CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Fast Blinking Hello Kitty

Monday 3 April 2017

Perjalanan Kehidupan Ketentuan ALLAH

Salam Alayk.....

Apa khabar semua?...harap2 sentiasa sihat dalam lindunganNYA.InshaAllah

Puhhh...Puhhhh.....banyak habuk dah blog ni....lama dah kan aku x update blog...banyak sangat kekangan,,so,x mengizinkan aku ber'blog'.

Entri kali ni aku nak cakap pasal........ermmm...ermmmm........nak tahu??? kena teruskan membaca lah kan....hehe...

Perjalanan Kehidupan adalah ketentuan Allah.Kita sebagai hamba kena redha dengan setiap apa yang Allah kurniakan utk kita.Setiap apa yang Allah anugerahkan dan izinkan mengandungi hikmahnya yang berbeza2 selaras dengan keperluan kita sebagai hamba yg xpernah tahu apa yang akan terjadi pada masa depan.

Kalau kita tengok macam kehidupan kita ni 'smooth' je kan,xde jatuh langsung,contohnya dalam bidang pelajaran la aku bagi contoh,,jangan terlalu rasa selesa sgt sbb tu sbenarnya salah satu ujian Allah utk kita.Dia nak uji cmane kita ni guna nikmat yg Dia bagi sebaiknya,samada sentiasa merendah diri atau rasa hebat dengan kemampuan sendiri,rasa kuat n bijak sebab diri sendiri,bukan bantuan orang lain.Padahal,jika Allah x izinkan sesuatu benda tu utk berlaku,nescaya ia x kan berlaku."Kun fayakun" maka jadilah..

X payah ambik contoh jauh2,ambik contoh aku je...aku pernah rasa jatuh n betapa peritnya rasa jatuh tu.Tapi ape yang akan membuatkan kita rasa kemanisan sebuah kejayaan tu adalah bila kita kuat untuk bangun n berdiri atas kaki sendiri dengan kepercayaan kepada Allah.Percayalah,skali kita pernah rasa jatuh,inshaAllah,sbenarnya itulah kekuatan yg Allah nak bagi utk kita sebagai azimat dlm meneruskan perjalanan ini.

Dulu aku pernah rasa sedih,rasa down,rasa macam x guna je diri ni kan,,tapi bila aku rasa Allah sentiasa tgk apa yg kita buat,apa yg kita usaha dan yakinlah bahawa Allah xkan menzalimi hamba2 Dia.Aku bangun dri kejatuhan tu,aku kuatkan semangat,,aku tutup telinga dari kata2 orang yg hanya nak tgk kita rebah tersungkur je,,xdinafikan tetap ada yagng menyokong dri belakang.Namun,sekarang baru aku sedar bahawa setiap sesuatu aturan kehidupan yg telah Dia atur adalah sangat cantik dan tersusun.Dia xkan bagi kat kita ujian klau kita x kuat utk hadapi kan?..Allah tahu,,He is our great Creator..So,He knows us very well..

Cuma ,terkadang aku terkilan dengan sikap manusia yang sentiasa memandang rendah pada orang lain,merasakan diri mereka sahaja yang hebat,mula berkata2 dengan menyakiti kawan lain.Aku ambik contoh dlm pelajaran la ye ,senang sikit,lagipun kita smua memang sentiasa menjadi seorang pelajar pun kan....Ye betul,Allah bagi kamu hebat dalam pelajaran,bukan bermakna kamu boleh rendahkan orang lain yang kamu rasa x se'level' dengan kamu.Ingat gini je,terkadang kita hebat pada saat ini,,tetapi kita juga esti ingat kehidupan ni ibarat roda,ia sentiasa berputar kadang di atas dan terkadang di bawah,So,mungkin orang yg pernah rasa duduk di bawah ,bila berlaku lagi mereka boleh cepat adapt berbeza dengan mereka yg sentiasa berada di atas.Sekali Allah uji dengan kejatuhan ,bukan mudah utk bangun mencari kekuatan jika semangat utk berjaya tidak kuat.Kita xtahu diri kita ni kuat ke x klau tiba2 Allah bagi ujian macam orang yg lain.Mungkin masa giliran orang lain ,kita masih lagi bersenang lenang,,tetapi percayalah kita juga Allah akan uji tetapi mungkin dri cara yang berbeza mengikut kemampuan masing2...

So,ni nak pesan utk diri sendiri jugak ,sama2 kita beringat,,,setinggi mana pun kedudukan kita,sehebat mana pun pencapaian kita,,ALLAH akan nilai iman dan taqwa kita...dan kita xtahu pengakhiran kehidupan kita sama ada still bersinar seperti di atas dunia atau sebaliknya ..Na'udzubillah....kejayaan yang dikecapi bukan utk dibangga2kan tetapi utk dikongsi bersama demi kemaslahatan semua...lihatlah orang lain dengan mata hati,rasailah dengan jiwa yang tulus,inshaAllah ketenangan akan jadi milik kita....wallahu'alam...

***minta maaf klau ada terkasar bahsa,salah silap dalam meluahkan kata2...minta maaf jugak klau ada yang terasa ke ape...sgala yg baik dtgnya dri ALLAH,sgala kelemahan n keburukan dtg dri kelemahan dri ini sndiri...

Assalamualaikum





No comments:

Post a Comment