CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Sunday 14 September 2014

Kerana DIA Kita Bertemu dan Berpisah ..:(

Salam alayk and salam sihat utk semua..

Tanggal 12 September 2014,aku dan kengkawan persatuan islam u aku ada buat sikit jamuan ala-ala majlis perpisahan gitu sebab ada di antara diorang merangkap ajk tertinggi yang nak melanjutkan pelajaran ke overseas.Celebrate tu khas untuk korang.Moga ukhuwwah kita berpanjangan.Diorang dpt offer fly g India,USM-KLE under Mara's Scholarship to take Medicine.Hepi jugak lah bila dengar berita gumbira ni kan.Cuma yang sedihnya kitorang bakal dipisahkan oleh benua dan lautan tak lama lagi.

Walaupun dah 2 tahun kenal satu sama lain,ada yang dari foundation lagi tu,rasa cam semalam je baru kenal,cepat je masa berjalan,dah 2 tahun.Banyak kenangan terukir bersama,pahit manis dilalui bersama,sedih gembira dirasa bersama.So,perpisahan ni walau semua tahu bukannya kitorg berpisah selamanya lagi pun,cuma terasa la jugak akan bakal kehilangan sahabat dan rafiq dalam perjuangan ini.Namun kata-kata semangat dan ikatan ukhuwwah yg bersemi keranaNYA tetap menjadi penguat semangat 'tali' itu.

So,mlm tu bermulalah aktiviti makan2 dulu,maklumlah kitorg ni memang kalau bab2 makanan ni tetibe jadi lemah,kena pekena makanan dulu baru buleh fokus..haha..lawakkan,dah besor panjang pun,perangai cam tak matured je..Aik! dah macam mengutuk diri sendiri pulak..*senyum sambil bulatkan mata.*


Malam tu makan nasi bungkus je,dengan lauk ayam goreng ala-ala kfc gitu.Tapi syukur la buleh jugak makan kan..Free lago tu,mana tak rasa senang hati..hahaha..Then,habis makan nasi,majlis potong memotong kek n makan pizza pulak dah.Aku rasa time tu,perut aku dah rasa memboyot dah,dah penuh sangat dah kengkawan oi.Tapi,sebab sedap,dikuatkan jugak 'membesarkan' ruang perut ku untuk seketika.Nampak sangat bab makan x leh nak tahan godaan.






Tengok! sedap je kan kek Secret Recipe made from white chocolate n ada kacang badam lagi.Kalau korang tengok pun,aku rasa dah kecur air liur .Ntah orang panggil kek ape pun aku x tahu,yang aku tahu,kek kat SR tu Chocolate Indulgence je yang memang favourite aku..Haha..selfish di situ.Dah,mengata diri lagi.

Then,bila sampai je part luahan rasa dan harapan,dah mula dah mata pun dah nak banjir.Apa taknye,cerita pasal pengalaman dan kenangan yang telah kitorang lalui dan terkadang ada ter'include' jugak pasal personal matter.Memang yang nak makan time tu pun,aku rasa stop kejap,nak bagi perhatian pada apa yang nak diluahkan semua yang terlibat.

Kata sorang kenalan yang bakal fly,"rezeki kita telah ditentukan ALLAH,kalau kita lari pun ia tetap mengejar,percayalah..Dan kalau ia bukan mulik kita,kalau kejar pun,tetap tak tercapai,dan mungkin ALLAH ada gantian yang lebih baik dari yang kita mahukan tu" .Tak de soal iri hati dan tak leh terima di sini,sebab rezeki memang dah ditetapkan dan segala yang berlaku ada sebab musababnya ALLAH nak kaitkan dengan sesuatu hikmah.Itu yang tak leh dinafikan.



Ada sahabat yang memberi nasihat dan saranan,walau kita di mana,jangan lupa asal usul-jadi muslim yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.Try wujudkan suasana Islam yang telah dipraktikkan di tempat baru,dan Islam dapat diluaskan.Perjuangan ini bukan saja untuk mengejar ilmu dunia,namun kekuatan dan komited dalam dakwah Islam dan pembentukan rohani jugak penting.Elemen ini yang biasanya kita abaikan dan pandang enteng.Sebenarnya,tanpa sedar,ia penyumbang kepada kecemerlangan di dunia dan diiringi kejayaan akhirat.Walau kelak kita bergelar seorang doktor,biarlah orang kenal kita dengan seorang doktor yang beragama,yang boleh mengajak ke arah pengenalan kepada Yang Haq.

Dan yang paling nak 'banjir' tu,bila ada sentuhan naluri kasih sayang antara satu sama lain di atas tali ukhuwwah yang telah dibina.Ingatlah wahai sahabat,kasih dan sayang yang terwujud sekarang adalah pinjaman sementara dariNYA yang akan diambil bila DIA mahu.Setiap yang bertemu pasti akan terpisah dan yang berkasih pasti akan merindui.Itulah hikmahnya ALLAH suruh kita sentiasa berkasih sayang antara makhluk especially bakal2 khalifah ALLAH ni..

Aku syukur kerana diberi peluang untuk menyayangi dan disayangi oleh hamba2 ALLAH yang dipanggil sahabat atau rafiq,semoga ukhuwah ini tak lekang dek masa,tak putus dek jarak dan tak 'lelah' dek fitnah dari musuh.



Lastly,it is from deep of my heart,i wish all of u good lark and may ALLAH ease your journey also our journey.May ALLAH bless all of your choices.InsyaALLAH.Surely,i will miss all of u and if we have a chance,we will meet again for the sake of ALLAH,bi idznillah.I hope all of us will achieve our goal that want to rise Islam in the eye of the world..Be an excellent mu'min doctors..ameen..

*sori kalau grammar broken,tapi aku saje je,nak practise..Practise make perfect!!

Ok,bye..Assalamualaikum,see u next entry..:)



No comments:

Post a Comment