CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Sunday 7 December 2014

S.A.B.A.R

Assalamualaikum wbt wanabda’ bismilllahirrohmanirrahim..

Hai semua!! Korang apa khabar?? Harap2 semua dalam kesihatan yang baik dan hidup dalam limpahan iman.Orait,Dah lama kan aku tak release entri baru,maklumlah terlampau banyak hal yang menunggu turn untuk di ‘settle’kan..huhu..Alhamdulillah,sekarang aku rasa ok skit untuk mencuri sedikit masa nak update entri ni.Ok guys,untuk entri kali ni,aku nak share n citer-citer  skit pasal SABAR…
________________________________________________________________
Satu pagi tu aku berpeluang untuk dengar sedikit perkongsian dari sorang ustaz kat radio IKIM untuk slot motivasi pagi.Ustaz ni cerita pasal sabar,apa tu sabar,camane nak didik diri untuk jadi seorang penyabar.Best tau korang,walau kejap je,tapi padat dan bermanfaat.Nanti,kalau korang free,dengar2 lah motivasi pagi kat IKIM ye.. J Cheah,,dah macam nak promote dah..hehe..tp sebenarnya memang nak promote pun,biar sama2 kita dapat input yang berfaedah n sama2 usaha untuk amalkannya..X rugi kan.

Ape benda sabar tu ek? Sabar tu ialah tenang dan berlapang dada serta bersedia menerima apa yang terjadi dengan hati yang terbuka.Korang nak tahu satu cerita x? cerita pasal sabar……..
Pada zaman dahulu,ada seorang hartawan dan beliau mempunyai seorang khadam.Jadi,pada suatu hari,sahabat kepada hartawan ini datang menziarahi hartawan tersebut dan sedang berbual.Lalu,si khadam nak menyediakan makanan untuk tetamu si hartawan tersebut,lalu dia menyediakan daging hancur dan di kepal membalut sebatang besi lalu dibakar *(I think,it like Kebab)*..Nak dijadikan cerita,masa tu anak hartawan dan anak kepada sahabat hartawan tadi sedang bermain-main,n masa tu si khadam sedang memegang besi tersebut yang sangat panas,then besi tu terjatuh ke atas anak hartawan tersebut lalu anak itu terus meninggal dunia.Khadam tersebut berasa sangat takut atas kejadian tersebut.

Korang rasa apa yang hartawan tu buat kat khadam dia?Apa nasib khadam tu? Guess what?..apa yang korang akan buat kalau korang berada pada diri hartawan tersebut pada masa tu?? Kalau kita fikir logik la,mesti terkejut,sedih,marah n mungkin akan bertindak di luar kawalan,,ye la,ape taknya,orang yang kita sayang meninggal depan mata disebabkan orang lain.Tapi,ia berbeza denga diri hartawan tersebut.

Lalu,hartawan tu menguruskan jenazah  anaknya kemudian,beliau memanggil khadamnya lalu berkata “Aku bebaskan kau kerana engkau telah menyebabkan kematiannya,tetapi Tuan yang memiliki kematian itu adalah ALLAH swt” ,then bebaslah si khadam itu..Nampak tak?? betapa tinggi level sabar hartawan tersebut,sungguh mulia hati beliau.
Nabi pernah didatangi seorang lelaki,lalu dia bertanya kepada Nabi saw, “wahai Rasulullah,apakah nasihatmu untuk aku?” , lalu Nabi saw bersabda “jangan marah” lelaki tersebut bertanya lagi “Lagi?” , “jangan marah” , “Lagi??”, “jangan marah”…

Kenapa jangan marah? Marah tu datangnya dari syaitan,ia dapat diredakan bila kita sabar,kalau tak boleh jugak,tenangkanlah dengan aliran wudhu’ ..Kan ada dulu2,masa skolah,pernah blajar bila kita marah apa nak buat,aku tak sure tu dari hadis nabi atau adab2 semasa marah,nanti sama2 kita check balik,takut tersilap..jikalau kamu marah dan ketika itu dalam keadaan berdiri,lalu duduklah,kalau tak reda lagi,maka berbaringlah,last skali kalau xreda juga,ambiklah wudhu’,insyaALLAH akan reda..
Kata ustaz tu lagi,kalau semasa marah,ibu bapa dilarang memukul anak atau suami memukul isteri,sebab tujuan memukul adalah untuk mendidik bukan untuk mencederakan atau memudaratkan atau menyakitkan.Kalau contoh ibu bapa baru balik kerja,then tengok anak buat perangai,SABAR dulu,jangan terus mengamuk n pukul,sebab perlakuan tu kan buat anak tu jadi takut bukan hormat pada ibu bapa,x pun diorang akan buat masalah yang lebih lagi untuk tunjukkan tanda  protes.
Point penting sini ialah SABAR,sabar  ialah tangga teratas dalam kehidupan,x rugi kalau kita sabar,sebab setiap ujian yang ALLAH swt bagi tu adalah untuk uji iman kita,dekat mana level diri kita,semakin hebat ujian tu,sebenarnya ALLAH sangat sayangkan kita.

Sebagai contoh,kalau kita bergaduh,tahap kekuatan seseorang bukanlah terletak pada fizikal atau kelantangan bersuara untuk menjatuhkan satu sama lain,tapi kekuatannya adalah kesabaran dan bijak mencari jalan penyelesaian.Tak guna,kalau kedua-dua pihak bertikam lidah n ending of the story,bertarik rambut kalau perempuan,kalau lelaki plak,lebam sana-lebam sini.Kalau sama2 ada sifat sabar,rasanya xde kecederaan fizikal atau kederitaan mental dan perasaan berlaku.Tapi,skarang kalau kita tengok,ramai dah yang hilang sabar,n yang paling penting berlumba untuk tunjuk sape yang lebih hebat,lebih kuat.Baik diam n sabar dulu,then fikir camane nak selesaikan masalah tu.

Kalau kehilangan orang yang tersayang,mesti orang yang nak menenangkan tu  kata, “sabar ye,sabar,tu adalah ujian dari ALLAH,nak uji kita”,kita boleh berkata2 mcm tu bila tak terkena kat kita,tapi bila terkena kat kita,rasa tak tertanggung dah..bak kata peribahasa Melayu ‘berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya’ ..Tapi,walau apa pun,mesti ingat,SABAR adalah tangga paling atas dalam menyelesaikan masalah kehidupan kita.

Sama jugak kalau orang yang hasad kat kita,tak senang kalau kita dapat bahagia dan rezeki,buat macam-macam kat kita dengan tujuan menyakitkan hati dan perasaan,langkah yang mesti kita ambik ialah SABAR .Parents aku sokmo pesan,dalam berkawan kena SABAR dan kalau bimbang berlaku yang lebih buruk,ambiklah langkah BERDIAM DIRI,sebab masa ni la kita boleh kenal kawan yang akan jadi lawan,atau sahabat yang akan bersama kita susah dan senang.SABAR  n DIAM tu adalah sangat2 penting sebab ia akan mengukur tahap kekuatan n kebijaksanaan kita dalam meng ‘handle’ sesuatu masalah..***Remember this : tak akan rugi untuk orang yang bersabar kerana kesabaran itu akan membuahkan kemenangan kelak***


Ok guys,jom kita sama2 audit diri,audit iman n audit kehidupan kita..Moga kita sama2 peroleh rahmat dariNYA..Take care n c u next entry ..

*Assalamualaikum*

No comments:

Post a Comment