

nak jadi doktor??susah x??

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillah..

Jom sama2 kita panjatkan infiniti kesyukuran kerana kita masih lagi boleh bernyawa dalam jiwa bernama hamba kepada Sang Pencipta..Alhamdulillah!!Alhamdulillah!!Jom kita bertahmid sama2..Dalam suasana kedinginan malam,dalam kelesuan jasad yg menuntut utk diberi sedikit keperluan rehat,tapi dengan semangat yg berkobar2 ni,tuan punye jasad ni gagah jugak nak perintah segala jari-jemari utk menaip meluahkan apa yg terbuku..

Alhamdulillah,aku baru je balik dari program perkongsian bersama senior tentang bagaimana realiti kehidupan seorang pelajar medik yg telah diserikan dgn kehadiran Dr. Zaki Ibrahim dan Dr. Dzafi to be x lama,insyaALLAH,,yg juga merangkap senior kpd kitorg..Kata adik moderator mlm tadi,dia ada terbaca satu status dlm fb yg ada menyatakan dgn yakinnya "kalau engineering student : bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian,,tp kalau medical student : bersusah-susah dahulu,berseksa-seksa kemudian"..apa motif status ni sebenarnya aku pun x faham,yg pasti ini adalah salah satu persepsi yg kadang2 boleh melemahkan jati diri seseorang yg mudah ambik percaya.

Dari perkongsian tersebut,bnyak jugak la yg dpat aku tangkap utk dijadikan benih2 pembakar semangat utk bergelar seorang medical student dan seterusnya seorang doktor soleh wa musleh,berguna utk agama,masyarakat juga negara.



Sebagai contoh,perkataan "susah" utk belajar medic adalah merupakan satu persepsi yg di'create' sendiri oleh tuan punya badan,,kalau dah diri kita awal2 lagi dah kata susah,x boleh buat,cepat nak give up n bagi pelbagai alasan,memang la xboleh..Persepsi2 ni la yang akan tumbuh dan akan memakan kekuatan jati diri yg telah kita bina dan pupuk sblum ni secara perlahan2 dan terkadang boleh drop secara drastik..Bagi aku la,kalau orang lain boleh buat,boleh berjaya,kenapa kita x boleh,kita tak berani nak cuba utk menjejaki tangga2 kejayaan yg telah org lain sampai..kalau nak kata org lain ada lebih masa,semua org dihadiahkan ALLAH 24 jam sehari,kalau nak kata kita x cukup tangan,bagi yg normal,ALLAH pinjamkan 2 tangan dan 2 kaki,even orang cacat pun boleh berjaya,mengapa pulak bukan kita yg sempurna tubuh badan x nak sahut cabaran utk berjaya..Kalau niat kita utk menuntut ilmu LILLAHITAALA,utk mendapat MARDHOTILLAH,sedar betapa bnyak manfaat daripada diri kita perlu disumbangkan utk ummah dan agama,kita x akan ada alasan x cukup masa,x sempat sebab sibuk dan macam2 lagi hal la..Jom sama2 muhasabah diri,iman dan niat kita kenapa kita nak belajar,kenapa kita pilih kos medik sebagai contoh..untuk apa?..jawapan ada pada tuan yg soleh/solehah yang sedang baca entri ni,x lupa jugak peringatan buat diriku yg sentiasa lalai dgn keseronokan dunia..

Berbalik kepada persepsi tadi,kalau la kita diberi persepsi yg negative contohnya macam cerita Dr Zaki tadi yg kata cikgu beliau sgt2 discourage bila dia dah dpt tawaran ke Australia utk sambung medik,sampaikan cikgu beliau kata "ukur la dulu badan tu,mampu ke x nak harungi ni".Namun beliau take it as a challenge,sebab dengan cabaran la kita dapat bina dan lahirkan peribadi yg good enough strong and matured.Inilah yg dikatakan challenge yg akan bertukar kepada achievement goal,bukan time tengok bola je kita excited utk tengok bola tu goal,tapi kita jugak kena tahu GOAL kita atau matlamat yg jelas kenapa kita belajar dan apa yg nak kita capai..Benda macam ni pun telah terjadi kat diri saya sendiri,yg mana dlm entri yg lama aku ada cerita psal peristiwa time aku lepas SPM tahun 2010 tu,sgt sedih,apa yg x sedihnya guru sendiri discourage kita punya minat,,kalau korang cmane?..aku tahu cikgu2 tahu kemampuan kita stakat mana,tapi kenapa takut utk kita cuba apa yg kita minat,x salah asal kita berani cuba,tekad dan tawakkal..InsyaALLAH..bagi aku,setiap yg tergerak dari hati dan fikiran telah ditetapkan itulah yg terbaik utk kita disamping usaha2 lain lagi utk membenarkan keputusan yang dibuat x kan membawa mudharat kepada diri..

Kalau macam senior kitorg ckp tu,beliau adalah 1st batch MD UKM,dah nama 1st batch kan mesti punyalah ada masalah,masalah diorang ni parah jugak la kalau nak kira,almost day non lectures,so,diorang kena ambik inisiatif sendiri la macamana nak struggle dlm medik..Alhamdulillah,sekarang beliau n the geng dah di tahun akhir,dlm bulan 4 tahun dpn grade..Beliau kata ramai sahabat2 yg lain tersungkur di tengah jalan,sedikit je yg mampu bertahan,,maybe x boleh nak adapt dengan kesukaran masalah yg timbul,tapi bagi senior aku ni,macamana beliau n the geng yang mampu bertahan sampai sekarang ni nak adapt,,mcm yg aku telah state sebelum ni,kita kena sedar yg kita ada matlamat yg hendak dicapai,bnyak lagi manfaat yg masyarakat perlukan yg belum kita khidmatkan,,so,dgn kesedaran ini,kita akan berusaha utk adapt n cari solution yg boleh bawa jalan keluar kepada sesuatu masalah..When u start anything,u know how to manage your time..



Menurut seorang ustaz kepada adik moderator kita ni,antara ungkapan ustaz ni ialah : orang yg sibuk adalah org yg ada masa,dan org yg x sibuk ni adalah org yg x de masa dan hilang nikmat utk ber'tuan'kepada masa yg bermanfaat..satu lagi isu yg menarik perhatian aku adalah soal keberkatan dalam menuntut ilmu..Kita ni sebagai ummat akhir zaman terkadang jarang utk lebih mengfokuskan kearah keberkatan dlm study,kita jarang titik beratkan elemen keberkatan dalam menuntut ilmu ALLAH,yg kita tahu adalah struggle,buat test,n past with a flying colours,,tp pernahkah kita terfikir,macamana ada orang yg study satu jam je tapi dapat input mcm blajar 2 jam,ada jugak org yg blajar berjam-jam lamanya,tpi x dapat input pun..tu namanya tahap keberkatan yg ada semasa menelaah pelajaran..mungkin kita buat hati ibu bapa gembira,tolong org dgn ikhlas,and bnyak lagi la,so ALLAH kurniakan keberkatan dalam urusan kita..Cuba kita tengok ilmuwan2 islam dulu2,mereka dapat menguasai pelbagai jenis ilmu dalam masa yg singkat,pakar dalam pelbagai bidang..sebab apa??..sebab mereka dilimpahkan keberkatan dalam menimba ilmu..so,start pada hari ni,titipkanlah niat yg ikhlas,matlamat yg jelas utk menimba ilmu hanya kerana ALLAH dan utk mencapai MARDHOTILLAH,dan berusaha bersungguh-sungguh utk mencapainya,bukan goyang kaki je tunggu ilmu dtg tanpa usaha yg kuat..ada student kalau dah susah skit je,dah nak give up,kalau x sempat nak baca nota je,snap gambar dalam phone then bukak time jawab test,tu namanya meniru,dah,kesian la kat diri tu wahai kawan,x guna pun meniru kalau xde keberkatan,x leh jugak markah penuh pun..kalau pun x sempat baca nota utk test,usaha dulu cari masa2 terluang utk baca skit2 nota tu,bukan tinggal terus then ambik jalan mudah dgn meniru..Aku rasa kalau org buat camtu kan,dia tak akan rasa puas pun even dah dpt markah tinggi sebab bukan dengan usaha diri sendiri..

Dah la kawan2 yg dirahmati ALLAH,,stakat ni dulu entri buat kali ni..Assalamualaikum..