CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Saturday 15 March 2014

Buatmu Bakal Imamku

Assalamualaikum wbt ..In the name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah,alhamdulillah thumma alhamdulillah..segala puji serta puja hanya kepada yang Maha Layak,Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba2NYA yang sentiasa lupa akan nikmat kurniaNYA.Terkadang diri ini tidak pernah puas untuk menagih nikmatMU wahai Yang Esa,x pernah lekang dengan dosa dan kesalahan,dan sangat payah untuk datang kepadaMU untuk memohon maghfirahMU..Allahurobbi!!betapa hina diri hambaMU ini,,Bimbinglah jasad serta roh hambaMU ini ke arah cintaMU,kurniakanlah kepada hamba ini seorang khalifahMU yang akan menjadi IMAM dalam pengabdian cintaku padaMU..ameen

Terusik di hamparan hati
Teruji keteguhan iman
Terpana pada keindahan ciptaanNYA
Namun tetap ku jaga perasaan itu
Dengan ikatan ketaqwaan padaNYA
Untuk bakal insan yang sangat istimewa

Ya Robb!!Ku rayu ke hadratMU
Izinkan dia yang bakal halal untukku
tergolong mujahid agamaMU
Insan yang sangat mencintaiMU
Yang setia bertemu denganMU
Dikala kelalaian dunia mencemarkan kehidupan 

Duhai bakal Imamku
Walau diriku terbatas untuk mengetahui takdirku
Namun aku tetap teguh berpasakkan matlamat hidup
Akan menyerahkan sekeping hati ini bila telah tiba masanya
Dengan keyakinan pada janjiNYA yang tak pernah dusta
Aku kini tenang dalam dakapan sakinahNYA

Tak pernah lekang dari doaku
Memohon pemeliharaan Tuhanku kepadamu,bakal imamku
Walau aku tidak pernah tahu siapakah gerangan dirimu
Dan hal keberadaan dirimu
Namun,DIA telah menentukan segalanya
YA,itu adalah yang terbaik buat kita
Moga ikatan yang akan kita bina kelak sesuci fitrah insani
Yang mekar dan subur dengan benih iman dan taqwa

Aku tak mahu mencalit kotoran walau sedikit pada ikatan itu
Biarlah ia berlangsung dengan terhormat
Dengan restu waliku
Ikatan itu lebih berkat dan bahagia


Duhai bakal imamku,
Bimbinglah aku,pimpinlah aku
Tuntunlah aku mendaki tangga cintaNYA
Aku yakin itu akan jadi momen indah buat kita
Sepanjang hayat bergelar khalifah di alam fana ini


Duhai bakal imamku,
Walaupun satu tulang rusuk Tuhan pinjamkan kepadaku
Ia menjadi sebab kenapa kita bakal bersatu
Aku ingin menjadi sayap kiri dalam perjuanganmu
Ya Robb!!Izinkan aku menjadi bidadarinya di Firdausi kelak..

*Dear my future IMAM,strength your iman n protect your love for whom deserved*

Tetibe nak jadi jiwang jap malam ni,lepas hujan turun setelah sekian lama aku mengalami peningkatan suhu di bumi di mana kaki aku ni berpijak..hehe..Aku khaskan puisi ini buat bakal IMAMku yang masih dalam perancangan ALLAH untukku..InsyaALLAH,selagi diberi keluangan masa untuk hidup,masa itu pasti tiba dengan izinNYA..:)..sebenarnya dapat inspirasi dari lagu dendangan artis Indonesia Puan Oki Setiana Dewi
yang bertajuk Imamku,korang boleh serach je dalam youtube ye..


ok la korang,setakat ni dulu entri kali ni,saje nak cungkil bakat buat puisi nih..ngeh3..*mata ke atas*..cam poyo je bunyinya..haha..ilalliqa',ma'assalamah..fi amanillah,insyaALLAH







Monday 3 March 2014

Masak Oh Masak!!!

Assalamualaikum dan salam mahabbah..

Apa khabar semua?..apa khabar iman kita?..jom sama2 audit diri *pinjam trademark Prof Dr Muhaya jap..hehe

Buat entri kali ni aku nak kongsi pasal pengalaman aku time mula2 masak kat hostel ni.Maklumlah aku ni bukan la dalam kategori org yg pandai masak,cuma aku masih lagi ada rasa nak belajar,kira ok la tu kan,dripada duk goyang kaki saje,tunggu org masak.Maklumlah,kat umah tolong2 ma je masak,xpernah betul2 masak full guna skill sendiri.Aku berazam bermula tahun 2014,kehidupan aku kena lebih baik,aku kena belajar banyak benda bagi melengkapkan arus perjalanan kehidupan aku untuk masa sekarang dan akan datang.Xrugi pun,baik ada la.

Kalau kat umah,ma nga abah aku x pernah pun paksa aku suruh masak,cuma kekadang tu mereka memberi ruang kat aku untuk aku fikir sendiri ok ke x kalau aku terus menerus x pandai masak kan..sebab aku ni lain skit,oku xleh buat apa yg org paksa,aku x suka..Ada skali tu sedara aku siap merendah-rendahkan aku lagi,katanya kalau x pandai masak ni malu kat orang,nanti nak bagi suami makan ape nanti,anak dara ape ni,x pandai masak,,aku senyap je la,nak menjawab nanti orang kata ma nga abah aku x pandai ajar anak pulak..cuma teguran tu membaka semangat aku la untuk belajar slow2 walau lembap skit kan,biasala benda baru kan..Tapi aku paling terharu pada ma nga abah aku,mereka xpernah merendahkan kebolehan aku,dan sentiasa bagi aku semangat,pernah diorg kata," Xpo ummu,biar la dulu xpandai masak lagi skare ni,fokus dulu blajar,masak tu bila2 pun boleh,maksudnya blajar la slow2,sebab kita masak ni bukanlah semata-mata untuk kahwin,tapi itu untuk skill untuk nak survive diri,kalu pandai masok pun tapi kalu xdok pelajaran dan xdok kerja,xleh nak masak jugak kan??"..aku ingat pesanan ma nga abah aku,terima kasih ma nga abah kerana memahami..

Dan ada jugak yg siap ketawa besar lagi bila kita xpandai masak,dan ada yg xpercaya dengan kebolehan kita,tengok riak muka pun tahu cam x percaya dengan cara kita nak masak..aku jadikan itu pembakar semangat aku untuk belajar memasak..

Ok la,masakan 1st aku adalah ikan masak kicap,pg tu aku call ma aku nak confirmkan cara buat dia,sebab style aku kalau nak blajar masak,aku kena tengok org buat baru aku boleh apply balik..aku xleh org cakap je,xmasuk otak kott..haha..jadi time cuti ari tu aku dah tgk ma aku masak daging masak kicap,so kawan aku nak makan ikan masak kicap,so aku tukar je la daging dengan ikan kan..1st time masak sndiri ni memg cuak gk la,tapi aku think +ve je,kena yakin dengan diri sendiri,bahawa diri aku boleh buat..hendak seribu daya x hendak seribu dalih kan..cheah!!tetiba guna peribahasa kan,teringat kat cg BM dulu2..haih rindu plak..hehehehe

then hari seterusnya aku masak nasi goreng budu + serunding,tu kreativiti sndiri tau,masakan kita,kita punya kreativiti la kan..ke guano??.. then hari seterusnya aku try buat sayur campur,,aahaha,,alhamdulillah menjadi,tapi aku xtahu la sedap ke x,sebab kawan2 aku yg tlg rasa..menu terakhir,eh x lah terakhir sgt,,sayur kangkung masak belacan..hahaha..1st time buat guna belacan tu,ape ntah rasanya,alhamdulillah la habis jugak akhirnya..
ni gambar hiasan semata-mata,xsempat nak snap gambar masakan sendiri..haha
Aku excited jugak la boleh masak ni,sebab time kita blajar la time kita boleh asah bakat memasak yg terpendam,tapi satu je aku pantang time aku nak masak ialah kalau sebelum aku nak masak dah ada org yg nak komen2 melebih,aku memg akan naka terarah ke pada moody la,,aku x suka org komen sebelum aklu memasak,kalau nak komen lepas masak xpe,,sebab bagi aku,sebelum masak biarlah aku handle masakan aku sendiri,cara aku sendiri..

Ok la,aku rasa dah xde ape aku nak citer dah,,kepada sesiapa yang nak belajar2 masak tu,jangan pernah rasa takut dan ragu dengan bakat yg ada,semua org boleh buat,kenapa pulak kita x bleh??..tanyalah iman masing2..jumpa lagi next entri..assalamualaikum wa ilalliqa' ..:) fi amnillah